Thursday, September 9, 2010

Aku jatuh cinta.......

     Aku sudah jatuh cinta, cinta pada dia, dia yang mencuri hati, hati yang pernah sepi, sepi pada janji, janji yang sudah terlerai kasih, kasih yang mungkir, mungkir pada cinta, cinta yang rapuh dan hancur. bagaimana hendak aku nyatakan rasa cinta ini. sedangkan aku tak pasti apakah itu perasan yang sama? dan adakah dia juga merasakan.perasaan itu, sebagaimana aku merasainya,  aku rindu dan amat merindui pada suaranya, pada mata dan kasihnya.

     Aku jatuh cinta lagi pada bicara yang terluah, pada cinta yang telah dizahirkan dari hati, biarlah rindu menyatakan resah. dan  kerana resah ini pasti ada yang menunggu, menunggu pada kasih yang bertaut. bertaut pada dahan cinta yang terletak di dalam hati,  kerana didalam hati ini sudah ada taman  yang terbina, dan dibina tika rasa percaya dalam diri diakui. aduhai hatiku yang berdendang, dendangkanlah lagu rindu itu untuk didengar biarkan aku lena dalam cinta. cinta yang membuai rasa indah..

     Semenjak kau hadir dalam hidupku, aku mula merasakan indah, kau telah mengetuk pintu hatiku tanpaku sedari dan akhirnya aku mengizinkan untuk singgah didalam hatiku, kau yang ilhamkan aku kebahagiaan sehingga aku merasakan keindahan cinta itu sebenarnya dan bila keyakinan dalam diri ini kukuh dihati aku semakin yakin akan hadirmu,  pintaku tatkala aku bersamamu. salutilah kasih dan sayang itu pada kejujuranmu sayang.. kerana hadir cintamu memberikan aku sebuah rasa... seribu rasa yang sukar aku gambarkan..

              Maafkanlah aku andai tak sempurna buatmu,  kerana saat kita sedang menikmati erti bahagia hanya kesempurnaan mengaburi mata. Izinkan untuk aku menyintaimu, mengasihimu, merinduimu, walaupun kehadiranmu bagaikan angin menghembus lembut ke tubuh,  wujudnya nyata namun bayangnya tidak terlihat..aku pasrah kerana aku sudah terlanjur menyintaimu dan izinkanlah aku memilki cintamu hingga ke akhirhayatku.dan aku tak mampu berselindung lagi hakikat cinta yang bertapak dihati ini. Andai benar kau juga merasakannya katakanlah agar senang aku mengorak langkah untuk aku terus mengetuk pintu hatimu, dan menjadi tetamu cinta hatimu....

terima kasih yang bernama cinta 
Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

There was an error in this gadget

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers