Friday, December 28, 2012

Imran Ajmain - Dikalung Kasihan Official MV

ana sarina

Tiada suara penantian tak bersudah
Sesalanku pun bermula
Sepadannya usia

Tiada cara membiaskanmu cahaya
Puisi tak berlagu
Beza dia ketara tanpamu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Tiada kata terkilan terbatas asa
Detik pun kian berlalu
Ku tahu luka itu perlu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Ku bertahan ku bersabar
Menyimpan rahsia yang sebenar
Percuma saja berkorban

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Lelah ku pun terbela
Terlerai pedih lama

Tuesday, November 20, 2012

Bicarahatiku


Friday, October 19, 2012

Masa Depan Kita...

Sepasang suami isteri sedang bersembang tentang masa depan..
SUAMI - Sayang... cuba awak tengok buku simpanan saya, 10 tahun lagi cukuplah saya nak beli motor besar dan keliling satu Malaysia...hehehe
ISTERI - Mana..mana... bak sini saya tengok...
SUAMI - 15 tahun lagi kan saya pencen.. anak-anak pun dah besar dan ada kehidupan sendiri, haaa...apa lagi..boleh la kita honeymoon lagi

ISTERI - yelah kan... bagus beringat-ingat mcm ni...
SUAMI- Harus lah.... bila dh ada moto besar, baru best pusing satu Malaysia...
ISTERI- tapi kan bang... klu dapat keliling kaabah sambil menambah amalan kita kepada yang Maha Besar lagi best kan bang, saya pun nk ikut sekali, penat pun berbaloi2....hehehe.....
SUAMI- Gulp -_- iye jah...huhuhu...
ISTERI- saya cadang jugak.. hehehehe

Tuesday, September 11, 2012

Namun Jantung ini tak mungkin akan terhenti..


CINTA ITU...

Ada org kata.... cinta itu memberi indah, ada org kata ...cinta itu menyakitkan, ada org kata cinta itu menyiksakan, ada orang membenci dgn cinta, ada org takut merasai cinta, ada org suka mengambil kesempatan atas nama cinta ada org juga..tak berkata apa- apa tentang cinta...

Namun kata aku... CINTA itu perlu, menguji kekuatan hati, mencari kebenaran jiwa, memahat keutuhan kasih. mengikat sayang pada rasa. CINTA itu airmata, cinta juga ketawa, cinta itu pasti ada bahagia, cinta itu juga mengundang derita, cinta ada kerana adanya cinta dgn izin-Nya..

:: Jangan membenci andai kau tak pasti tentang cinta, jgn terlalu mempercayai andai kau sudah mencinta, jgn terlalu berharap pada cinta, tapi berharaplah pada empunya cinta. KERANA cinta itu milik DIA..

Tuesday, June 12, 2012

ANDAI CINTA DI GALAS BENCI


Tak menGERTI bukan bererti tiada ERTI,
Tak diHARGAI bukan bererti tidak berHARGA,
Tak menGINGATI bukan bererti tiada SAYANG,
Tak berBICARA tidak bererti tiada CINTA.

andai kasih itu hanya sekadar sahaja, janganlah bersinggah memberi rasa, andai sayang itu tiada makna janganlah menyentuh hati yang ada cinta, jangan menzahirkan cinta andai bicara hati tidak sekata, Jangan mengatakan sayang sedangkan hatimu masih walang..

Hati ini bukan doktor merawat kesakitan insan yang bertandang, sedangkan hati sendiri juga punya jiwa yang perlu kuat saat di uji perasaan. fahamilah.. hati ini bukan tualang, menerima sayang tanpa rasa, bukan juga tempat kau membalas dendam kebencian. Andai makna sayang itu memberi kau mengerti, pasti ada kerinduan yang dapat kau diselami, andai kerana cinta itu menyebabkan kau mencari erti, bertanyalah pada diri, dimana letaknya kasih yang tersimpan di sudut hati.

Bila kebenaran itu menutupi ruangan hati, butakah mata dalam mencari arah. Akukah yang silap dalam pencaturan ini atau hakikat menentang takdir. Sedangkan qada dan qadar sudah tersurat mana mungkin membiarkan yang tersirat. Andai yakin cinta itu daripada Ilahi mengapa perlu lari daripada takdir sendiri, sedangkan bahang cinta sudah sebati. Pendusta itu hina yang di dusta itu terhina namun jantung ini tak mungkin terhenti berdetak hanya kerana cinta di galas benci dan rindu terselit iri.


firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”









ANDAI CINTA DI GALAS BENCI


Tak menGERTI bukan bererti tiada ERTI,
Tak diHARGAI bukan bererti tidak berHARGA,
Tak menGINGATI bukan bererti tiada SAYANG,
Tak berBICARA tidak bererti tiada CINTA.

andai kasih itu hanya sekadar sahaja, janganlah bersinggah memberi rasa, andai sayang itu tiada makna janganlah menyentuh hati yang ada cinta, jangan menzahirkan cinta andai bicara hati tidak sekata, Jangan mengatakan sayang sedangkan hatimu masih walang..

Hati ini bukan doktor merawat kesakitan insan yang bertandang, sedangkan hati sendiri juga punya jiwa yang perlu kuat saat di uji perasaan. fahamilah.. hati ini bukan tualang, menerima sayang tanpa rasa, bukan juga tempat kau membalas dendam kebencian. Andai makna sayang itu memberi kau mengerti, pasti ada kerinduan yang dapat kau diselami, andai kerana cinta itu menyebabkan kau mencari erti, bertanyalah pada diri, dimana letaknya kasih yang tersimpan di sudut hati.

Bila kebenaran itu menutupi ruangan hati, butakah mata dalam mencari arah. Akukah yang silap dalam pencaturan ini atau hakikat menentang takdir. Sedangkan qada dan qadar sudah tersurat mana mungkin membiarkan yang tersirat. Andai yakin cinta itu daripada Ilahi mengapa perlu lari daripada takdir sendiri, sedangkan bahang cinta sudah sebati. Pendusta itu hina yang di dusta itu terhina namun jantung ini tak mungkin terhenti berdetak hanya kerana cinta di galas benci dan rindu terselit iri.


firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”









Wednesday, June 6, 2012

DISITULAH PERMULAAN CINTA

‎" Hargailah hatiku sekalipun hanya seketika kau mampu menyayangiku, rasailah cintaku walaupun kisah lalu bukan milikmu, cubalah rasai akan hadirku meskipun bahagiamu bukan disisiku. kerana kau tahu, perasaan ini tidak pernah mati hanya kerana cintamu beralih kasih dan hatiku masih kekal menyayangi, namun doa menemani jiwa agar kebahagiaan dapat hati kita kecapi, kerana disitulah permulaan disetiap rasa. "


Bicara romantik by Ana Sarina Abu Bakar


" Cinta sentuhan rasa adalah dari hati dan itulah hakiki kerana kasih dasarnya Ilahi itulah cinta abadi yang sejati, cinta pasti di uji, kerana kekuatan sebuah cinta akan merasakan sejauhmana kita menghadapi setiap kehebatan ujian dariNya dan itulah undang-undang sebuah cinta yg harus dilalui..♥ cinta itu indah jika segalanya didahulukan mencari cinta dariNya dan diakhiri dengan mendapat redha dariNya.."

bicara cinta oleh Ana Sarina Abu Bakar

Tuesday, June 5, 2012

KASIH SAYANG ALLAH

Assalammualaikum buat semua sahabat, salam mahabbah dari saya, hari ini ada cerita nak saya kongsikan dari pembacaan saya.. mari kita sama-sama renungkan disebalik kisah....

Hari ini kita teruskan lagi perjalanan hidup kita sebagai hamba Allah, dalam tak sedar kita sebenarnya hamba yang ‘buta’ kerana adakala kita gagal untuk melihat disebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu adalah kasih sayang yang dikurniakan olehNya. pernah suatu ketika sewaktu kita masih keanak-anakkan, kita tidak pernah memahami di sebalik larangan dan kemarahan ibu dan ayah, kita protes, mogok, muncung, kerana merasakan Allah tidak adil kepada diri kita, sedangkan waktu itu kita adalah hamba yang jahil kerana gagal memahami dan merasai kasih-sayang Allah di sebalik segala ujian dariNya.
Hari ini kita tersenyum... bila mengenang memori kecil kita, lantas kita bersyukur kepada Allah yang mengurniakan ibu dan ayah yang perihatin buat kita, semakin tinggi rasa terima kasih kita kepada ibu dan bapa kerana telah mendidik kita menjadi insan yang mengenal Tuhannya, seharusnya semakin tinggi pula syukur kita kepada Allah tanpa ibu dan ayah, siapalah kita dan tanpa kasih sayang Allah, tiadalah ibu dan ayah, maka tiadalah kita. Namun, lebih tinggi sepatutnya kesyukuran kita kepada Allah, yang telah mendidik kita dengan ujian-ujian dariNya di sepanjang kehidupan dan Allah telah menyuntik kita dengan ujian berdasarkan kasih dan rahmatNya, Setiap dugaan itu mematangkan hati dan akal kita, Kita seharusnya mampu ‘tersenyum’ ketika diduga oleh takdirNya. setidak-tidaknya kita perlu akur, menyerah dan pasrah pada ketentuan-Nya. berbisiklah pada hati,

“Ya Allah, ya Tuhanku, aku tak tahu apa rancanganMU, tapi aku redha di uji olehMu, Aku hanya hambaMu ya Allah,. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikan dan kekuatan dariMu, Cuma adakalanya aku lemah dgn kejahilanku, Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada rahmat dan kasih sayangMu.”

Ibnu Ataillah pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen­deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”
yang maksud, seberat mana pun ujian yang Allah timpakan keatas diri kita, pasti berdasarkan kasih sayang yang mendasari dan rahmat mengiringi setiap ujian dariNya.

firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Bicara hatiku Ana Sarina Abu Bakar

Sunday, May 20, 2012

HAKIKAT SEBUAH CINTA

~ Bagaimana caranya utk aku melihat tenangmu, andai sepi semalam masih kau rasakan,
~ Bagaimana caraku memberi indah pada senyummu, andai luka dihatimu tidak terubat,
~ Bagaimana cara utk aku memberi makna bahagia kepadamu, andai dimatamu mengiyakan setiap kelukaan,
~ Bagaimana cara utk aku mengerti apa mahumu, andai kedukaan itu kau sembunyikan dari pandangan akalmu.

CINTA itu bukan menyakitkan, tetapi menguji ketajaman fikiran, agar fahaman tentang makna cinta mampu memberikan tenang pada insan, CINTA yang menyakitkan itu bukan cinta yang sebenar, sebaliknya itu adalah DUGAAN Allah swt kepada insan yang diberikan hati dan perasaan, menguji sejauhmana kekuatan hati dan ketajaman akal dalam meletakkan CINTA itu di mana, kepada siapa dan siapa yang punya hak keatas cinta kita..

percayalah... andai cinta kita benar, cinta itu akan datang menghampiri, andai cinta itu keranaNya, cinta itu akan indah menyinari, Carilah cinta mengunakan mata hati, kerana mata hati ikhlas menerima sebuah cinta, percayalah... ITULAH HAKIKAT SEBUAH CINTA..♥

Bicara hatiku Ana Sarina Abu Bakar

Saturday, May 19, 2012

BERDAMAILAH...

"Untuk apa menyakiti andai di hati terpalit benci, takut nanti mengundang iri dan dengki padahnya murka dari Ilahi, perbetulkanlah niat di hati, menolak dendam menjemput damai, meletakkan ukhuwah berteraskan iman bersandarkan kebenaran dan pengertian, tentang hubungan kita diantara manusia,alam dan Tuhan yang terikat janji sejak dari di alam kandungan, tiada yg sukar hanya perlu dimengertikan bahawa Allah telah menyusun atur kehidupan kita sebagai insan, berjalanlah tanpa henti pada haluan yang dijanjikan namun sekali sekala tolehlah kebelakang kerana pada hujung yang ditinggalkan adalah kenangan, itulah guru kehidupan mendidik kita agar sedar, bahawa tiada apa yg kekal di dunia ini, segalanya hanyalah pinjaman, sampai masa dan ketika yg dipinjam akan dipulangkan semula kepada yang berhak dan yang tinggal hanyalah amalan kebaikkan sesama insan mahupun seluruh kehidupan alam, berbekalkan iman dan takwa bagi menjamin kedudukkan insan pada penilaian yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui"

Firman Allah: Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. (Surah al-Mulk 67: 2)

Firman Allah:
“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).

Wednesday, May 16, 2012

HUJAN OH HUJAN

"Hujan oh hujan... kenapa kau turun,
macamana aku tak turun awan minta aku turun,
awan oh awan kenapa suruh hujan turun,
mcmana tak suruh hujan turun guruh sudah berbunyi,
guruh oh guruh kenapa berbunyi,
macamana aku tak berbunyi
kerana petir sudah sambung menyambung
petir oh petir kenapa kau sambung menyambung..
macamana aku tak sambung menyambung
kerana Kilat merupakan panahan terhadap
syaitan dan jin yang cuba untuk mencuri dengar
takdir Allah SWT."

Tuesday, May 15, 2012

Aduhai Jiwa

kadang-kala hati ini terluka juga, tiada airmata bukan bererti tiada tangisan dari jiwa, tiada daya utk menidakkan apa yang dirasa, apatah lagi membiarkan bagaikan tiada apa, hanya mengharap sekelimut kata dari sejuta kepercayaan rasa, namun akur pada takdir yang Maha kuasa, andai cinta itu dugaan jiwa, pasti kekuatan menguji keteguhan rasa, kerana cinta, kasih dan sayang itu adalah anugerah dari yg Maha Esa, pasti Allah tahu yang terbaik bagi setiap hambaNya, meskipun hati sedar tiada kuasa melawan takdir, bukanlah bererti kehidupan itu berakhir, hanya doa memohon kekuatan akal dan hati utk menyambut dugaan dan mencari hikmah untuk di zahir,
Aduhai jiwa... tak guna mendustai hati, sedangkan rindu ada dirasai.. walaupu cinta itu jauh tersembunyi namun pada naluri tercalit jua ingin mengerti, biarlah diam menyimpan yang tersirat, pasti rahmatNya ada pada yg tersurat, kerana tidak perlu bersembunyi di sebalik mentari, kerana bayang-bayang jelas mengiringi, kerana kebahagiaan bukan hanya pada ungkapan tapi pada jiwa yang menyentuh rasa
Bila rindu itu menyakitkan pasti cinta itu adalah penawarnya, tetapi jika cemburu itu bukti tandanya sayang, bimbang curiga membunuh rasa, andai melihat cahaya itu indah pasti kerana warna pada kehidupan memberi seri pada alam , andai pelangi terbentuk kerana gerimis pasti keindahan warnanya menghiasi awan, kerana yang terjadi pasti ada hikmah, sekalipun sukar untuk diterjemah, kerana setiap ketentuan itu adalah bukti kekuasaan yang Maha Esa, kerana aku pasti kasihmu bagai cahaya di jiwa yang menerangi disegenap ruangan hati, bahagiaku kerana adanya dirimu, kerana dirimu ada anugerah yang terindah dari Ilahi..

*********************
"Janganlah kau menyalahkan pada orang merindu dengan kerinduannya, sehingga kau mampu menyelami kedalam jiwanya…

Imam Malik r.a. berkata : “Yang tersirat dalam jiwa anda, hikmah adalah pemahaman terhadap agama serta rahmat dan kurnia Allah yang dimasukkan ke dalam jiwa.”

bicara jiwa oleh Ana Sarina Abu Bakar





Thursday, May 3, 2012

LUAH RASA

"Bagaikan batu besar menghempap jiwa, pendam membisu mati derita, sesaknya dosa masih tidak tersusut, mengapa membunuh bayangan sendiri, jgn mencari jalan yg mudah takut bahana datang menyerah, kerana laluan berliku itu sudah cukup indah pasti terbaik pilihan Allah, kesilapan itu sememangnya milik hamba, kerana Maha Sempurna itu milik Allah. Bantu lah hati mengingati DIA nescaya tenang sekalipun gundah. Luahkan sakit angkara amarah dalam doa rajuk di serah pasti terubat luka berdarah pada Tuhan hambaMu pasrah. Dugaan itu bukan percuma pasti ada bayaran dari-Nya, terima takdir bukan mengalah tetapi redha ketentuan Allah, hidup ini tidaklah mudah kerana ada fahaman yang indah, Cintailah diri sebelum mengharap org mencintai, kerana kekuatan cinta itu juga akan di uji, akan luntur andai tiada kepercayaan pada diri dlm membina cinta yang dianugerahkan oleh Allah.."


BERSUNGGUHLAH...

♥~ Jika ALLAH tidak memberimu sesuatu yang kamu inginkan, semoga DIA mengirimkan sesuatu yang memenuhi keperluanmu.
♥~ Jika ALLAH tidak memberikan kamu seseorang pembimbing, semoga DIA mengirimkan kamu seseorang yang rela di bimbing,
♥~ Jika ALLAH tidak temukan kamu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga DIA memberikan cinta kepada seseorang yang kamu NIKAHI..
♥~ Jika ALLAH menciptakan kenangan kepada kamu untuk dikenangkan, Kerana DIA mahu kamu belajar dari setiap PENGALAMAN.
♥~Bila ALLAH menciptakan SYURGA bagi yg berTAKWA kepadaNYA, DIA juga menciptakan NERAKA bagi yang ingkar kepadaNYA.
♥~Bila ALLAH tidak memandang gelaranmu untuk memperlihatkan kesolehanmu, kerana DIA menilai akhlak yg dsusuli niat dari hatimu

>>> Bila kita sedar bahawa hidup ini ada punya peraturan. kita akan akur setiap yg telah ditentukan, kerana hidup ini adalah ujian, dan setiap insan punya tugasan dan dugaan,

>>>kerana salah satu peraturan dari-Nya adalah apa yang kita impikan tidak semuanya akan dapat kita kecapi, justeru itu andai kita terima setiap kegagalan, bermakna kita bersedia bangkit darinya kerana kegagalan itu membuatkan kita mahu berusaha dengan lebih gigih lagi.

>>>bersungguh-sungguhlah dalam usaha
>>>bersungguh-sungguhlah dalam doa
>>>bersungguh-sungguhlah dalam tawakal
>>>bersungguh-sungguhlah merasai hamba kepadaNya..
>>>bersungguh-sungguhlah dalam sabar dan syukur


“Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa” Surah Ar-Ra’d ayat 16.


“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.” Surah Al-Baqarah ayat 286.


“Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.” Surah Az-Zumar ayat 20.



Bicarahatiku oleh Ana Sarina Abu Bakar




Tuesday, May 1, 2012

BAHAGIA ITU..

SEMBANG SUAMI ISTERI

suami- sayang... lepas ni kita kena berjmat

Isteri- memang selama ni kita memang berjimat kan.. takde masalah

suami- doakan abang ye.. mudah2an kita dapat membayar hutang bank tepat pada masa.

Isteri- InsyaAllah.... kita bukan org2 kaya... tapi bersyukur saya ada suami yg bijak..

Suami- perlu bijak supaya hidup kita tak terhimpit dgn kelemahan akal kita..

Isteri- Alhamulillah... yg penting awak dah sediakan yang secukupnya.. selebihnya doa saya mengiringi perjalanan hidup awak.

Suami- InsyaAllah.. terima kasih menjadi isteri yang memahami,

Isteri- saya hanya mahu menjadi isteri yang sentiasa memberi tenang di jiwa awak...

suami-patutlah saya tenang di sisi awak...

Isteri- kerana awak adalah kekuatan saya..

Suami- insyaAllah.. terima kasih...

Isteri- sama-sama kasih... kasih awak sentiasa ada di hati..

suami- (^_^) alhamdulillah...

Isteri meletakkan kepalanya didada suami sambil mengenggam jari jemari suami dan dalam hati berbisik...

"sayang... moga kita diberikan Allah kemewahan dari kekayaan hati dan jiwa, moga juga dibukakan pintu-pintu rezeki buat kita, agar dapat kita melunaskan hutang-hutang di dunia, agar dipermudahkan perjalanan kita ke sana nanti insyaAllah,..moga doa dari hati yang penuh kasih ini diberkati oleh Ilahi, asal saya bahagia menjadi isteri awak dan awak bahagia menjadikan saya isteri awak.. itu sudah seribu satu rahmat bagi saya, malaikat juga turun mendoakan kebahagiaan kita sayang.. insyaAllah..."

Isteri- moga nanti kita dapat pergi ke mekah bersama ye sayang... Suami- InsyaAllah... aamiin..

isteri - aamiin...

************************
************************

" kasih sayang itu kuat di jiwa, sekalipun diluar sana terpekik kebencian, bahagia pasti di rasa jika kita tahu tujuan utama dalam rumah tangga, bahagia itu sanggup menerima dan rela jua memberi, bahagia itu bernyawa bila hati ikhlas menerima anugerah dari yg ESA, dan pasti BAHAGIA ITU ADA PADA ISTIQAMAH DAN NIAT." insyaAllah..



BICARA BAHAGIA OLEH Ana Sarina Abu Bakar






Monday, April 30, 2012

JAWAPAN LAFAZ SAKINAH DARI ISTERI


Heningnya Sunyi suasanaLafaz sakinah bermula
Apa rasa Diterjemahannya hanya sebak abah tangis ibunda

Lafaz Ayah
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

lafaz suami

Ku akur akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

******************************

bisikan hati si isteri..

Aduhai suami,
Terpatri sudah janjimu dihadapan ayah,
berjanji menjadikan aku wanita solehah,
memimpin aku ke jalan yang di redha Allah
mencurah kasih melebihi kasih ayah
memahami melebihi fahaman bonda,

tapi percayalah..
isterimu tidakkan membiarkan dirimu bersendirian
dalam mencari redha dan rahmat Allah,
bantulah aku perbaiki hati
bantulah aku perbetulan kehendak naluri,
bantulah aku melengkapkan akidah,
bantulah aku menyempurnakan akhlak,
Bantulah aku menutup auratku dengan sempurna
kerana bantuanmu itu membantu aku menghalang
dirimu merasai kemarakkan api neraka,
kerana aku mahu syurga itu tempat kita ditemukan semula,
kerana amanah telah kau ditunaikan sayang..
kasihmu melimpah mengalir ke jiwa
tangisanku tangisanmu jua
bahumu tempat sandaranku
lenganmu tempat lenaku beradu,
riba ku menjadi bantal tidurmu

Suamiku...
tegurlah aku sebaik-baik teguran
didiklah aku sebaik-baik didikkan
betulkanlah aku dengan sebaik-baik petunjuk,
Imamkanlah aku imamkanlah anak-anakmu
Bimbinglah aku sebaik-baik bimbingan
adakala hatiku terguris luka,
mungkin juga melukakan hatimu jua
maafkanlah aku..

moga kasihku mengiringi ketenangan hatimu
moga cintaku menemani kekuatan jiwamu
moga kasih sayangku mekar dihatimu

Redhailah aku dalam kehidupanmu
ikhlaskanlah setiap pemberianmu
curahkanlah kasih di setiap perhatianmu
berikanlah cinta dengan keluhuran jiwamu

Aduhai suami..
tiada yang layak mengkafankan aku.
tiada yang layak memandikan aku
tiada yang layak mengucup dahi aku
tiada yang layak mengiringi jenazah aku
hanya dia... Suamiku..
nantikan aku dengan redhamu
di pintu syurga kita bertemu
bersama janji ayah yg kita padu,
Moga bahagia kita bawa bersama
restu ayah dan ibu..
insyaAllah.




Sunday, April 29, 2012

Madah Rindu



"Punya kisah disebalik madah ada cermin di balik mimpi. Renung redup wajah yang sayup ada diam berbungkam pasrah, membiar resah memujuk gundah hanya nafas meluah rasa kerana rindu hilang bicara. Biar mentari berpadu janji pada cinta terikat mati asal kasih setia menanti ada senyuman berbunga di hati. Biar berbara degup meresah pada rindu kian terpisah namun cinta masih bertali, bagaikan layang-layang memburu pelangi."


Bila bicara mula bermadah, aku hanya penulis sepi.




Wednesday, April 25, 2012

KERANA SAYANG...





Suami yang sedang asyik menghisap rokok, membuat si isteri lemas dan rimas, hanya dalam doa tempat isteri merayu memohon agar dibukakan pintu hati si suami agar berhenti dari menghisap rokok. Walaupun bukan mudah tiada istilah jemu untuk terus berdoa agar suatu saat nanti, suaminya akan berubah, dan hari ini telah di gerak oleh Allah dikuatkan hati agar dapat menyuarakan setiap rasa yang terpendam, dalam berdebar si isteri merapati suami yang sedang berehat...

Isteri - Abang... boleh tak kita sembang- sembang..
Suami- Sembanglah..awak nak sembang apa..
Isteri- hmm... Kita sembang tentang kita, tentang hati kita..
Suami- OK.. ceritalah..
Isteri- Abang sayang saya...
Suami- sayang..
Isteri- hmm... Sayang abang pada saya... sayang yang macamana?
Suami- macamana yang awak rasa lah..
Isteri- macamana yang saya rasa? saya sayang awak.. saya sayang seluruh hidup termasuk kesihatan awak.
Suami- hmm.. sama lah..
Isteri- Yeke??
Suami- kenapa awak tak percaya...
Isteri- sebab..... saya setiap hari saya sesak nafas, sedut udara yang tak sihat,
Suami- maksud awak ROKOK..
Isteri- kenapa awak hisap rokok?
Suami-sebab suka-suka.. nanti saya berhentilah..
Isteri- suka-suka? jadi awak suka saya sesak nafas..
Suami hanya terdiam..
Isteri- Bila awak kata nak berhenti,. dulu cakap macam tu.. tapi tak berhenti juga..
Suami-sabar lah.. perlukan masa..
Isteri- masa tu bila? adakah bila masa saya dah tiada.. masa tu ke?
Suami- isk awak ni kesitu pulak dia..
Isteri- setahu orang merokok ni hati dia tak bahagia..sebab tu dia mencari ketenangan..macamana nak bahagia..kalau bila hati penuh dengan benda kotor, macamana nak tenang kan..bukankah hati itu tempat letaknya iman.. di mana iman nak duduk kalau hati penuh dengan kekotoran..
Suami tunduk membisu, DAN si isteri mula merasai perubahan wajah si suami, dia menghampiri suaminya lalu mengenggam jari jemari suami...
Isteri- maafkan saya... bukan niat hendak mengajar, tapi hanya nak berkongsi pandangan, maafkan saya jika saya membuatkan awak terasa hati, demi Allah.. cinta awak ada di hati.. saya percaya cinta saya juga ada di hati awak.. bagaimana saya nak tenang.. jika cinta saya di hati awak berjauhan dengan cahaya iman, jika awak mahukan saya menjadi isteri yang berakhlak baik, saya pasti awak tahu.. apa yang perlu awak tinggalkan dan apa yang perlu awak dekatkan..
Suami- maafkan saya juga.. tak berniat nak menyakiti awak... insyaAllah saya cuba berhenti kerana awak...
Isteri- shh.. jangan berhenti kerana saya.. tapi kerana sayangkan iman awak... sayangkan hati awak, sayang jiwa awak..lakukan kerana Allah.. kerana semua itulah saya kuatkan hati untuk bersuara..
Suami- InsyaAllah..terima kasih ingatkan saya..
Isteri - kerana saya sayangkan awak juga kerana Allah...saya bangun dulu.. nak solat isyak..

Tinggallah si suami di ruang tamu yang ditemani siaran televisyen, matanya tepat di Televsyen namun hati dan jiwanya bagaikan terpukul dgn kata-kata isterinya.. Ya Allah.. di sinikah tempatnya Iman.. sambil meletakkan tapak tangan di dada,

sementara si isteri yang selesai bersolat, sebelum mengakhirkannya..isterinya berdoa dari hati yang penuh pengharapan..

" ya Allah... Ampunkan Hamba dengan apa yang telah hamba lakukan sebentar tadi.. tiada niat untuk menyakiti hati suami, Ya Allah.. Ampuni dosa-dosa suamiku.. jadikan suamiku, seorang suami yang boleh membimbing aku dan anak-anak ke jalan yang ENGKAU redhai..aamiin...

*****************************************************

*2 bulan kemudian... suaminya berjaya berhenti dari menghisap merokok sekaligus, perubahan itu membuatkan si isteri tidak putus-putus bersyukur, kerana sabar yang tinggi doanya dimakbulkan Allah, Alhamdulillah..

dari pandangan kejauhan hati si isteri berbisik....

"Aduhai suamiku... bukan senang untuk menjadi yang sempurna, tapi tidak sukar andai kita saling menerima, andai sebenarnya itu cinta memberi dan memberi, biarlah untuk melengkapkan kekurangan kita menerima kelemahan diantara kita, cinta itu indah sayang andai awak tahu dimana letakkannya cinta.. terima kasih ya Allah "

SESUNGGUHNYA..

“Setiap amal itu dengan niat, dan bagi setiap orang apa yang diniatkannya, barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan bergerak kepada Allah dan rasul-Nya, barangsiapa yang berhijrah kerana perempuan untuk dikahwininya, atau dunia kerana inginkan kesenangannya, maka dia akan berhijrah kepada apa yang diniatkan hijrah olehnya” Hadith riwayat An-Nawawi.
Tambah kapsyen








kerana sayang.. aku mahu dihatimu selalu...

BAHASA CINTA

" Bahasa indah mewarnai cinta, tanpa bahasa, cinta itu ibarat lagu tanpa melodinya mungkin juga umpama secawan teh tanpa gula, berbahasalah dalam mengenali cinta, perindahkanlah bicara dalam menakluki cinta, santunkan tutur kata dalam memahami erti cinta, kerana pasangan kita adalah pasangan bicara hati yang di anugerahkan dari-Nya, pandanglah mata pasangan, dengan merasakan detak hati yang punya cinta, temuilah kerinduan hati dari bait-bait indah sebagai pelengkap cinta, berbisiklah kata azimat di atas makna cinta, lalu terlahirlah bahasa indah yg menyentuh jiwa dan terungkaplah AKU CINTA PADAMU, susuli kata- kata dari dalam hati sebagai pelengkap diri..

" Demi Tuhan pemilik hati, cinta ini adalah mencintai kerana-Mu, moga kami saling merindu dan menyayangi juga hanya kerana-Mu ya Allah"



Monday, April 23, 2012

TERIMALAH TAKDIRMU...

"Biarlah pungguk mati kerinduan mengharap bulan yang tak mungkin jatuh ke ribaan, cukuplah hanya merenung dari kejauhan daripada hadirnya bagai khayalan, yang pasti hati ini bukan buta, menerima tanpa mengenal siapa, menyambut tanpa berbicara, INGATLAH.. bahawa hati ini milik Tuhan, setiap yang terdetik adalah dgn izinNya, masakan dahan bergoyang jika bukan kerana angin, tapi mungkin ada haiwan yang bersembunyi di sebalik dahan, semuanya berkemungkinan dalam kehidupan, dan kita tidak boleh menidakkan hakikat yang sudah tersurat, MUNGKIN HARI INI hatiku di uji dgn kesengsaraan, MUNGKIN NANTI giliran kau pula merasakan apa itu penderitaan, JANGAN sombong menolak takdir dari-Nya, kerana ini lah KERTAS KERJA yang telah diaturkan oleh ALLAH kepada hambanya, bagaimana cara kita menyelesaikan, segalanya akan dibentangkan di padang MAHSYAR, ini lah perjalanan hidup yang telah direkodkan sedari kita di dalam kandungan bonda, hadapilah dgn mendekatkan kepadaNYA, bersyukurlah kerana kasih Allah, kita di pilih utk melalui dugaanNYA, SERAH kan hati kepada-NYA DAN bersangka baik dengan ujian Allah nescaya kekuatan HATI akan terbina dari dalam jiwa..."

Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” Surah Yusuf ayat 87.






BICARA CINTA

"Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan, Temuilah bahagia ketika kita mencari cahaya cinta-NYA dan berbahagialah di sepanjang jalan dengan mengenggam kasih yg berbekalkan sayang serta dipayungi rahmat Ilahi sehingga ke DESTINASI sebenar cinta.."












*********************************************




"Siapa pun pandai menghayati cinta, sesiapa sahaja mampu merasai rindu, tapi tak seorangpun pandai menilai erti cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang dapat dilihat dari mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dihayati melalui sentuhan hati, dan rasa rindu itu dapat dirasakan dari sentuhan tulus dari jiwa, cinta juga bukan hanya sekadar dari kata-kata penyedap bicara, tetapi anugerah keinginan yang disalurkan ke dalam hati bagi menyempurnakan akal utk memahami erti cinta itu adalah suatu amanah dari Ilahi, FAHAMILAH IA... Bila hati itu milik Allah.. serahkan hatimu kepada DIA, moga ada cinta dari sebenarnya cinta untuk satu cinta yang indah menyinari hati.. insyaAllah...




***********************************************



"Jangan di tanya mengapa adanya rindu... tapi cuba bertanya dari mana datangnya rindu itu.. carilah, carilah hingga ketemu jawapan tentang rindu, adakah rindu itu datang dari akal yg asyik memikirkan tentang sesuatu, atau rindu itu sememangnya berada jauh di sudut hati, persoalannya mengapa tika akal terkenang, jiwa mula mengimbas kenangan, hati mula gelisah tentang jawapan, mata pula resah menghitung persoalan, adakah itu rindu yang bertemankan perasaan atau hanya permainan rasa yang kesepian, yang tersenyum pasti sedang di lamun rindu, kerana bahagia bila mengenangkan setiap kisah namun rindu itu harus punya batasan iman agar terpelihara setiap rasa yang singgah"







Bicara jiwa

"PASANGAN yg bahagia itu bukanlah tidak pernah membuat KESILAPAN, tetapi tidak pernah malu untuk mengakui kesilapan, serta berlapang dada dgn memaafkan pada setiap yang dirasakan salah, dan belajar daripadanya..."

Sunday, April 22, 2012

SESUNGGUHNYA...



"Andai keindahan cinta itu seindah pelangi sesudah gerimis, mengapa kerinduan itu dirasakan perit seterik mentari, andai kasih itu sedalam lautan, mengapa resah bagai menanti ditepian pantai, andai sayang itu setinggi puncak gunung Himalaya..mengapa lelah saat mendaki kepercayaan, andai suci pengorbanan Laila dan Majnun, mengapa kematian yang dipinta, andai takdir memberi cinta, mengapa sembunyi kata di hati, andai senyuman itu penawar duka, mengapa hati menahan derita, andai takdir itu suratan kehidupan, mengapa mengeluh setiap yang terduga, tiada siapa yang tahu makna yang tersirat di sebalik takdir Allah, namun sambutlah dugaanNya dgn syukur dan muhasabah diri, itulah hadiah yang terindah sebagai insan yang merasakan kehambaan terhadap penciptaNYA, pasti ada hikmah disetiap sesuatu yg berlaku kerana sesungguhnya hanya DIA yang Maha mengetahui..."


BILA TIBA SAAT ITU NANTI..

*Bila kita memandang tepat ke arah matahari, tiba-tiba kita pejamkan mata, bukan kerana kita bencikan sinarannya tetapi meluahkan rasa bersyukur dari dalam hati, kerana kagum pada kuasa cahaya ciptaanNya,

*Bila ada guruh di langit lantas kita tutupkan telinga, bukan kita benci dengan dentumannya tetapi takut pada kemarahan Allah terhadap dosa kita sesama makhluk ciptaanNya,

* Bila angin kedinginan bertiup lembut kita merasa dgn nikmat hingga terleka, namun bila ribut melanda kita segera menyembunyikan diri ketakutan bukan kerana kita takut akan deruannya, tapi mencari agar ada ruang untuk taubat kepada-Nya, bimbang bila Allah murka..seluruh bumi akan hancur sehingga tiada ruang kesempatan utk bertaubat ,

>> Hakikatnya di sebalik tubuh yg berani kita miliki hati yg lemah dan keliru, bukan lari dari bayangan diri, tetapi malu mengaku kelemahan sendiri, hanya sedar kejahilan saat diri di timpa musibah dan yang tinggal hanyalah tangisan kerana menyesali setiap kesilapan.<<

~ walhal peringatan demi peringatan sudah dicatatkan di setiap juzuk Al quran, tapi setiap peringatan itu hanya hiasan hati, kerana..
* kita sedar, kita yg tak mampu menandingi Kuasa Allah yg Maha Besar ,
* kita tahu janji Allah itu pasti
* kita tahu, azab Allah itu amatlah pedih,
* kita tahu, kerana kita sudah pun diberitahu..

TAPI...
mengapa berdusta pada diri,
mengapa sombong seolah hidup selama-lamanya,
mengapa butakan mata seolah di dunia hanyalah kita
mengapa pekakkan telinga seolah mereka semuanya bisu
mengapa kita membisukan diri seolah kalam Allah tiada bernyawa
mengapa menanti masa.. sedangkan masa tidak pernah menunggu kita

Dalam sedar mahu tidak..bahawa kita telah diberi petunjuk dari secebis peringatan dari kehidupan yang lalu, dan kita membina kisah hari ini dari kejahilan mereka terdahulu, Kita yang semakin bijak sebenarnya sudah keliru di antara fitrah hati dan kemahuan akal, kita menanti seruan hidayah, sedangkan kematian menghampiri kita.. yang pasti sebenarnya kita sering terlupa dan sentiasa terlupa sehingga kita diberikan peringatan sekali lagi yang berbekas diingatan dan tika itu mungkin kita tak akan terlupa...



Saturday, April 21, 2012

PENDAM si CINTA


"Mencari cinta di redup senja, bagai mengejar kasih di balik pelangi. Mengharap setia yang jauh di hujung dunia, bagai mengejar bayangan sendiri. Andai hati itu ada dimiliki, jangan di pendam duka sendiri. Luahkan cinta biarpun kecewa. Kerana apa yang terluah, adalah penawar segala rasa. Biarlah tanpa balasan, setidak-tidaknya hilang satu bebanan. Penantian yang tiada kesudahan, bagaikan sang bulan berseri bertemankan bintang. Namun di sebalik seri itu, ada sepi si pungguk yang setia menanti. Biarlah kasih pungguk hanya sekadar di pinggir senja. Merenung bulan dikejauhan, itu sudah cukup menghiburkan hati. Kerana pasti rembulan tak mungkin jatuh ke riba. Andai pasrah itu menyerah, namun pungguk bukanlah kalah. Hanya akur pada ketentuan Ilahi, yang telah ditetapkan sejak azali. Dan itu jauh lebih baik, daripada mengharap kasih yang tidak pasti. Biarlah pungguk hanya penanti, bersama cinta yang akan di bawa hingga ke mati."

Janji




"Wahai mentari hentikanlah amarah, takut berbara sinar terserlah, maka terpancar cahaya terikmu, panas perit terasa hingga setiap kelapisan kulit, bukan takut pada kesakitan, tetapi bimbang keliru pada keinginan, kerana keinginan boleh menipu kemahuan akal, lalu menidakkan fitrah hati yang mahu pulang ke pangkal jalan, lantaran terlalu dingin pada angin yang membutakan pandangan, akhirnya tersesat dek kerana haluan yang hilang, lalu dendam menjadi sebati di jiwa, bermusuh pada yang berhak untuk berkongsi kebaikkan, kerana kemungkaran seolah menjadi pakaian pada kealpaan yang megah dan sombong berjalan di atas bumi Tuhan, maka berjayalah misi si syaitan, yang mahu menyesatkan ke atas jiwa setiap anak cucu cicit Nabi Adam a.s, janji syaitan kepada penciptaNya itu pasti, sebagaimana janji Allah pada seluruh ciptaanNya setiap yg hidup pasti akan kembali kepada-NYA...."

Bicara jiwa oleh Ana Sarina Abu Bakar



Friday, April 20, 2012

BISIKAN CINTA



Ketika sedang pasangan suami isteri menonton TV, tetiba isteri bertanya kepada suaminya dgn kasih sayang..

Isteri- Cantikkan personaliti TV tu.. suka tengok ..cantik je.. hmm.... awak.. awak.. rasa isteri awak cantik tak...
Suami- hmm..hmm.. hmmm...
Isteri- Tulah orang lelaki.. bila suruh puji je teragak- agak, tapi bila isteri selekeh je.. mula nak perli itu, perli ini
Suami- saya tak jawap lagi pun, itulah orang perempuan, cepat sangat terasa hati kan..
Isteri- Yelah nak terasa hati pada siapa lagi.. pada suami la.. suami yang hati kering..
Suami- orang lelaki diam bukan dia malas nak cakap.. tapi dia berfikir setiap inci kebenaran..
Isteri- Minta puji isteri pun nak kena fikir ke? isk....

( isteri seolah hampir merajuk)

Suami- yelah.. haruslah berfikir.. hmm..hmm...
Isteri- okey lah.. kalau susah sangat awak nak bagi jawapan.. saya bagi awak antara 1-5 bintang berapa awak nak beri kan kepada saya
Si suami membilang jari- jarinya..
Isteri- haa.. tengok... dah bagi senang pun susah nak bagi jawapan.. yelah..siapa la kita ni kan..
Suami- awak isteri saya lah...
Isteri- isteri awak cantik tak, pada pandangan awak.. isk.. tak mahu la kawan macam ni...
Suami- alolololo... saya tengah kira..
Isteri- lamanya.... 1 sampai 5 je.. takkan itu pun awak susah nak kira...cakap la berapa bintang..
Suami- cantik isteri saya... 1 bintang,..2 bintang..3 bintang......
Isteri- sikitnya bintang...
suami- saya belum habis kira lagi...
Isteri- belum habis lagi??
Suami- saya bagi seluas bintang di angkasa.. banyakkan... macamane saya nak kira... terlampau banyak...
Isteri- huh...(Y_Y) terima kasih awak... saya fikir saya tak cukup cantik utk awak..
Suami- kalau awak tak cantik, tak mungkin hati saya terpaut... kalau awak tak baik... tak mungkin cinta berputik.. kalau awak bukan anugerah Allah.. tak mungkin awak menjadi isteri saya..

Isteri menarik dan mengucupi tangan suaminya sambil berkata...

Isteri- Maafkan saya ya abang... kadang- kadang timbul perasaan cemburu pada kehidupan dari insan lain, yang membuat saya curiga pada pandangan awak terhadap saya, saya tak mahu awak tertarik pada perempuan lain, saya tak mahu awak membandingkan saya dengan isteri- Isteri orang lain, saya tak mahu hati awak menolak kelemahan saya, saya isteri yang tidak sempurna, tapi dalam saya berusaha untuk dilihat sempurna dimata abang, saya juga perlu sempurna pada pandangan Tuhan.. maafkan saya.. kelemahan itu sememangnya milik jiwa saya sendiri..
Suami- kecantikan isteri itulah penawar bagi hati suami.. memandang isteri hilang segala kepenatan seharian bekerja, tapi cantik itu bukan terletak pada rupa.. tapi akhlak baik seorang isteri yang mampu memuliakan jiwa seorang suami, Bersyukur abang ada isteri yang memahami, menerima dan lebih banyak memberi tak pula meminta-minta, itulah kebahagiaan yang abang rasakan sepanjang hidup berumahtangga..
Isteri- Apa lagi yang hendak diminta... cukuplah punya suami yang baik, mengingati Allah, sanggup menepis ego hanya kerana kebahagiaan dan menerima kelemahan dan bersama memperbaiki diri..itu sudah cukup mendamaikan jiwa dan seribu satu rahmat buat isteri...
Suami- Alhamdullilah...
Isteri- Alhamdullilah..

ketika si isteri memgengam erat jari jemari suami... hati isteri berbisik

" aduhai suami... maafkan saya kerana seolah meminta- minta awak memuji saya, hakikatnya saya bukan mahu di puji.. tapi hanya mahukan perhatian dari seorang suami.. cinta itu tidak mudah sayang.. andai kita hanya berdiam.. perlu diantara kita mencetuskan perbualan, agar setiap nafas cinta dapat diperbaharukan pada setiap pandangan dan perbincangan.. perasaan sayang perlu ada pada persefahaman, agar setiap sentuhan mengembalikan getaran dan getaran itu menghasilkan bisikkan AKU CINTA PADAMU SAYANG...








Wednesday, April 18, 2012

Sembang suami isteri..
Isteri- awak.. saya ingat lepas ni.. saya pakai kasut yg tertutup dan stokin sekali.. boleh ye..
Suami- Pakai lah...
Isteri- saya dh pakai jubah, alhamdulillah... saya dh cuba labuhkan tudung, kali ini hati saya dh terbuka utk pakai kasut yg tertutup dan stokin..maafkan saya ya awak..klu awak tak selesa dgn penghijrahan zahir saya...
Suami- MasyaAllah... nak marah apa.. benda baik.. bersyukur Alhamdulillah...
Isteri- terima kasih...
Suami- (mengangguk-angguk kan kepalanya..)
dan si isteri merapati kepalanya di dada suami sambil di dalam hati berbisik....

" saya tahu saya tak mampu membahagiakan awak, krn saya bukan isteri yg sempurna, tp percayalah sayang di dunia ini saya tak mampu utk membahagiakan.. tapi insyaAllah.... saya pelihara diri saya hari ini kerana mahu awak merasai bahagia di akhirat kelak.. moga Allah memberkati penghijrah jiwa dan akidah saya agar menjadi contoh kepada anak2 segalanya kerana Allah utk kebahagiaan awak di sana.. insyaAllah.."


 

BIARLAH DIA PERGI....

"Terkadang cinta itu pergi selepas meluahkan segala keresahan, namun yang pasti melepaskan seseorang itu bukan kerana anda berhenti mencintainya, tapi kerana anda yakin cinta itu bukan utk menyakitkan, tetapi memberi bahagia dan kekuatan pada hati dan jiwa'

"Berbahagialah duhai hati...kerana ketika kau menerima hadirnya kalam cinta dari dia utk disematkan ke jiwa, kau sudah pun menyematkan cinta kepada Allah dan Rasullullah terlebih dahulu utk seluruh jiwamu, maka.. berbahagialah pada pemergiannya kerana cintanya bukan utkmu kerana Allah sudah memilihkan insan yg terbaik utk memimpinmu dan maafkan dia di atas kelemahan jiwanya"

senyumlah... kerana Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

"hadirnya bagaikan pelangi..walau seketika namun memberi seri.."

Sunday, April 15, 2012

Tahukah kamu...



Tahukah KAMU...

~ Andai seseorang itu yang sentiasa memberikan senyuman riang di hadapanmu, sebenarnya dia sering menitiskan airmata tatkala sendirian mengenangkanmu..

~ Andai seseorang itu sering memberikan kata-kata SEMANGAT dan PERANGSANG kepada kamu, sebenarnya dia sering mengumpul kekuatan sepenuh hatinya utk kamu..

~ Andai seseorang itu sering kelihatan kuat di hadapanmu, sebenarnya dia menyimpan kelemahannya untuk menjaga hatimu

~ Andai bicara dan gurau sendanya menceriakan hari-hari mu, ketahuilah olehmu ketika itu dia sedang merawat setiap kelukaan di hati dgn doa dan keredhaan kepadaNYA

♥♥ kerana dia sedar bahawa hatinya milik Allah, perlu bangkit dari kejatuhan jiwanya, perlu kuat untuk kembalikan semangat yang hilang, perlu tabah menghadapi dugaan Allah, yang pasti dia mampu mengukir senyuman manis, memberi bahagia seperti insan lain..
♥♥ terima kasih yang menyentuh hati.. kerana hati ini tidak terluka..malahan terus membina kekuatan dari sentuhan luka yg ditinggalkan olehmu...

"CINTA itu bukan kesakitan kekeliruan, TETAPI keindahan dalam pengertian jiwa"

bicara hatiku oleh Ana Sarina Abu Bakar

Saturday, April 14, 2012

BICARA HATIKU 4


ana sarina

Friday, April 13, 2012

Aduhai Teman



Aduhai teman...
Jangan hanya mencari yang sempurna... sedangkan kekuranganmu tidak pernah di jengah, jangan asyik mencari yang soleh/solehah.. sedangkan kesolehanmu tak setanding kesolehan rasulullah dan isterinya, Jangan hanya berkata imanku kuat bak tembok batu, sedangkan jiwamu masih kudus mencari cinta Allah...

Aduhai teman..
Terimalah kelemahan insan, sebagai menilai kekurangan diri, sempurnakanlah iman bukan utk diri tapi utk keutuhan 2 jiwa dalam satu hati, niatkanlah dalam hatimu kesolehahan itu sentiasa ada memimpin agar terpimpin ikatan dalam keredhaan Allah, carilah imanmu dari setiap kelemahan jiwamu..pasti ketenangan itu disinari dari rahmat cahaya Ilahi... InsyaAllah...

Bicara jiwa oleh Ana Sarina Abu Bakar

Tuesday, April 10, 2012

BICARA HATIKU 3


ana sarina

Monday, April 9, 2012

BICARA JIWA

ana sarina

Dinding Rindu...


CINTA ITU ADALAH CINTA



Aduhai HATI...
benar cinta itu sukar digambarkan,
namun percayalah cinta ini sudah sebati di jiwa,
kasihku ini bukan sekadar hiasan bicara,
bukan juga pengindah ucapan,
tetapi pengikat jiwa dari talian cahaya cintaNYA

Cinta itu bukan mudah,
menzahirkan tanpa mengenali diri,
meluahkan tanpa ada rasa mencuit hati,
merindu tanpa ada bahagia di jiwa
berkasih tanpa merasakan adanya kejujuran

Cinta itu anugerah
bagi yang mengerti
dan kenal siapa pemilikNya
kerana cinta itu indah
andai tidak dianggap mudah

Cinta itu limpahan rasa kasih sayang
memperbaiki amalan, memperindahkan jiwa,
menyempurnakan yang dulu tidak sempurna,
cinta itu dirasakan dekat, kerana ia ada di hati.

Cinta ini DIA pertemukan,
dua jasad dan dua hati disatukan
ada kelemahan ada juga kelebihan
dengan cinta ianya mengabungkan perasaan,
maka sempurnalah pada bahagia yang di rasa

Cinta itu bukan sehari dua
bukan ditemui selepas diijabkabul
bukan dirasai pada sentuhan
bukan juga pada kata-kata pujukkan

Cinta itu perlukan masa,
perlukan pengorbanan,
kekuatan dan kesabaran,
cinta itu bukan setakat tulisan
yang boleh mencoretkan setiap luahan

TETAPI cinta itu adalah cinta
yang kau perlu faham
bagaimana hadirnya cinta
dari siapa cinta itu berhak
kepada siapa cinta itu punya hak
di mana dan bila bakal kau temukan
Hanya DIA yg layak tentukan
kerana cinta itu sepanjang usia
selagi masa mengizinkan kau mengenali cinta
carilah cinta sedalam-dalam pengertian
semahu akal dan tujuan selagi itu kau akan mencari
setiap inci makna cinta..

Sehinggalah suatu saat nanti kau temukan
ada satu cinta yang menyentuh jiwa
dari satu cinta yang ke satu cinta yang berbeza
dari keyakinan akal kepada keteguhan hati
pasti kau akan temui satu cinta di atas satu cinta
cinta dari insan yg diredhaiNYA
membawa Cintamu kepada cinta abadi yang ESA....

"Cinta ILAHI telah mendekatkan cinta antara kita"

Wednesday, April 4, 2012

BICARA HATIKU 2

" kerinduanku ini diibaratkan umpama batu- batuan ditepian sungai, dan kau umpama aliran sungai yang tenang , suatu saat akan aku lemparkan kerinduan ini tepat ke dada yang tenang itu, biar berkocak ketenangan bersama rindu yang tengelam"

Bicara rindu oleh Ana Sarina Abu Bakar

_______________________________________________________________________________

"Bukan mudah memudarkan rasa sayang yang pernah memberi warna di dalam hati, sekalipun hanya perasaan itu pengikat hati agar sering punya rasa ambil tahu, walaupun tiada lagi rasa cinta yg terbina di hati, setidak-tidaknya punya rasa kasih-sayang sesama insan terjalin dari akal ke hati" ♥

Bicara hatiku oleh Ana Sarina Abu Bakar

______________________________________________________________________________

"Entah yang mana lebih merindu si Pungguk yang menanti atau rembulan yang sepi, namun tidak ada yang lebih sabar dalam penantiannya, bagai si mentari menanti pelangi, yang merindu kekal merindu hanya bertemankan doa dan harapan agar rindu itu disambut dgn penuh rasa sayang... pada puisi indah yg di bicarakan, bersama bisikan BISMILLAH disetiap inci doaku, pastinya di dalam doaku ada kamu siapa raga yang selalu kurindu, kerana di jiwaku ada rindu yang sering bersama BISMILLAH dan diakhiri dgn ALHAMDULILLAH, pastinya ada kamu.... CINTAKU"

bicara romantik oleh Ana Sarina Abu Bakar

Tuesday, April 3, 2012

Bicara Jiwaku


‎"Cinta di jiwa kekal bersemi, kerana nafas rindu membawa luahan di setiap doa pada Ilahi, moga kasih ini diberkati tatkala akur berjalan di atas takdir sendiri, bersabarlah bila dugaan menguji hati, teguhkanlah kasih ini pada Ilahi moga cahaya dan jiwa kekal menyinari hati, kerana senafas rinduku memuji setiap aturan ciptaan Ilahi"

Bicara jiwa oleh Ana Sarina Abu Bakar

___________________________________________________________________________

"Cinta itu milik kita bila jiwa yg ada di dalam diriku punya cahaya dari kasih milikmu, perjalanan ini telah di aturkan oleh Ilahi, aku bahagia dgn perasaan ini kerana percaya rasa sayang ini akan kekal di hati selama-lamanya"

Bicara jiwa oleh Ana Sarina Abu Bakar

____________________________________________________________________________

Mimpilah bersama bintang... semoga esok jagamu sebelum mentari menjelang, perpisahan ini bukanlah suatu kedukaan sekalipun ada sedikit kelukaan, namun masih ada senyuman, selamat malam jiwa ku, semoga lena bersama cahaya hatimu.

Bicara jiwa oleh Ana Sarina Abu Bakar

_______________________________________________________________________________

"Bila SAYANG itu tidak dimaksudkan CINTA, mungkin SUKA itu hanya sekadar KATA, bila MINAT bergabung rasa, perasaan KAGUM mula bersuara, yang pasti CINTA begini hanyalah dusta, berani pada khayalan, bersembunyi dari bayangan, mencari sesuatu yang takpasti, akhirnya melukakan hati sendiri, kerana CINTA itu kekal CINTA, yg berputik pada rasa, yg jujur pada kata, yg ikhlas memahami makna CINTA..kerana cinta yg suci ikhlas menyayangi sekalipun tidak memiliki dan mendoakan agar kebahagian sama dirasai.. itulah cinta dari kemurnian HATI"

bicara cinta oleh Ana Sarina Abu Bakar

______________________________________________________________________________

" Cinta itu terletaknya di hati, walaupun tersembunyi namun getarannya amat dirasai, CINTA juga mampu mempengaruhi akal yg sekaligus mengendalikan fikiran dan tindakkan, hingga adakalanya kita melakukan pekara di luar batasan kemampuan, DARI kewarasan AKAL DAN JIWA itu juga manusia harus mempunyai landasan dalam CINTA, Letakkanlah CINTA kerana Allah, pasti jalan ke landasan itu sentiasa benar dan sedar"

Bicara hatiku Ana Sarina Abu Bakar

Monday, April 2, 2012

Aku yang mencari erti....



"Sesungguhnya bicara hatiku merungkai bisikkan cinta dari jiwa, bila bicara kata sudah hilang alunannya, aku sendiri masih mencari ertinya pada setiap rasa, tiada niat bagiku mempertikaikan ketulusan makna cinta, kerana cinta suci itu anugerah dari yang ESA, Dan aku juga bukan pakar yang sempurna dalam memahami erti cinta, hakikatnya aku mencari nilai pada butanya sebuah cinta, menyimpan yang tersurat memendamkan yang tersirat, di mana letaknya hak bersuara pada hati, dan hak akal pada penilaiannya, andai redha itu ikhlas mengapa perlu ada kecewa.. andai pasrah itu menyerah mengapa masih menyalahkan takdir Ilahi"


Bicara hati oleh Ana Sarina Abu Bakar







ana sarina
ana sarina
ana sarina

BICARA HATIKU


"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."
- Sayidina Ali Bin Abi Talib
_______________________________________________________________________

"Dalam mengenali makna cinta kita hanya perlukan beberapa minit untuk menafsir hati seseorang, dan bila hati sudah terusik, kita memerlukan beberapa waktu untuk menyukai seseorang, kita mula jatuh hati hanya beberapa hari mengenali, dan akhirnya kita mula mencintai, tetapi apa yang menyakitkan adalah kita memerlukan seumur hidup untuk melupakan orang yang pernah kita cintai"

Bicara rasa oleh Ana Sarina Abu Bakar
________________________________________________________________

"Cinta yang hadir sepenuh hati, akan memberikan semangat yg tulus dari jiwa, Rasa yang ada pada cinta adalah satu rangsangan indah dalam menilai kehidupan. Cinta itu adalah sesuatu yang sgt subjektif, sukar untuk ditafsirkan. tetapi cinta tak mudah utk di halang akan hadirnya, Kadangkala cinta itu memberikan kesan yang mendalam pada setiap kenangan, yg pasti bukan salah cinta andai kita kehilangannya.. tapi kita yang gagal memahami erti sebuah cinta"

Bicara hatiku oleh Ana Sarina Abu Bakar 

_____________________________________________________________

" Dalam sebuah percintaan, jangan sekali- kali menyesali akan perpisahan, tetapi belajarlah memahami erti pertemuan, kerana setiap pertemuan pasti akan diakhiri dgn perpisahan, maka terimalah setiap ketentuan sebagai takdir Ilahi, agar kita kuat menghadapi setiap dugaan yang diberikan olehNYA dgn sepenuh hati"

Bicara hati oleh Ana Sarina Abu Bakar

______________________________________________________________

" Cinta itu bukan sekadar kata-kata, tetapi tiupan perasaan dari hati, menghimpunkan keinginan utk menyayangi dan disayangi"

Bicara cinta oleh Ana Sarina Abu Bakar
______________________________________________________________

"Sesuatu menyedihkan dalam hidup adalah apabila kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu namun pertemuan itu tidak membawa apa-apa erti pada akhirnya dan harus membiarkannya pergi dari hidupmu"

Bicara hati oleh Ana Sarina Abu Bakar

_______________________________________________________________

"Ketika mentari tengelamkan sinar, kedinginan menyusur ke ruangan malam, ada kisah yg berlangitkan angan-angan, ada kenangan yg berkelipkan bintang, namun bila rembulan bertemankan sepi alam pungguk mula kerinduan, seakan kirimkan salam melalui kegelapan alam, biarlah berlabuhnya segala kisah, krn yang indah itu ada padamu..Selamat malam alam, selamat malam sayang, selamat lena jiwa yg bahagia, semoga esok membawa kenyataan pada impian dan harapan"

Bicara mimpi Oleh Ana Sarina Abu Bakar

________________________________________________________________

"Ada kerinduan yang tersimpan, ada cinta memberi kekuatan, ada kasih mengunung harapan, ada DOA di sepanjang persahabatan.."

" Bicara hati oleh Ana Sarina Abu Bakar
________________________________________________________________________

" Ada ketika ingin sekali aku menjadi anak kecil tika terjatuh dan kaki terguris kesannya hanya sedikit kesakitan, daripada hati yang terluka tiada berparut tetapi kesannya berpanjangan"

Bicara silam oleh Ana Sarina Abu Bakar
____________________________________________________________________________

"Bila aku menyatakan sayang, maka keikhlasnya itu jujur pada rasa seumpama kuatnya isi dengan kuku, tak mampu ku leraikan dgn paksaan, sekalipun keikhlasan itu tidak kelihatan, cukuplah sentuhan jiwa yang didambakan hingga menerbitkan kebahagiaan pada rasa". ♥

Bicara rasa oleh Ana Sarina Abu Bakar
____________________________________________________________________________

"CINTA bagaikan mentari, sinarnya memberi kekuatan dan kemahuan, teguh janjinya mempamirkan kesetiaan, meskipun mendung bagai mematahkan harapan, tetapi hadirnya sinar disebalik kepulan awan mengembalikan bahagia rasa"

Bicara cinta oleh Ana Sarina Abu Bakar 
_____________________________________________________________________________

"Cinta yang telah pergi akan terus di kenang bersama kesepian yang indah seumpama kedinginan pagi yang lenyap tika di mentari menyinari hari"

Bicara indah oleh Ana Sarina Abu Bakar

______________________________________________________________________________

"Benar seluas lautan itu masih bergelora, menghantar gelombang kerinduan, Namun mengapa hati ini punya resah, pada cuaca terik menghantar khabar kering di hari yang riang, pada alam yg di bentang rahmatNYA, meniup bagaikan angin pada hati yang mengunung, siapa pun yang merindukanNYA membawa bersama perasaan bahagia yang sentiasa bangkit memuji Tuhan untuk semua anugerahNYA, jadikanlah ayat-ayat cinta bernadikan kasih kepadaNYA yang hidup disetiap perbuatan...insyaALLAH"

Bicara Alam oleh Ana Sarina Abu Bakar

_______________________________________________________________________________

"Bila perasaan sayang itu lahir dari hati, maka dgn itu juga kita memiliki cinta sejati, kerana cinta sejati punya suatu kuasa kekuatan dari hati, dan segalanya terlihat bilamana kita masih mampu tersenyum, bila di uji melepaskannya pergi, kita redha kpdNYA, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya."

Bicara rindu oleh Ana Sarina Abu Bakar

_______________________________________________________________________________

Thursday, March 29, 2012

BERIKANLAH KEMAAFAN..

Andai ada kesilapan
berilah kemaafan
Lepaskan segala yang terbuku
Tanpa berkira-kira tentang rasa
pada dendam kesumat yang membara

Berilah senyuman dari hati
tambatkan jiwa dengan doa yang suci
hulurkan salam sebulat hati
Pasti jiwamu kuntum mewangi

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbelengu
biarkan lena di buai indah
pasti malam tenang dari kebencian

Penuhilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan bijak menilaimu
akan diberi olehNya
segala kelapangan jiwa
dan kebahagiaan dari hati

percayalah....

Memaafkan itu amat sukar... namun itulah penawar bagi hati...

Saturday, March 24, 2012

AKU TAHU, KAU DAN MEREKA JUGA TAHU...


Aku tahu dan kau pun tahu
dan ramai juga yang memberitahu
cintailah seseorang kerana Tuhan..
cintailah Tuhan kerana sesungguhnya
kerana itulah cinta abadi..

Aku tahu dan Kau pun tahu
dan ramai yang memberitahu
cinta pada manusia itu sakit,
pedih dan melalaikan,
cinta yang tak sempurna
dan banyak kegagalan

dalam memahami erti cinta
Aku tahu dan kau pun tahu
dan mungkin ada yang tahu
bahawa mereka juga tidak mampu
menahan dirinya daripada cinta..
aku juga tidak mampu menahan cinta
walaupun diri sendiri selalu diingatkan

untuk tidak mencintai seseorang itu
lebih dari kemahuan hati
bersungguh hingga menyakitkan hati
Aku tahu tapi aku tak pasti kau pun tahu
mungkin juga ada yang tak tahu
manusia itu rapuh
bila jiwanya lemah
akibat cinta yang parah,
hati menjadi tak tentu arah,
kerana itu manusia mudah menyerah
bila gagal mencari lemah

Aku ingin kau tahu
biarpun tiada siapa yang ambil tahu
aku tidak ingin dicintai
jika cinta itu disulami dusta..
jangan pernah menyentuh hati
andai tiada niat untuk memiliki
Jangan pernah menzahirkan sayang
andai cinta tiada di hati

Kerana aku tahu dan kau pasti tahu
seharusnya mereka juga tahu
Bahawa DIA lah tempat kita mengadu
menyerahkan cinta dengan fahaman rasa
agar ikhlas meletakkan makna cinta
bukan sekadar mahu bercinta
tapi mendidik hati untuk nilai
betapa berharganya nilai anugerah Ilahi

Akhirnya aku juga mengambil tahu
tentang kau dan aku
bila hati mula bersatu
kepada Allah ku pohon petunjuk
agar kebaikkan diperolehi
tika persahabatan terjalin dari jiwa
moga keberkatan dirasai bersama

Aku pohon agar kau turut memohon
Ya Allah kurniakan aku cinta
agar aku mampu mencintai
dan tidak menagih cinta pada yang lain
selain insan yang telah ENGKAU tetapkan
buat aku cintai
dan jadikan dia insan yang tidak penah
berpalingkan dari cinta terhadapMu
berkatilah dan rahmatilah
cinta ini buat kami
terima kasih Ya Allah
"Cintailah aku kerana Allah, berpisah denganku juga kerana Allah..moga Allah memberikan kau cinta yang lebih baik.. berbahagialah.." 

Nestapa itulah kekuatan..


Mencintaimu aku merasakan
bagai langit memeluk bintang
aku lukiskan cinta di hati
agar kasih tak terbatas lagi
namun itu hanya ilusi
dari cinta yang telah pergi
pergi bersama impian hati

Cinta yang dulu bersemi
telah menjadi masa nan lalu
hati yang hancur tiada bertepi
Kepergianmu tanpa asalan
membuatkan aku resah difikiran
memujuk rindu menolak harapan
membalut pilu mengubat perasaan
pada hati yang kau titiskan kedukaan

Terasa lemah tak berdaya
tatkala kaki tegak berdiri
semakin hancur hati
tika akal mencari erti
dan angan-angan di biar sepi

Nestapa membuatkan aku sedar
hanya aku perlu bangkit
dari terus tersungkur
kerana aku bukan lemah,
hanya ditinggalkan dan kecewa,

Mahu juga aku buktikan
bahawa aku masih mampu bernyawa
sekalipun hanya dengan sebelah jiwa
biarpun airmata menitis
tidak akan ku zahirkan
apatah lagi mengemis
pada cinta yang pernah disia-siakan
sekalipun hatiku bagaikan kaca berderai
akan aku kutip serpihannya
dan ku cantumkan semula
kerana setiap kedukaan rasa
telah kuserah kepadaNya
cinta yang hadir ke jiwa
biarlah sesuci cinta di Syurga

Namun aku manusia biasa
adakala ada kerinduan
bertamu dikalbu
pada suara mengamit rasa
biarlah kenangan menjadi saksi
pada masa yang tersisa
kerana kita akan berpaut pada
bebayang mimpi yang pergi
biarpun cintamu anggun di hati..

"selalu mengenangkanmu, walau kau tak lagi merindui ku "
Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers