Thursday, March 29, 2012

BERIKANLAH KEMAAFAN..

Andai ada kesilapan
berilah kemaafan
Lepaskan segala yang terbuku
Tanpa berkira-kira tentang rasa
pada dendam kesumat yang membara

Berilah senyuman dari hati
tambatkan jiwa dengan doa yang suci
hulurkan salam sebulat hati
Pasti jiwamu kuntum mewangi

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbelengu
biarkan lena di buai indah
pasti malam tenang dari kebencian

Penuhilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan bijak menilaimu
akan diberi olehNya
segala kelapangan jiwa
dan kebahagiaan dari hati

percayalah....

Memaafkan itu amat sukar... namun itulah penawar bagi hati...

Saturday, March 24, 2012

AKU TAHU, KAU DAN MEREKA JUGA TAHU...


Aku tahu dan kau pun tahu
dan ramai juga yang memberitahu
cintailah seseorang kerana Tuhan..
cintailah Tuhan kerana sesungguhnya
kerana itulah cinta abadi..

Aku tahu dan Kau pun tahu
dan ramai yang memberitahu
cinta pada manusia itu sakit,
pedih dan melalaikan,
cinta yang tak sempurna
dan banyak kegagalan

dalam memahami erti cinta
Aku tahu dan kau pun tahu
dan mungkin ada yang tahu
bahawa mereka juga tidak mampu
menahan dirinya daripada cinta..
aku juga tidak mampu menahan cinta
walaupun diri sendiri selalu diingatkan

untuk tidak mencintai seseorang itu
lebih dari kemahuan hati
bersungguh hingga menyakitkan hati
Aku tahu tapi aku tak pasti kau pun tahu
mungkin juga ada yang tak tahu
manusia itu rapuh
bila jiwanya lemah
akibat cinta yang parah,
hati menjadi tak tentu arah,
kerana itu manusia mudah menyerah
bila gagal mencari lemah

Aku ingin kau tahu
biarpun tiada siapa yang ambil tahu
aku tidak ingin dicintai
jika cinta itu disulami dusta..
jangan pernah menyentuh hati
andai tiada niat untuk memiliki
Jangan pernah menzahirkan sayang
andai cinta tiada di hati

Kerana aku tahu dan kau pasti tahu
seharusnya mereka juga tahu
Bahawa DIA lah tempat kita mengadu
menyerahkan cinta dengan fahaman rasa
agar ikhlas meletakkan makna cinta
bukan sekadar mahu bercinta
tapi mendidik hati untuk nilai
betapa berharganya nilai anugerah Ilahi

Akhirnya aku juga mengambil tahu
tentang kau dan aku
bila hati mula bersatu
kepada Allah ku pohon petunjuk
agar kebaikkan diperolehi
tika persahabatan terjalin dari jiwa
moga keberkatan dirasai bersama

Aku pohon agar kau turut memohon
Ya Allah kurniakan aku cinta
agar aku mampu mencintai
dan tidak menagih cinta pada yang lain
selain insan yang telah ENGKAU tetapkan
buat aku cintai
dan jadikan dia insan yang tidak penah
berpalingkan dari cinta terhadapMu
berkatilah dan rahmatilah
cinta ini buat kami
terima kasih Ya Allah
"Cintailah aku kerana Allah, berpisah denganku juga kerana Allah..moga Allah memberikan kau cinta yang lebih baik.. berbahagialah.." 

Nestapa itulah kekuatan..


Mencintaimu aku merasakan
bagai langit memeluk bintang
aku lukiskan cinta di hati
agar kasih tak terbatas lagi
namun itu hanya ilusi
dari cinta yang telah pergi
pergi bersama impian hati

Cinta yang dulu bersemi
telah menjadi masa nan lalu
hati yang hancur tiada bertepi
Kepergianmu tanpa asalan
membuatkan aku resah difikiran
memujuk rindu menolak harapan
membalut pilu mengubat perasaan
pada hati yang kau titiskan kedukaan

Terasa lemah tak berdaya
tatkala kaki tegak berdiri
semakin hancur hati
tika akal mencari erti
dan angan-angan di biar sepi

Nestapa membuatkan aku sedar
hanya aku perlu bangkit
dari terus tersungkur
kerana aku bukan lemah,
hanya ditinggalkan dan kecewa,

Mahu juga aku buktikan
bahawa aku masih mampu bernyawa
sekalipun hanya dengan sebelah jiwa
biarpun airmata menitis
tidak akan ku zahirkan
apatah lagi mengemis
pada cinta yang pernah disia-siakan
sekalipun hatiku bagaikan kaca berderai
akan aku kutip serpihannya
dan ku cantumkan semula
kerana setiap kedukaan rasa
telah kuserah kepadaNya
cinta yang hadir ke jiwa
biarlah sesuci cinta di Syurga

Namun aku manusia biasa
adakala ada kerinduan
bertamu dikalbu
pada suara mengamit rasa
biarlah kenangan menjadi saksi
pada masa yang tersisa
kerana kita akan berpaut pada
bebayang mimpi yang pergi
biarpun cintamu anggun di hati..

"selalu mengenangkanmu, walau kau tak lagi merindui ku "

Friday, March 23, 2012

Hamparan Cinta bertasbih rindu..

‎"Bila cinta bersaksikan kata, hanya padaNya dipohonkan kekuatan, dalam jauh bersaksi bintang, mahabbah dalam rindu bukti ingatan, Biarlah mimpi terukir dibintang, biarpun payah mengapai awan, biar menongkah arus bertentangan, terimalah takdir cinta ini menyinggah di espisod kehidupan, kerana Tuhan menguji kekuatan hati,seteguh mana janji manusia, seutuh itu ikatan cinta beraja di jiwa, andai naluri dugaan rasa, benarlah cinta itu tidak buta, hanya kita yg gagal memahami makna cinta. Istikhrah cinta padaNya mencelikkan mata bagi yg buta pada hati, namun jujur pada naluri. andai ada rindu buat penghuni hati, dihamparan sejadah luahkanlah rasa, biar ukhuwah mendapat rahmat kasih sayang dari yg ESA. Kerana di sini ada hamparan cinta yang bertasbihkan rindu pada sekeping hati yang tulus mendambakan dari kasihMu ...




"Ada kerinduan yang tersimpan, ada cinta memberi kekuatan, ada kasih mengunung harapan, ada DOA di sepanjang persahabatan.."

" Bicara hati oleh Ana Sarina Abu Bakar

Thursday, March 22, 2012

KERANA JAUH ITU DEKAT

Bila cinta kita berjauhan…
ada ingatan dari ketenangan
ada salam yang terpisah, 
ada jiwa yang kerinduan
punya senyum tertahan

Bila ada rindu berbuah,
Pasti rasa sayang merendang
Bila cinta kita kian menjauh 
Bila kasih yang menguji 
pasti terduga impian hati

Rindu suara telus di balik awan kelabu
setia cinta ku selimutkan sedingin salju
arca kerinduan dibayangi malam
ada sinar memancar siang
terlukis setiamu melangit kasih

Perpisahan ini 
membuatkan cinta kita semakin indah
kerana kasih kian terlarut
pada keruhan perasaan
terimbau semula kisah cinta bermula 

Terikat mati kasih di hati
kerana dugaan penguat cinta
bila sayang penawar duka
Ada rindu yang di damba

adakala menjauh itu menguji rasa
saat hati diam mencari masa
masa yang terlepas menagih cinta
Mengutip kasih di tasbih cinta
menghimpun rindu di luah rasa

biar berjauhan melayang ingatan 
kerana hati  kuat membina cinta
biar rindu mengunung rasa
kerana dipuncaknya ada kebahagiaan..

Sayangku… Sungguh yang Jauh itu dekat...

" yang jauh itu ketakutan, yang dekat itu cinta ku simpan untukmu"

Wednesday, March 21, 2012

Mencari cintaMu..



Ya Tuhanku..
Hanya kepadaMu aku pasrah
Akur, beralah dan menyerah
Seluruh rasa semakin pudar
kerana cintaku kian tercalar

Ya Tuhanku..
Bila senja usiaku semakin dekat
Menghitung dosa aku tak kuat
Di hujung umur bagai tersekat
sedangkan hati pelbagai dosa melekat,

Tuhanku..
Langkahku bagaikan mati
Mendaki kasihMu melangit tinggi
Namun cintaku padaMu bukan palsu
Walaupun sering terganggu
dengan cinta yang tak pasti

Ya Tuhanku..
Kadangkala aku terasa indah sayangMu
Bersama kurnia hidayah menunjukku
Terkadang aku terasa akan murkaMu
Seolah lelah bermujahadah menyelusuri kebenaran

Tuhanku,
berkali di aju taubatku
berkali jualah terpatri janjiku
Malu sungguh aku kepadaMu
kerana gagal memenuhi keampunan
yang dijanji
Bila kata sering dimungkiri
CintaMu pula sering kupinggir

Ya Tuhanku..
aku pohon kekuatan dalam mencari cintaMu
aku takut akan kehilangan cahaya cintaMu
dan aku masih setia menyintaiMu
rela aku mengemis di jendela usia
tanpa jemu mencari wajah sendiri
merintih, merayu agar amalanku diterima
memohon keampunan hanya kepada yang Maha Esa.

Moga perjalananku berbekal cinta Ilahi
bersama teguh memelihara cinta sendiri
biarpun dugaan datang menguji
namun mencari jejak cintaMU
tetap tidak akan berhenti


"Hanya padaMu tempat ku mencurah rasa kerinduan"

Mujahadah sebuah kemaafan



Aku manusia biasa
yang punya sejuta rasa,
aku benci rasa ini
Rasa yang bertandang diruangan hati
ia bertandang meninggalkan erti
dan memberi sejuta pertanyaan diri

Kenapa menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama
kebenciankah itu yang kau pernah menghadiahkan kepadaku
Satu luka berdarah namun kesannya
tidak terlihat dari kejujuran pandangan mata
mengapa aku perlu bertemu lagi warna pilu
Sedangkan kau hanya berlalu di tepian kalbu

terasa segalanya terlalu laju,
meluru jiwa seolah di pandu
meninggalkan masa bagaikan jemu
menunggu aku meninggirkan kenangan lalu,
Bila di hitung batasan masa
ratusan jam berlalu tidaklah lama
terkesima aku seketika…
di pinggiran nostalgia yang mengusik jiwa,

mengapa sukarnya memaafkan
mengapa sukarnya melupakan
Segalanya berubah sudah
Sejak ikatan hati terlerai
Episod kehidupan mematangkan akal…
Kita semakin dewasa dalam mentafsirkan

Hati kita semakin sedar kebenaran fitrah
Anugerah terunggul dari Allah
Kalau benar cinta ini kerana Allah…
Hati kita tidak akan terpisah

Pasti ada hikmah pada pertemuan kedua
Mengapa Kita dipertemukan semula
pasti meleraikan dendam yg terikat
di persada kemaafan jiwa
Bila butiran hidayah Allah menyapa
Tuhan yang Maha Besar dan Maha Agung itu
lagikan bersifat memaafkan
Inikan kita yang hanya akur pada keegoan dunia
pandanglah apa yg telah diberi olehNya..
lihatlah pada diri banyakkah kita mensyukuri atas pemberianNya
sebagai hamba yg kerdil,
dendam yang mengunung luruh seluruhnya…
Walau di awalnya terasa susah sungguh memaafkan
namun diakhirnya memberi kemaafan,
tanpa dendam yang bergelombang rasa,
namun ada gelojak jiwa yang membawa
Mujahadah sebuah kemaafan


"Siapalah kita tidak memaafkan, kita hanya manusia yang turut punya dosa..."

ISTIKHARAH CINTA




Dalam mencari kesempurnaan kita seakan terlupa
bukan mudah menunaikan janji
mahmudah tidak kecapaian
Hanya mengecapi indahnya permulaan
Tapi harus menempuh setiap tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan persengketaan…
sepanjang perkahwinan

Seringkali dosa bagai di minta
mazmumah bagaikan di pohon
Dibungai oleh retaknya ukhwah
Sejauh mana kasih cinta kita berdua
Dibatasi oleh cinta kita pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah percintaan

Adakala Allah menyempitkan…
Agar kita tidak leka dalam kesenangan
Kadangkala Dia melapangkan…
Agar kita tak selalu merungut akan kesempitan
Terkadang Dia membebaskan kita dari kedua-duanya
Supaya kita berfikir akan hebatnya kuasa yg Esa
dan kepada DIA tempat kita mengadu dan percaya

Istikharah cinta kita…
bersaksikan cinta diatas cinta
dalam alunan zikirullah
hatiku kuat memaut kasihmu bersama
Istikharah cinta kita…
memanggilku memohon petunjuk dari Ilahi
moga ada kekuatan menguasai hati
saat diri berMujahadah mencari redha Ilahi
ku serah kan segala rasa dan cinta hanya kepadaNya
Istikharah cinta bukan sahaja mengundang musibah.
tetapi istikharah cinta juga menuntut mujahadah.
kerana mencari Syurga itu bukan mudah
tapi memahami makna di sebalik mujahadah
pahit pada permulaan kebenaran dimamah
kerana syurga itu bayaran bagi mereka bermujahadah
meneguhkan cintanya hanya kepada Allah.



Bila cinta itu bermula dari syurga....
ISTIKHARAH CINTA menyatukan kita agar 

 di syurga jua di pertemukan semula.."

Saturday, March 17, 2012

ana sarina

Pesanan kekanda



Kekanda berpesan,
cinta kanda cinta mati,
cinta hidup kita di syurga,
cinta kanda cinta hati,
cinta setia ke hujung nyawa.

Kekanda berpesan,
adinda indah di depan mata,
kasih adinda tambatan hati
cantik adinda budi perkerti
molek adinda tutur bicara.
sayang adinda kanda rasai.

Kekanda berpesan lagi,
dugaan kita kekuatan cinta,
teruji kasih selautan rindu,
merajuk dinda pujukkan kanda,
senyuman dinda kebahagian kanda.

Pesan kekanda,
yang terindah dari adinda
mahu seiring kita ke syurga,
kanda pohon yang bidadari itulah adinda,
moga ketemu berkasih lagi.

Aduhai kekanda,
dinda tidak sehebat Saidatina khadijah,
dinda juga tidak sesetia Rabiatul Adawiyyah,
dinda tidak sepolos Saidatina Aisyah.
iman dinda tidak sekuat Sumayyah,
Kasih dinda tidak baik Zulaikha.
cuma adinda serah keikhlasan ini pada kanda.

Aduhai adinda..
kita memang tidak sempurna
lalu Allah menciptakan jodoh kita,
lengkap dan melengkapi urusan kita,
kerana yang menilai hanya yang Maha Esa

Aduhai adinda
tiada apa lagi mahu kekanda dari adinda.
moga bahagia menjadi isteri kekanda,
sebagaimana kanda bahagia,
walau hanya menatap wajah dinda,

Aduhai kekanda,
adinda terima akadmu,
maka adinda terima juga hatimu,
adinda terima kurangmu
maka adinda terima cinta dan kasihmu

Aduhai kekanda,
kekanda yang terbaik anugerah illahi
rahmat bahagia adinda pohoni
membahagiakan kanda
itulah janji pegikat hati
akan terpelihara kerana Ilahi


terima kasih kekanda...







"Andai yang terlafaz cinta dari hatimu,
berbahagialah jiwaku berlagu rindu,
andai kasihmu memberi cahaya hidupku, 
moga perjalananku menyelusuri syurga indah bersamamu."

Saturday, March 10, 2012

ana sarina
ana sarina

Biar resah ini menguji rasa...



     Bila jiwa mula resah pasti ada keliru pada haluan yang salah, resah datang ketika kedukaan melenyapkan payah, Aduhai bicara kirimkanlah aku kekuatan tika kesesatan mencari arah, cahaya bintang yang bergemerlapan di kala malam hanya memberi sinar, sinar itu bagaikan membawaku ke arah syurga, namun bila aku sedar, aku hanyalah bermimpi, pilu bila diri ini masih berselimut dengan dosa, masih banyak yang perlu di perbaiki, ternyata aku bukan wali atau Nabi yang suci dari segala hina dan benci, biarpun pelbagai cara menutup duka, sekalipun tersenyum dalam derita, ketawa dalam berduka namun tiada siapa yang menyedarinya, kerana segalanya ku tutup rapi dan biarkan tersembunyi, segalanya telah ku serahkan kepada Ilahi, bila dugaan datang saat aku mencari, DIA kirimkan pada aku kesabaran dalam menempuh dugaan yang diaturkan, DIA menyedarkan aku tentang kebetulan dan suratan, sesungguhnya aku bukanlah malaikat mahupun wali, yang terlepas dari dosa-dosa ciptaan aku sendiri, aku sedar aku hanya hamba Allah yang hina, yang rapuh pada hati, tewas pada keangkuhan sendiri yang mencari kesempurnaan di celah- celah kekurangan sendiri.


    Punya cinta yang di damba, punya rindu yang di rasa, punya bicara namun kelu tidak berkata, telah aku mencuba dalam memahami makna cinta namun tiada siapa yang sempurna, adakala tewas bila hati menafikan setiap rasa yang tersirat, andai cinta itu hanya sekadar persinggahan, sememangnya cinta yang hadir hanyalah sementara cuma, aku pasrah pada ketentuan Ilahi dan lemah dalam mentafsir makna yang tersembunyi. Aku bagaikan haus tika lemas di tengah lautan lantaran gagal mencari dahan untuk berpaut, aku hanyut kerana tiada kekuatan diri dan lemah kerana tiada daya menahan takdir yang di beri, aku biarkan hatiku menangis tika bibirku menguntum senyum, terasa pedih menanggung derita, sakit tatkala kekesalan beraja di jiwa, sesungguhnya hanya aku manusia biasa yang lemah, adakala seakan tewas tika berhadapan dengan ujian dari Ilahi, hanya doa memberikan kekuatan abadi dari hati,  hanya doa yang mampu aku pohon, moga diberikan petunjuk dan hidayah dariMu Ya Allah.... kerana hanya PadaMu tempat aku bersujud dan hanya padaMu jua tempat ku pohon cahaya keimanan bekalan bagiku tika menuju perjalanan ke haluan yang di redhaiMu...


     Aku yang resah dalam melenyapkan setiap rasa penyesalan singgah, aku rebah pada hakikat yang terikat. hanya pada Tuhan tempat aku mengadu segala rasa rindu, limpahkan padaku rahmat dan kasihMu..tiada yang sempurna dalam memiliki cinta, sesungguhnya aku akur padaMu kerana cinta itu anugerah dan hati ini adalah milikMu... Janganlah menilai diri andai keikhlas tidak bertuan di hati, jangan mencurigai hati sendiri andai jiwamu gelisah dalam mencari.. andai yang tersirat sudah tertulis, pasti yang tersurat ada jawapannya, jangan di tambah luka di hati , aku percaya pada takdir Ilahi,  segala ketentuan olehNya sudah di tetapkan dari azali, kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi, hanya Allah yang Maha mengetahui tiap akan sesuatu , dan aku bersyukur kerana di pilih olehNya untuk melalui dugaan dengan redha dan kekuatan hati.


    Biarpun terluka dan adakala jiwa bagaikan merana, aku pasti menyintaimu untuk selamanya, cinta yang hadir menguji kekuatan hati, hanya Allah yang Maha mengetahui, biarlah bicara penganti diri, kerana aku hanya menulis puisi cinta dari sepi  fajar siang menyingkap tirai malam, bicara hati mewakili saksi mata, lalu ku coretkan setiap yang tersurat, tanpa  ku abadikan segenap rasa cinta ini, kerana cahaya hati ini dari kekuatan cinta Ilahi, aku pasti cinta tidak mungkin akan hilang, selagi hayat ini di kandung badan,
"Kerana di syurga lah cinta itu bermula, semoga di syurga jugalah cinta ditemukan semula.."

"mengetuk hati tanpa menanti, cinta yang hadir sebagai mentari memberi cahaya seketika masa.. pulanglah ia bila tiba waktunya.. biarlah rasa ini pergi..."

Friday, March 2, 2012


Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

There was an error in this gadget

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers