Saturday, March 10, 2012

ana sarina
ana sarina

Biar resah ini menguji rasa...



     Bila jiwa mula resah pasti ada keliru pada haluan yang salah, resah datang ketika kedukaan melenyapkan payah, Aduhai bicara kirimkanlah aku kekuatan tika kesesatan mencari arah, cahaya bintang yang bergemerlapan di kala malam hanya memberi sinar, sinar itu bagaikan membawaku ke arah syurga, namun bila aku sedar, aku hanyalah bermimpi, pilu bila diri ini masih berselimut dengan dosa, masih banyak yang perlu di perbaiki, ternyata aku bukan wali atau Nabi yang suci dari segala hina dan benci, biarpun pelbagai cara menutup duka, sekalipun tersenyum dalam derita, ketawa dalam berduka namun tiada siapa yang menyedarinya, kerana segalanya ku tutup rapi dan biarkan tersembunyi, segalanya telah ku serahkan kepada Ilahi, bila dugaan datang saat aku mencari, DIA kirimkan pada aku kesabaran dalam menempuh dugaan yang diaturkan, DIA menyedarkan aku tentang kebetulan dan suratan, sesungguhnya aku bukanlah malaikat mahupun wali, yang terlepas dari dosa-dosa ciptaan aku sendiri, aku sedar aku hanya hamba Allah yang hina, yang rapuh pada hati, tewas pada keangkuhan sendiri yang mencari kesempurnaan di celah- celah kekurangan sendiri.


    Punya cinta yang di damba, punya rindu yang di rasa, punya bicara namun kelu tidak berkata, telah aku mencuba dalam memahami makna cinta namun tiada siapa yang sempurna, adakala tewas bila hati menafikan setiap rasa yang tersirat, andai cinta itu hanya sekadar persinggahan, sememangnya cinta yang hadir hanyalah sementara cuma, aku pasrah pada ketentuan Ilahi dan lemah dalam mentafsir makna yang tersembunyi. Aku bagaikan haus tika lemas di tengah lautan lantaran gagal mencari dahan untuk berpaut, aku hanyut kerana tiada kekuatan diri dan lemah kerana tiada daya menahan takdir yang di beri, aku biarkan hatiku menangis tika bibirku menguntum senyum, terasa pedih menanggung derita, sakit tatkala kekesalan beraja di jiwa, sesungguhnya hanya aku manusia biasa yang lemah, adakala seakan tewas tika berhadapan dengan ujian dari Ilahi, hanya doa memberikan kekuatan abadi dari hati,  hanya doa yang mampu aku pohon, moga diberikan petunjuk dan hidayah dariMu Ya Allah.... kerana hanya PadaMu tempat aku bersujud dan hanya padaMu jua tempat ku pohon cahaya keimanan bekalan bagiku tika menuju perjalanan ke haluan yang di redhaiMu...


     Aku yang resah dalam melenyapkan setiap rasa penyesalan singgah, aku rebah pada hakikat yang terikat. hanya pada Tuhan tempat aku mengadu segala rasa rindu, limpahkan padaku rahmat dan kasihMu..tiada yang sempurna dalam memiliki cinta, sesungguhnya aku akur padaMu kerana cinta itu anugerah dan hati ini adalah milikMu... Janganlah menilai diri andai keikhlas tidak bertuan di hati, jangan mencurigai hati sendiri andai jiwamu gelisah dalam mencari.. andai yang tersirat sudah tertulis, pasti yang tersurat ada jawapannya, jangan di tambah luka di hati , aku percaya pada takdir Ilahi,  segala ketentuan olehNya sudah di tetapkan dari azali, kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi, hanya Allah yang Maha mengetahui tiap akan sesuatu , dan aku bersyukur kerana di pilih olehNya untuk melalui dugaan dengan redha dan kekuatan hati.


    Biarpun terluka dan adakala jiwa bagaikan merana, aku pasti menyintaimu untuk selamanya, cinta yang hadir menguji kekuatan hati, hanya Allah yang Maha mengetahui, biarlah bicara penganti diri, kerana aku hanya menulis puisi cinta dari sepi  fajar siang menyingkap tirai malam, bicara hati mewakili saksi mata, lalu ku coretkan setiap yang tersurat, tanpa  ku abadikan segenap rasa cinta ini, kerana cahaya hati ini dari kekuatan cinta Ilahi, aku pasti cinta tidak mungkin akan hilang, selagi hayat ini di kandung badan,
"Kerana di syurga lah cinta itu bermula, semoga di syurga jugalah cinta ditemukan semula.."

"mengetuk hati tanpa menanti, cinta yang hadir sebagai mentari memberi cahaya seketika masa.. pulanglah ia bila tiba waktunya.. biarlah rasa ini pergi..."
Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers