Andai malam sudah bisu, pasti rindu datang bertamu, rindu pada rembulan yang indah cahaya malam, namun malam kali ini rembulan kelihatan menyepi, mungkin rajuk pada sunyi malam yang sepi tanpa pungguk yang menanti, pungguk juga lelah menanti hadirnya sang rembulan tak muncul- muncul di malam hari, yang menjadi kebiasaan pungguk sebagai penanti. kegelapan malam sudah melabuhkan tirainya, namun rembulan tidak muncul lagi, entah apa yang dirajukkan oleh bulan, adakah rajuk bulan kepada bintang yang berkelipan, dilihat hampir namun cukup jauh untuk dicapai. adakah kerana rajuk si rembulan pada awan yang kabur menutupi gelap malam, menghilangkan seri rembulan buat wajahnya suram dibawa hingga ke subuh menjelang, Entah dimana silap hingga disepanjang malam bayangan rembulan tidak menghiasi langit gelita, tiada bulan yang kunjung tiba, dan pungguk pula setia pada cintanya, menanti tanpa rungut dihati, namun yang pasti pungguklah yang akan merana kerana merindu, rindu pada bulan yang dinanti..
Kecewa si pungguk simpan di jiwa, nyanyian pungguk menutupi resah dihati . resah pungguk menanggung rindu, apa di nanti pada yang tak pasti wahai si pungguk, tidakkah nanti merana diri, mengharap pada yang tak pasti, bukan menolak cinta si pungguk, tapi rembulan sukar dimiliki, bukan lupa pada diri..cuma pungguk setia pada janji. cinta pertama yang didambakan, cinta terbit dari renungan mata lalu terbenam ke sanubari, rawan si pungguk derita dihati, rawan si bulan hilanglah seri, dimanakan kekuatanmu wahai si pungguk pemilik hati, memasang impian pada cinta yang tak tentu pasti, berbaloikan pengorbanamu pungguk, tersesak dijiwa, merana dihati, cukupkah melihat dari jauh, tidak adakah keinginan untuk memiliki, atau berserah pada Ilahi kerana dugaan cinta ditakdirkan begini. atau pergi jauh dari hakikat diri.
Wahai rembulan yang indah berseri, jelaskanlah pada pungguk, jangan biarkan si pungguk terus menanti, mengharap sesuatu yang indah dihati, menanti kasih yang tak pasti, mencintai hanya didalam hati, berimpian namun harapan bagai tak tergapai, menanti jawapan samar pada persoalan, jangan sepi tanpa penjelasan, kerana si pungguk menunggu dan sanggup bertahan, hanya setia menanti jawapan yang tak pasti dari si rembulan yang jauh di balik awan. mengharap cinta yang tak mungkin tercapai, pasti hanya kecewa mengundang rasa, dan akan menyesakkan di dada.. meranalah jiwa si pungguk derita kerana cinta.
Andai suatu hati nanti jika kau muncul duhai rembulan, janganlah bertanya lagi tentang si pungguk, pasti si pungguk sudah mati. mati pada hati kerana merana menanti. kecewa pada hati yang tidak dihargai. kasih yang setia tidak ditemui, hanya rindu si unggas yang sedar kemampuan diri, tak mampu memeluk rembulan, merenung sudah cukup memadai, menangislah sepaus-puasnya duhai pungguk..pasti ada hikmah yang tersembunyi..berdoalah, moga ada yang terbaik datang mencari, pasti ada yang sudi menyambut cinta yg ikhlas menanti, biar rindu kali ini berbalas rindu dihati, bertamukan penghuni yang penuh cinta dihati,dan berjanji akan setia hingga ke mati.. beriramalah dihatimu wahai pungguk, kerana hatimu sudah memiliki taman cinta abadi, punya cinta yang indah di hati, dan dipenuhi warna warni pelangi kasih, dan pasti si penghuni setia pada janji dan ikhlas menghargai, tidak perlu kalungan bintang ataupun selimut baldu dari awanan utk menawan cintamu kerana kuntuman bunga-bunga cinta sudah cukup membuatkan cintamu mekar dan indah di taman hati, segalanya atas berkat doa dan kesabaran yang dipenuhi keikhlasan serta kasih sayang lalu disuburkan dengan bajaan cinta, pastinya pungguk bahagia kini, .kerana yang hadir ikhlas menerimamu seadanya......
"Cinta itu indah bila kasih dihargai, penantiannya dinanti, rindunya diubati dengan doa di hati..."