
Setelah beberapa bulanmenikmati bahagia pada rasa rindu dan cinta, hati Marconah seakan didera, jiwa remaja marconah tercabar, cinta marconah bagai menanti dihujung tanduk, ketika zaman remaja Marconah, Marconah adalah gadis manis yang diidami oleh ramai jejaka, disebabkan itu juga Marconah segala pergerakkan Marconah seakan diperhatikan. dia adalah diantara gadis yang digilai ramai lelaki ketika itu, dan kerana itu jugalah ramai yang tidak senang akan wujudnya kasih antara Markonah dan kekasihnya, ada fitnah, desakkan, cemburu, kongkongan, menjadikan jiwa Marconah mati dan sepi semula. Cinta Marcona tercabar, jiwa remajanya memberontak, kecewa dikongkong keluarga, Marcona juga tak mahu orang yang menyayanginya juga mengikat dirinya dengan terlalu kuat, Marcona tak mampu berdepan dengan manusia yang ingin berkawan dan ada juga mahu berlawan dengannya, lalu Marcona sepi dalam hati, hatinya terlalu sayang pada kekasihnya, tetapi dalam pada masa yang sama dia juga mahu menjaga hati ibu dan ayahnya. Punya ayah yang garang amat membataskan Marconah untuk berkawan dengan sesiapa yang punya keinginan berkawan dengannya saat itu..hanya kekasihnya inilah satu-satunya kepunyaan hati Marconah tika itu.
Hakikat cerita Marconah Soadah penuh dengan mengalah dan menyerah, bagi yang tidak mengerti pasti menganggap bahawa gadis ini penipu, kejam, atau tidak punya perasaan. walaupun hanya tuan punya badan yang merasa akan pahitnya, Marconah redah tanpa mengalah sekalipun terpaksa tunduk pada takdir tentang cintanya nanti. Sekuat mana hendak di tampung kata-kata fitnah, mana hendak dijaga perasaan orang tua yang mengawal pergerakkan anak perempuannya. hendak menahan beban rasa diperdayakan kawan-kawan, terlalu banyak mendung dari cerah dalam kisah Marconah Saodah. yang pastinya sesiapa yang berasa ditempat Marconah pasti akan menjadi setengah gila. itu yang pasti.
Langkah drastik, Marconah memutuskan hubungan dengan putera hatinya, alasan sudah tidak punya jodoh menjadi ucapan bibir. cincin dipulang kerana tidak mahu lagi ada ikatan kasih. bukan ada perasaan lain cuma tak mahu menyusahkan orang lain dek kerana masalah sendiri. bergelut dengan rasa dan keliru, cinta Marconah terputus walaupun hatinya bagaikan disiat-siat, jiwanya meronta kesedihan, sedihnya bukan lagi dibuat-buat, tak rela berpisah kerana terlalu sayang. tapi terpaksa melepaskan kerana cinta, di hati Marconah sering memanjatkan doa agar kekasihnya akan bertemu kekasih yang lebih baik dari dirinya nanti.
Marconah berkorban rasa, hati dan cinta, namun hanya Marconah yang tahu kisah disebalik cerita. kerana bagi Marconah biarlah kekasih hatinya berkawin dahulu sebelumnya, biarlah airmatanya mengalir deras bagai air sungai, saat mendengar kebahagian itu menjadi milik bekas kekasih hatinya, dia pasrah demi cinta kerana bagi Markonah cinta suci itu hanya bagi yang memahami erti derita cinta itu sendiri, bukan menikam dari belakang dek kerana salah sangka. hanya bagi yang kental hatinya layak untuk cinta Marconah.. diantara superman dan batman, Marconah terpaksa memilih batman yang nampak tidak punya sebarang kekuatan diri, dan Marcona sedar, Batman bukan pilihan hati, tetapi batman cukup kuat menepis segala dugaan. tidak pernah melatah, Bagi Marconah cinta boleh dipupuk, dan sayang boleh dibaja dan disiram. Marconah pasrah akan hidupnya.. moga kebahagiaan menjadi miliknya abadi...
