Wednesday, December 8, 2010

kerana takdir itu....


Andai takdir itu,
menemukan kau dan aku,
takdir itu juga memisahkan kita,
dan takdir juga 
menemukan semula,
pertemuan pada yang menemukan
menemukan dua jiwa yang pernah bersatu
dan kini menjadi kisah,
kisah cinta kau dan aku 
dari pertemuan inilah maka terjawab persoalan
yang berbuku pada hati  dan rasa.
dek kerana puas mencari punca 
punca terjadinya perpisahan
yang tiada diduga
akibat salah sangka menjadi petaka
timbul rasa benci pada zahirnya
namun tersembunyi rasa sayang 
yang tiada noktahnya..

Takdir itu juga,
membuatkan aku akur pada takdirku sendiri,
punya kasih yang keliru pada rasa
ada jiwa yang resah mencari naluri cinta
ada cinta yang  bagai kan tiada 
kerana telah hilang pada hati yang terletakknya cinta

Hakikat takdir itu
Aku menjadi insan yang kosong
kosong pada hati  yang seakan mati,
hilang dan  sesat pada haluannya 
punya mentari namun tiada cahaya
ada haluan tapi tersasar dari landasan 

Namun kerana takdir itu 
aku  bersyukur kerana masih punya rasa
rasa cinta itu masih ada untukNya
rasa rindu itu masih kuat padaNya
rindu itu kerana terlalu lekaku dari mengingatiNya
kosong hatiku kerana menolak takdirNya
rasa sepi itu sering terlena pada zikirNya
dan hati ini bagaikan mati  
kerana mencari cinta hakiki yang kian pergi.

Kerana takdir itu
buat aku berfikir sejenak
mengapa aku mendambakan kasih 
kasih yang pernah aku singkirkan dahulu
mengapa aku menyimpan cinta
yang sememang bukan menjadi milik aku lagi
mengapa aku mengharap jiwa yang sudah hilang pada rasa  
mengapa aku meluahkan rasa pada haluan yang ternyata berbeza
perlukah aku memujuk rindu pada bayanganyang muncul tika cahaya menyinari segenap ruang.

Hakikatnya sudah lama aku terima 
bahawa kau bukan untukku lagi,
kerana takdir itu telah pun ditentukan olehNya
kerana DIA tahu yang terbaik untukku
kerana DIA mengetahui yang tersirat dihatiku
kerana DIA pemilik hati yang punya cinta
Kerana DIA agung pada cintaNya 

Dan kerana takdir itulah aku bersyukur
terpilih mencipta rasa pada kenangan yang lama ditinggalkan
pada kehadiranmu yang pernah memberikan kebahagiaan
walaupun hanya seketika,
namun itu sudah cukup memberikan kegembiraan pada hati,
walaupun diakhirnya
memberikan luka pada hati yang menyinta
walaupun yang melukakan itu adalah kita
biarlah puncanya hanya aku yang tahu.

Hakikat takdir itu 
aku redha segalanya 
pasrah pada takdir yang telah tertulis untukku
kerana pertemuan singkat itu maka terlahirlah rasa cinta
lalu terciptalah rindu
walaupun segala rasa hanyalah tinggal kenangan
kenangan yang telah ku semat kedalam hati yang paling dalam

Pada Tuhan aku pohon 
Moga aku diberikan hati yang lain
agar hati  ini punya cinta yang menyintai
cinta yang ada dihadapan mata
bukan hanya pada bayangan tapi pada kenyataan
menyintai  pada yang selayakknya dicintai

dan kerana takdir itu
aku sedar bahawa jodoh adalah rahsia Allah 
hanya DIA Maha mengetahui apa yang telah ditentukan 
kerana yang terbaik telah Allah janjikan
memberikan cinta kedua sebagai balasan 
dan dia suamiku kini
dan dia juga adalah kekasih yang dianugerahkan
maka  kesempurnaan  telah digabungkan
kekuranganmu kelemahanku
kelebihanmu kesempurnaanku
kau pelengkap hidup saat aku merasakan kekosongan
kau menghulurkan tangan saat aku terjatuh 
kau menjadi dahan untuk aku berpaut
tatkala aku tiada berdaya bangkit dari kekecewaan
dia berikan aku bahagia 
dan aku mula merasakannya

Hakikat hati ini sedang diuji
pohon kekuatan moga tidak tersasar pada landasan lagi
pada cinta yang pernah singgah
terima kasih padamu aku ucapkan
kerana menjadi sebahagian dalam kenangan
kerana cinta itu pernah membuat aku bahagia
walaupun hanya seketika
namun hadirmu bagaikan pelangi terbit selepas gerimis
cukup indah utk dikenang

Andai cinta itu masih ada, simpanlah ia..
kadangkala sesuatu pekara adalah lebih baik kita mendiamkan sahaja
kerana mendiamkan diri adalah lebih baik dari pada bersuara..
simpanlah segala kisah antara kita 
kerana segalanya sudah menjadi lipatan sejarah,
pasti bersebab Tuhan temukan semula
pertemuan kedua untuk meleraikan yang tersirat
kerana yang tersurat hanya terlihat pada zahirnya
maka yang tersirat sebagai jawapannya, 
walaupun perit namun itulah hakikat
walaupun terasa pahit namun  itulah penawar

Maafkan aku kerana  mahu memulangkan hatimu 
dan tidak akan aku tinggalkan walaupun seinci.
aku pohon moga kau kembalikan cintaku
cinta yang pernah bertapak dihatimu
moga kau bahagia  bersama cinta dia yang selayak menyintaimu
dan cinta itu bukan milikku lagi....
dan  izinkan aku akan membina bahagiaku
bahagia bersama cinta yang tercipta dari tulang rusuk kirinya
moga bahagia hingga kehujung nyawa kami

maka berakhirlah kisah kita.
kisah yang tercipta dari kegagalan 
kegagalan pada akal yang kurang matang,
dan hari ini takkan aku ulangi kesilapan
kesilapan dalam menilai rasa sendiri.
rasa yang keliru pada ketetapan hati.
namun aku tidak sesekali menyesali pada takdirku
kerana yang terbaik sememang milikku kini
dia tiada ganti  dan cintanya tiada dua bagiku

maafkan aku...
kekadang aku juga mahu menilai hati sendiri
menilai pada rasa yang sebenarnya sudah lama mati
tak mungkin kerana sayang cuma terganggu oleh perasaan
dan harus aku akui kerana ada ketika di minda kau menjelma kembali 
dan tak mungkin dapat aku hindari..
biarlah dilubuk hatiku masih terukir namamu
tak mungkin aku mengusir setiap inci kenangan itu
kerana jauh di dasar hatiku masih punya cinta
cuma aku harapkan semua ini bukanlah kekeliruan
kerana kekeliruan boleh merosakkan jiwa dan hati kita
izinkanlah segalanya berlalu..
dan aku meredhai setiap takdir untukku..


"HAKIKAT CINTA TAK SEMESTINYA DIMILIKI....KERANA SEGALA-GALA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH-NYA ADALAH YANG TERBAIK UNTUK  DIRI INI"....terima kasih cinta dan kenangan..~


Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

There was an error in this gadget

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers