Saturday, April 21, 2012

PENDAM si CINTA


"Mencari cinta di redup senja, bagai mengejar kasih di balik pelangi. Mengharap setia yang jauh di hujung dunia, bagai mengejar bayangan sendiri. Andai hati itu ada dimiliki, jangan di pendam duka sendiri. Luahkan cinta biarpun kecewa. Kerana apa yang terluah, adalah penawar segala rasa. Biarlah tanpa balasan, setidak-tidaknya hilang satu bebanan. Penantian yang tiada kesudahan, bagaikan sang bulan berseri bertemankan bintang. Namun di sebalik seri itu, ada sepi si pungguk yang setia menanti. Biarlah kasih pungguk hanya sekadar di pinggir senja. Merenung bulan dikejauhan, itu sudah cukup menghiburkan hati. Kerana pasti rembulan tak mungkin jatuh ke riba. Andai pasrah itu menyerah, namun pungguk bukanlah kalah. Hanya akur pada ketentuan Ilahi, yang telah ditetapkan sejak azali. Dan itu jauh lebih baik, daripada mengharap kasih yang tidak pasti. Biarlah pungguk hanya penanti, bersama cinta yang akan di bawa hingga ke mati."

Janji




"Wahai mentari hentikanlah amarah, takut berbara sinar terserlah, maka terpancar cahaya terikmu, panas perit terasa hingga setiap kelapisan kulit, bukan takut pada kesakitan, tetapi bimbang keliru pada keinginan, kerana keinginan boleh menipu kemahuan akal, lalu menidakkan fitrah hati yang mahu pulang ke pangkal jalan, lantaran terlalu dingin pada angin yang membutakan pandangan, akhirnya tersesat dek kerana haluan yang hilang, lalu dendam menjadi sebati di jiwa, bermusuh pada yang berhak untuk berkongsi kebaikkan, kerana kemungkaran seolah menjadi pakaian pada kealpaan yang megah dan sombong berjalan di atas bumi Tuhan, maka berjayalah misi si syaitan, yang mahu menyesatkan ke atas jiwa setiap anak cucu cicit Nabi Adam a.s, janji syaitan kepada penciptaNya itu pasti, sebagaimana janji Allah pada seluruh ciptaanNya setiap yg hidup pasti akan kembali kepada-NYA...."

Bicara jiwa oleh Ana Sarina Abu Bakar



Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

There was an error in this gadget

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers