Thursday, November 25, 2010

Apa yang ku rasa....

apa yang aku rasa,
kau dekat dihadapanku,
terlalu hampir denganku, 
sekalipun kau cuba menjauhi aku.

apa yang aku rasa,
aku masih menyayangi 
aku masih merindui
aku mungkin juga punya rasa itu,

apa yang aku rasa,
kau menjauh tapi merindu,
kau menafi tapi menyintai, 
kau derita tapi bahagia.
kau menyayangi lalu kau menjauhi

apa yang aku rasa
hati ini punya cinta milikmu,
rindu ini hanya untukmu
kasih ini aku damba untukmu.
cinta ini aku simpan untukmu.

di dunia ini tersiksa terpisah,
biarlah disana nanti kita berdua bahagia.
kerana cinta kita hadapi,
derita rindu ini kita bahagia

moga kau setia menanti aku nanti,
menjadi bidadari syurga
biarlah didunia aku mencari indah disana,
pohonku  kita ketemu bersama cinta.



maafkan aku cinta.....

maafkan aku cinta
kerana cinta aku buat kau merana,
menanggung rasa cinta 
yg wujud dalam jiwa

maafkan aku rindu
kerana rindu aku buat kau gelisah,
menahan sakit menanggung rasa
rasa pada hembusan cintaku
yang menyapa hati buatmu

maafkan aku cinta,
kerana cinta diantara jiwa-jiwa
tercipta satu cinta
dan cinta itu adalah milik
cintamu dan cintaku

maafkan aku kasih
terluka hati kerana menyinta
bertapak dihati berbekas dijiwa
kerana cinta ini 
aku terpaksa meluahkan rasa
kerana aku meyintaimu.
dan kekal begitu..

maafkan aku cinta
kerana cinta aku bernyawa
kerana cinta adanya jiwa
kerana cinta jiwaku meronta-ronta
hanya kerana cinta maka terciptalah sejarah
sejarah menyintai dari hati yg menyinta

maafkan aku cinta
kerana terlalu jujur bila meluahkan cinta
kerana aku tak mahu 
terlepas meluahkan
sekalipun tak mampu  utk menzahirkan

kau hukumlah aku kerana menyintaimu
kerana tidak mungkin aku berdusta
dusta pada hati yg ikhlas menyinta
sekalipun kau menolak cintaku
hatiku kekal meyintaimu

maafkan aku cinta..


Biarkan aku kekal menyinta....

Dalam diam hatiku berkata,
adakah kau cintaku yang bertahta,
hadirnya kasihmu penuh bermakna
mungkinkah akan menjadi nyata.

Hadirnya kasih tanpa diminta
rindumu menjemput sejuta rasa
mengundang pilu mendamba resah,
resah pada cinta yg merasuk jiwa.

duhai hati duhai kekasih
ubat rindu penyembuh luka,
pujuklah hati  dari derita nan lara
kerana menyintaimu  bagaikan tiada

mawar putih tanda cinta
cinta kita terbina istana
istana kita ditaman cinta
taman cinta dihati kita

jangankan musnah istana itu
kerana cinta itu jujur dihatiku
biarlah istana cinta itu teguh 
seteguh kasihku padamu

biarlah aku kekal menyintaimu
seteguh istana cinta yg aku cipta
tidak ada  bayaran untuk cintaku
kerana hadirnya cinta adalah percuma
kerana cinta yang suci adalah anugerah dari Ilahi

dan aku izinkan kau pergi 
tapi jangan paksa aku untuk membenci
kerana cintaku sudah sebati
tak mungkin aku berpaling lagi
biarlah cintaku padamu kekal dihati

kerana cinta itu jujur pada hati yang menyinta...
 
Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers