Monday, April 9, 2012

CINTA ITU ADALAH CINTA



Aduhai HATI...
benar cinta itu sukar digambarkan,
namun percayalah cinta ini sudah sebati di jiwa,
kasihku ini bukan sekadar hiasan bicara,
bukan juga pengindah ucapan,
tetapi pengikat jiwa dari talian cahaya cintaNYA

Cinta itu bukan mudah,
menzahirkan tanpa mengenali diri,
meluahkan tanpa ada rasa mencuit hati,
merindu tanpa ada bahagia di jiwa
berkasih tanpa merasakan adanya kejujuran

Cinta itu anugerah
bagi yang mengerti
dan kenal siapa pemilikNya
kerana cinta itu indah
andai tidak dianggap mudah

Cinta itu limpahan rasa kasih sayang
memperbaiki amalan, memperindahkan jiwa,
menyempurnakan yang dulu tidak sempurna,
cinta itu dirasakan dekat, kerana ia ada di hati.

Cinta ini DIA pertemukan,
dua jasad dan dua hati disatukan
ada kelemahan ada juga kelebihan
dengan cinta ianya mengabungkan perasaan,
maka sempurnalah pada bahagia yang di rasa

Cinta itu bukan sehari dua
bukan ditemui selepas diijabkabul
bukan dirasai pada sentuhan
bukan juga pada kata-kata pujukkan

Cinta itu perlukan masa,
perlukan pengorbanan,
kekuatan dan kesabaran,
cinta itu bukan setakat tulisan
yang boleh mencoretkan setiap luahan

TETAPI cinta itu adalah cinta
yang kau perlu faham
bagaimana hadirnya cinta
dari siapa cinta itu berhak
kepada siapa cinta itu punya hak
di mana dan bila bakal kau temukan
Hanya DIA yg layak tentukan
kerana cinta itu sepanjang usia
selagi masa mengizinkan kau mengenali cinta
carilah cinta sedalam-dalam pengertian
semahu akal dan tujuan selagi itu kau akan mencari
setiap inci makna cinta..

Sehinggalah suatu saat nanti kau temukan
ada satu cinta yang menyentuh jiwa
dari satu cinta yang ke satu cinta yang berbeza
dari keyakinan akal kepada keteguhan hati
pasti kau akan temui satu cinta di atas satu cinta
cinta dari insan yg diredhaiNYA
membawa Cintamu kepada cinta abadi yang ESA....

"Cinta ILAHI telah mendekatkan cinta antara kita"

0 ulasan:

Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers