Saturday, March 24, 2012

AKU TAHU, KAU DAN MEREKA JUGA TAHU...


Aku tahu dan kau pun tahu
dan ramai juga yang memberitahu
cintailah seseorang kerana Tuhan..
cintailah Tuhan kerana sesungguhnya
kerana itulah cinta abadi..

Aku tahu dan Kau pun tahu
dan ramai yang memberitahu
cinta pada manusia itu sakit,
pedih dan melalaikan,
cinta yang tak sempurna
dan banyak kegagalan

dalam memahami erti cinta
Aku tahu dan kau pun tahu
dan mungkin ada yang tahu
bahawa mereka juga tidak mampu
menahan dirinya daripada cinta..
aku juga tidak mampu menahan cinta
walaupun diri sendiri selalu diingatkan

untuk tidak mencintai seseorang itu
lebih dari kemahuan hati
bersungguh hingga menyakitkan hati
Aku tahu tapi aku tak pasti kau pun tahu
mungkin juga ada yang tak tahu
manusia itu rapuh
bila jiwanya lemah
akibat cinta yang parah,
hati menjadi tak tentu arah,
kerana itu manusia mudah menyerah
bila gagal mencari lemah

Aku ingin kau tahu
biarpun tiada siapa yang ambil tahu
aku tidak ingin dicintai
jika cinta itu disulami dusta..
jangan pernah menyentuh hati
andai tiada niat untuk memiliki
Jangan pernah menzahirkan sayang
andai cinta tiada di hati

Kerana aku tahu dan kau pasti tahu
seharusnya mereka juga tahu
Bahawa DIA lah tempat kita mengadu
menyerahkan cinta dengan fahaman rasa
agar ikhlas meletakkan makna cinta
bukan sekadar mahu bercinta
tapi mendidik hati untuk nilai
betapa berharganya nilai anugerah Ilahi

Akhirnya aku juga mengambil tahu
tentang kau dan aku
bila hati mula bersatu
kepada Allah ku pohon petunjuk
agar kebaikkan diperolehi
tika persahabatan terjalin dari jiwa
moga keberkatan dirasai bersama

Aku pohon agar kau turut memohon
Ya Allah kurniakan aku cinta
agar aku mampu mencintai
dan tidak menagih cinta pada yang lain
selain insan yang telah ENGKAU tetapkan
buat aku cintai
dan jadikan dia insan yang tidak penah
berpalingkan dari cinta terhadapMu
berkatilah dan rahmatilah
cinta ini buat kami
terima kasih Ya Allah
"Cintailah aku kerana Allah, berpisah denganku juga kerana Allah..moga Allah memberikan kau cinta yang lebih baik.. berbahagialah.." 

0 ulasan:

Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers