Thursday, February 17, 2011

warkah untuk suami

Sayang... 
isterimu titipkan coretan ringkas buatmu duhai suamiku, aku sering berharap moga sayang akan membaca dan memahami setiap  baris ayat yang  sudah aku coretkan ini....

Sayang.....
Kalau diikutkan pada bacaan cukup mudah untuk menjadi yang isteri solehah, namun hakikatnya amat payah sayang... aku mmng tak sehebat Saidatina Khadijah, tidak semulia Sumayyah, tidak sesetia Rabiatul adawiyah, dan aku juga tidak secantik Puteri Balqis.. aku hanya seorg isteri yg mencari syurga dikaki suami, kadang-kadang aku  juga diuji tatkala bahagia beraja dihati.. aku hanya mahu mencari redhamu duhai suami.. kerana disitulah redha Allah kepada diri ku...

sayang.....
 aku cukup sedar  menempuh alam perkahwinan bagai meniti  dititian di sungai... perlu berhati- hati tatkala sedang meniti dititian, perlu azam dan kekuatan untuk sampai hingga ke hujung titian, andai langkah yang aku atur itu kau terlihat sumbang.. tegurlah aku dengan sebaik-baik teguran.. kerana bimbang aku bisa terkejut lalu terjatuh ke dalam sungai lantas dihanyutkan air deras lagi dalam, aku pasti lemas, lemas kerana kecuaian diri yang tak disedari oleh dirimu sendiri sayang.

sayang...
adakah kau tahu... aku hanya manusia biasa yang punya sekeping hati, sekuat mana tingkahku, adakala aku juga lemah pada kekuatanku yang aku ciptakan sendiri.. tiada apa yang aku harapkan sebagai seorang isteri hanyalah kasih yang di ungkap, dan rasa sayang yang dizahirkan..kerana hati ini seakan  mencari makna cahaya dalam cinta yang kian kelihatan suram kerana cinta ini punya PEMILIK, aku kuatkan rasa cinta itu agar dirimu dapat merasai setiap helaan nafas cinta dariku, walau hakikatnya cinta ini sudah lama suram, mungkin tercicir ketika aku sibuk mencari makna cinta dari insan bernama suami, tatkala aku merasakan cinta sendiri seolah mati, aku cuba mengapai keegoaan sang suami yang terbina menjadi tembok kasih antara kita.

Sayang....
isterimu sedar kesilapan demi  kesilapan seakan diminta, hakikatnya aku hanya hendak menarik perhatian dari insan bergelar suami, ingin bermanja pada yang halal memanjakan, ingin berkasih pada yang halal dikasihkan, perlu rindu pada yang halal dirindukan, isterimu tidak pernah minta lebih dari kemampuanmu, hanya perlukan kasihmu yang seolah sepi. walaupun padamu kasih itu tidak pernah bertepi dan berbahagi, tapi rasa kasihmu seolah hembusan angin pagi, mungkin kerana kau tidak mahu zahirkan pada hati yang mencari, akhirnya aku lemah mencari kasihmu, kasihmu yang ada tetapi tidak dapat aku rasakan, mungkin padamu sesuatu menjadi milikmu akan kekal menjadi milikmu, tidak perlu dipersoalkan lagi, akhirnya yang tersurat kekal menjadi tersurat, dan hati isterimu terus menyimpan yang tersirat, entah mengapa aku bagaikan memohon padaNya untuk menguji dirimu. supaya aku dapat melihat teguhnya kasihmu, agar aku dapat merasai bahawa kau berusaha mempertahankan kasih yang pernah kau sia-siakan,  demi Tuhan... hanya doa mengiring hati yang mencari..Ya Allah,..aku akur jika syurga itu bukan buat diriku, kerana aku bukan isteri yang sempurna, tapi aku berusaha untuk mencari kesempurnaan, dan janganlah ENGKAU menghukum suamiku, hanya kerana kelemahan yang aku ciptakan sendiri..biarlah syurga itu menjadi tempatnya, biarlah disana nanti, bidadari- bidadari syurga menemaninya, kerana hanya yang terbaik adalah dariMu, bahagiakanlah suamiku.. Ya Allah, sesungguhnya suamiku pernah membahagiakan aku dan itu juga cukup membahagiakan aku.

Sayang..
Bukan mudah mencipta bahagia, andai kita leka dan alpa dengan dunia kita... bukan mudah membuang sayang andai kasih itu sudah bertapak di hati, bukan mudah mencari cinta andai keikhlasan itu tiada di hati.. aku akur pada takdir andai hatimu terbuka pada yang insan yang lain yang jauh lebih baik dariku, kerana aku percaya pada takdirNya, yang tertulis buat kau dan aku,  kerana dari saat aku sah menjadi seorang isterimu, aku hanya ingin melihat dirimu bahagia, aku tidak minta balasannya syurga, aku juga tidak meminta dilimpahi harta. hanya keberkatan dan rahmat dariNya, di sepanjang kehidupan tika mencipta kebahagiaan berumahtangga. hanya itu yang ku pinta sepanjang aku bergelar isterimu.. 

sayang..
maafkan aku.. kerana bukan mudah bagi aku untuk menjadi sehebat isteri- isteri Nabi, terlalu banyak kelemahan diri yang perlu aku perbaiki, membetulkan kelemahan bukan semudah menyedapkan dalam menu masakan, perlukan kesabaran dan doa yang setimpal dengan usaha disepanjang aku bergelar isteri... andai kelemahan masih milikku, maafkan aku.. kerana aku manusia biasa yang punya jiwa yang terkadang seakan mudah kecewa, dan kecewa itu aku simpan di hati yang ada cinta dan bila kesan luka itu tak terubat.. aku hanya berdoa agar diberi aku kekuatan dan kesabaran untuk menakluki cinta yang ikhlas dari seorang suami... 
 

"yang pasti demi kasihmu akan aku pertahankan ikatan ini hingga kehujung nafas ini.."


ikhlas dari
isterimu



Wednesday, February 16, 2011

Akulah yang kau kenali itu.....

Akulah itu,
yang kau kenal dulu,
punya cita yang tersimpan
punya hasrat disanggah.
punya impian membisu
punya cinta yang hilang.
namun punya tekad yang nekad
melangkah tanpa menoleh
terkadang rindu sekekali menyapa disegenap masa lalu

Akulah itu,
gadis yang kau pernah tahu,
menangis dalam hati
merayu pada nasib yang tak pernah menyebelahi
mengikut kehendak yang patuh pada harapan
harapan kepada insan yang bergadai nyawa yang membesarkan
hanya mahu keberkatan,
disepanjang perjalanan kehidupan.

Akulah itu,
yang tak punya apa-apa untuk dibanggakan
hanya doa kukuatkan
moga perjalanan dilindungi oleh Tuhan
kerana disekeliling belum tentu berhati indah suci
kadang-kadang berwajahkan cantik namun bertopengkan syaitan
terlalu banyak yang menyesatkan
terlalu sedikit yang memimpin kearah kebenaran
kekuatan hati dan takwa padaNya aku serahkan 
pohon keredhaan untuk mewarnai kehidupan. 


Akulah itu..
yang banyak meniti dari berlari
yang banyak mengejar bayang
dari mendongak ke awan mengejar pelangi
terlalu banyak laluan yang keliru
hingga terkadang aku terjatuh
dan tersungkur aku sendiri
bangun semula sambil berpaut pada kekuatan diri
mara dan terus mara kerana tak mahu berpaling lagi
sekalipun yang terjatuh meninggalkan kesan dihati
namun aku pasrah pada takdir ilahi

Akulah itu..
yang mencapai pada bahumu
menumpang berpaut saat kaki tak berdaya melangkah
cukup pilu pada cinta yang tiada kepercayaan
cukup hampa pada rindu yang sepi
cukup lemah pada kata-kata fitnah
cukup sedih pada manusia yang suka menghukum
menghukum sebelum dibicarakan
bicara pada kesilapan manusia
manusia yang memang biasa mencari kelemahan
kelemahan dari kekurangan manusia lain
hakikat setiap kelemahan itulah kekurangan dari diri mereka sendiri 

akulah itu...
yang kian terima takdir hidupku
kerana laluan yang ditentukanNya begitu
aku redha pada laluan ini
dan sampai masa aku akan pulang sehabis usiaku nanti
kerana aku hanya manusia yang hanya melakonkan watak
dalam cerita yang telah ditentukan olehNya
di atas pentas alam ciptaanNya
terkadang aku juga melanggar arahan
kerana kadang- kadang aku terlupa 
watak dan peranan aku didunia
kerana bukan sengaja sehingga aku terlupa
kerana leka keasyikkan dunia buatkan aku tersasar dari landasan
landasan yang tersimpang dari rahmat Tuhan.

Dan akulah yang kau kenali itu...
masih kuat pada hati yang menyintaiNya
dengan mula mengatur langkah
dan sesekali menoleh seketika kebelakang
menoleh untuk mengutip penawarnya
untuk dibuat bekalan saat kaki longlai untuk terus melangkah,
kerana aku tak mahu terus kaku dan mati.

kerana aku percaya....
cintaku akan kekal dihati, kekuatan itu pada jiwa yang indah bercahaya..



Thursday, February 10, 2011

CINTAMU CINTAKU........

Entah kenapa berat hati ini hendak melangkah
namun apakan daya aku terpaksa melangkah jua
jangan bertanya dimana kaki ini akan melangkah
kerana aku percaya akan takdirnya
aku doakan kau berbahagia selalu
disaat aku tidak lagi difikiranmu
biarlah aku menangung rasa .
bila terkenang bicaramu yang menghiris jiwa
terguris pada hati yg merindu
rindu pada cinta yang lenyap begitu sahaja.

Betapa berdosa diriku kerana dustanya cintaku
Betapa bersalah diriku kerana cintamu padaku
tolonglah maafkan daku
dan kau hukumlah diatas perbuatanku
kerana menyimpan rasa cinta itu
kerana cinta aku bernyawa,
kerana cinta juga adanya jiwa
dan jiwa itu indah bercahaya
dan cahaya itu dari izinNya

Alangkah sukar untuk aku memadam kenangan yang singgah dihati,
didalam keberanian terusik juga perasaan
semoga jiwa ini terus tabah menempuhi hari-hari tanpamu
tidak rela aku menurutkan kata hati
menyesali atas apa yang terjadi
langkah akan aku teruskan sekali punya rindu beraja dihati
pasrah pada takdir yang membiarkan cinta bertamu dihati
indahnya hanya seketika namun deritanya hingga kemati

biarpun jiwa ini terasa sepi,
namun kekal bercahaya dihati
diantara jiwa-jiwa maka tercipta satu cinta
dan hanya kerana cinta juga maka jadilah segala 
semuanya dari cinta,
cinta yang mekar ditaman hati
cintamu cintaku..kekal abadi


Wednesday, February 9, 2011

Menyintaimu...

Jika laluan ini salah,
mengapa masih kau tempuh,
berjalan tanpa hirau halangan melanda,
menuju ke destinasi yang entah dimanakan akhirnya nanti
hakikat kau sedar tiada penghujungnya,
namun kau masih degil pada hati sendiri.

Demi tuhan, kau hadir dihati yang mencari redhaNya
hadirmu dikala aku mencari arah,
arah dan tujuan juga sama
mencari redhaNya ilahi,
aku terdiam bukan keliru,
cuma aku mahu kau sedar 
dilandasan apakah yg kau sedang lalui
kerana tidak mahu kau menyesal nanti 
menyesal menyintai aku yang hanya punya hati 
yang kudus mengingati yang Esa..

Kau titipkan rasa cinta
saat aku tergapai mencari tujuan
sedangkan kau sedar bahawa aku tak layak untukmu
kerana rasa cinta membuatkan tunduk mengalah
mengalah pada jiwa yang memberi cahaya cinta
cinta itu akan membunuh rasa pilu
mengindahkan rasa sayang
walaupun hanya sekadar dari kejauhan

Aku akur pada hati yang lemah pada rasa,
rasa cinta yang seakan menglengkapi jiwa
memberikan cahaya saat terangnya kian suram
menyambut rindu saat cinta beraja dihati
maafkan aku kerana tak mampu berdusta pada hati sendiri
bahawa cinta itu memang ada untuk hatimu

Maafkan aku tidak sesekali aku bermain pada rasa,
sesungguhnya aku ada hati yg sentiasa manis saat memikirkan dirimu
indahnya bila aku merasakan dunia ini milik kita berdua
kerana rasa sayang ini sebenar-benarnya ikhlas dari hati yang menyinta

Kini kekuatan aku adalah dirimu
yang memberikan aku kekuatan saat kau hadir dalam hidupku
aku akan kekal menyintaimu
selagi hayatku dikandung badan
kerana tidak mungkin aku melupakan dirimu
kerana cintamu sudah mekar dalam hati 
izinkan aku nyintaimu 
selagi ada malam dan siang
selagi itulah cintaku padamu.

Terima kasih yaAllah kerana membuka hati ini menyintainya... kerana kasihnya menjadikan aku kuat mencari cintaMu....

Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

There was an error in this gadget

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers