Thursday, November 25, 2010

Biarkan aku kekal menyinta....

Dalam diam hatiku berkata,
adakah kau cintaku yang bertahta,
hadirnya kasihmu penuh bermakna
mungkinkah akan menjadi nyata.

Hadirnya kasih tanpa diminta
rindumu menjemput sejuta rasa
mengundang pilu mendamba resah,
resah pada cinta yg merasuk jiwa.

duhai hati duhai kekasih
ubat rindu penyembuh luka,
pujuklah hati  dari derita nan lara
kerana menyintaimu  bagaikan tiada

mawar putih tanda cinta
cinta kita terbina istana
istana kita ditaman cinta
taman cinta dihati kita

jangankan musnah istana itu
kerana cinta itu jujur dihatiku
biarlah istana cinta itu teguh 
seteguh kasihku padamu

biarlah aku kekal menyintaimu
seteguh istana cinta yg aku cipta
tidak ada  bayaran untuk cintaku
kerana hadirnya cinta adalah percuma
kerana cinta yang suci adalah anugerah dari Ilahi

dan aku izinkan kau pergi 
tapi jangan paksa aku untuk membenci
kerana cintaku sudah sebati
tak mungkin aku berpaling lagi
biarlah cintaku padamu kekal dihati

kerana cinta itu jujur pada hati yang menyinta...
 

Friday, November 5, 2010

Kerana kau pemilik kenangan itu....

        Bagaimana hendak aku nyatakan lagi, haruskah aku mengalah pada takdir atau akur  sahaja di setiap ketentuan ilahi, perlukah aku menidakkan apa yang sememangnya aku rasakan. Benar berdiam diri itu lebih baik andai yang terluah itu nanti akan melukakan hati orang yang menyayangi. Tidak pernah aku kesalkan andai aku ditakdirkan punya hati yang kekal tanpa dicintai dan menyintai, aku juga tak kesal andai kecewa datang menjemput aku. Biarlah aku mengatur langkahku tanpa lagi bayangan dirimu. hakikatnya menanti mu bagai mengejar pelangi, makin kudekat makin jauh kau meninggalkan aku. Hilang tika terang bagai membunuh dlm senyap, andai kau mahu aku mati,mengapa hati aku yg kau sakiti,  kau mendekati aku ketika hati ini kosong dalam mencari makna cinta yang entah dimana hilangnya, kau mempersoalkan tentang hatiku, sekalipun berkali aku menafikan, dn persoalan itu terluah dari desakkan bicara, hakikat yang terjawap kau punya jawapannya, kenapa mesti pergi saat aku cuba mendekati. jika hati aku boleh dilihat airmatanya pasti kau akan terlihat betapa deritanya aku, salah aku hanya untuk menyintaimu dan kini kau berjaya berjaya memperdayakan hatiku,  berbahagialah hidupmu.



     Jika rindu itu mainan jiwa, mengapa berikan aku kasih seluruh raga,jika bencimu itu menutup dukaku, mengapa   kau membisu seribu bahasa, membiarkan aku tercari jawapan makna pasti. jika yang indah itu adalah kenangan, mengapa pahit kau jadikan sejarah perjalanan hidupmu, yg nyata itu ketentuan krn ketentuan itulah yang telah ditetapkan maka yg tersirat kekal tersirat dan yang tersurat pasti masih terselindung disebalik kata-kata. adakala aku cuba membenci dirimu, tapi siapa aku yang tak mampu membohongi hatiku, tak dapat aku ingkari rasa sayang aku terhadapmu, terasa ingin aku berlari kepadamu namun kau semakin menjauh hakikat aku  tidak faham akan niat dan maksudmu yang tersimpan dibenak perasaanmu, yang pasti kau mencuri hatiku tapi tidak memiliki jiwa dan cintaku biarlah cinta itu pergi membawa seribu pertanyaan dihati dan aku sering mencari waktu ingin berbicara tapi sekalipun aku mampu bersuara dan adalah lebih baik aku membisu tapi  itu bukanlah diri aku sebenarnya.




    Aku cuba jadi seperti dirimu, menahan rasa walaupn kasih, menanggung rindu walaupn pedih, menahan cinta biarpun tersiksa, andai kasihmu ada dihati terima kasih kerana meyimpannya, kerana aku tahu, aku tak mungkin terlihat cinta milikmu lagi dan yang pastinya aku tak mahu bertanya lagi tentang perasaanmu terhadapku. cuma pohonku izinkanlah aku kekal dihatimu, sekalipun aku tak layak memiliki cintamu namun aku bahagia dengan apa yang aku rasai sekalipun betapa sakitnya aku rasakan bila kau tak pernah menganggap aku ada.  Biarlah tentang hati ini,  bukan merajuk, tp menyedari sesuatu yg pernah disedari dahulu, kerana setiap kali aku bertanya kepada dirimu tentang rasa,  pasti hambar jawapannya, mungkin cinta itu hanya permainan buatmu, aku yg tidak mahu mengalah namun akhir akur pasrah, bukan tidak tahan diuji tp takmahu menyakiti hati aku lagi..sayang aku ikhlas dari hati, rindu aku menikam naluri, cintaku jujur pada hati, pergilah pasti kau boleh tersenyum nnti..




      Yang berlalu biarlah berlalu kerana hati ini sudah penat mencari kasih, cukup letih menyentuh bayang yang tak mampu dicapai, inikan pula menyimpan rasa sayang pada yang tak pasti akan haknya. biarlah kalah dan mengalah,  biarlah aku diam dn biarlah aku simpan rasa rindu ini, dan menanggung akan pilu dihati, andai hatiku pernah memiliki sekelumit kasih milikmu akan aku anggap sebagai mimpi indah yg singgah diruangan waktu yang menemani hari-hariku, andai suara ini pernah meluahkn maksud hatiku, lupakanlah anggaplah bibir ini berbohong pada rasa dan biarlah hati ini kekal begitu, kerana hakikat cinta tak boleh dipaksa biarlah cinta yang bertapak dihati ini dan kekal dihatiku ini,  namun cinta yg bertapak mudah dijejaki, sekalipun aku yg meninggalkan jejak- jejak itu, dan akhirnya cinta ditemui pada hati yg masih kekal menyinta..bukan menagih cuma teringat keindahan makna cinta saat menjadi cinta milik kita, kekuatan cintaku tidak pernah rapuh tatkala memikirkan saat cinta yg pernah bertempat dihati,walaupun pada hakikatnya jasad kita terpisah jauh namun hati kita sentiasa dekat dan saat rindu menemani malam, ku pejamkan mata dan bayangkn saat indah bahagia cinta milik kita. mungkin terlalu banyak yang tersirat tapi cukuplah andai semalam yang jelas kau mengetahui yg tersurat tentang hati dan perasaan aku... namun yang indah adalah kenyataannya... kau adalah pemilik kenangan indah itu..

Monday, November 1, 2010

dan gadis itulah.......Marconah Saodah

     Sepetang teringat  kisah teman yang bernama Marconah Soadah, pertemuan disebuah perhentian bas telah mengamit 1000 memori, terlalu banyak yang hendak dikongsi pada insan yang bernama Marconah Saodah dan bila menyebut nama Marcona Saodah, pastinya teringat juga akan sahabat- sahabatnya yang mengelarkan diri mereka sebagai superman dan batman, masing- masing punya kekuatan sendiri, di sebalik kekuatan ada juga kelemahan, kelemahan itu disedari ketika mereka keluar dari sebalik topeng dan baju ciptakan mereka, tapi Marconah Soadah tetap juga mahu berkawan kerana bagi Marconah setiap manusia punya keistimewaan sendiri, dan  Marconah mengenali sahabatnya itu dengan satu permulaan dengan penuh makna dalam dairi hidupnya,  dan itulah kenangan milik Marcona Saodah dan cukup berkesan dihatinya kini.


     Bagaimana boleh terpanggilnya nama itu, bermula kisah tatkala seorang gadis yang sedang menunggu bas di pekan cowboy untuk pulang ke rumah dan seperti biasa perkara yang sama akan berlaku mana-mana anak gadis seusia Markonah akan dipikat oleh sang jejaka, dan Marconah tidak terlepas dari pengalaman itu, dia telah di pikat oleh seorang jejaka yang tampan bertahi lalat di bibir, pemanis katanya. kerana tidak mahu dikenali dia meletakkan nama MARCONAH SOADAH, sebagai cara untuk menyelamatkan diri, entah bagaimana nama itu yang boleh terlintas difikiran oleh gadis itu, dia sendiri tiada jawapan , akan tetapi nama itulah yang telah mencipta rasa pada pertemuan pertama gadis dan pemuda bertahi lalat pemanis wajah itu. gadis yang cukup manja dan penyayang itu, punya sifat yang tersimpan, begitu juga pemuda itu sifat yang mengambil berat dan penyayang amat disenangi oleh Marconah,  pertemuan sesingkat itu telah melahirkan rasa kasih mereka berdua. cinta Marcona pada pemuda itu sangat mendalam. kerana padanya pemuda itulah insan yang pertama mengetuk pintu hatinya setelah Marcona tamatkan alam persekolahan.


Setelah beberapa bulanmenikmati bahagia pada rasa rindu dan cinta, hati Marconah seakan didera, jiwa remaja marconah tercabar, cinta marconah bagai menanti dihujung tanduk, ketika zaman remaja Marconah,  Marconah adalah gadis manis yang diidami oleh ramai jejaka,  disebabkan itu juga Marconah segala pergerakkan Marconah seakan diperhatikan. dia adalah diantara gadis yang digilai ramai lelaki ketika itu,  dan kerana itu jugalah ramai yang tidak senang akan wujudnya kasih antara Markonah dan kekasihnya, ada fitnah, desakkan, cemburu, kongkongan, menjadikan jiwa Marconah mati dan sepi semula. Cinta Marcona tercabar, jiwa remajanya memberontak, kecewa dikongkong keluarga, Marcona juga tak mahu orang yang menyayanginya juga mengikat dirinya dengan terlalu kuat, Marcona tak mampu berdepan dengan manusia yang ingin berkawan dan ada juga mahu berlawan dengannya, lalu Marcona sepi dalam hati, hatinya terlalu sayang pada kekasihnya, tetapi dalam pada masa yang sama dia juga mahu menjaga hati ibu dan ayahnya. Punya ayah yang garang amat membataskan Marconah untuk berkawan dengan sesiapa yang punya keinginan berkawan dengannya saat itu..hanya kekasihnya inilah satu-satunya kepunyaan hati Marconah tika itu.


    Hakikat cerita Marconah Soadah penuh dengan mengalah dan menyerah, bagi yang tidak mengerti pasti menganggap bahawa gadis ini penipu, kejam, atau tidak punya perasaan. walaupun hanya tuan punya badan yang merasa akan pahitnya, Marconah redah tanpa mengalah sekalipun terpaksa tunduk pada takdir tentang cintanya nanti. Sekuat mana hendak di tampung kata-kata fitnah, mana hendak dijaga perasaan orang tua yang mengawal pergerakkan anak perempuannya. hendak menahan beban rasa diperdayakan kawan-kawan, terlalu banyak mendung dari cerah dalam kisah Marconah Saodah. yang pastinya sesiapa yang berasa ditempat Marconah pasti akan menjadi setengah gila. itu yang pasti.


 Langkah drastik,  Marconah memutuskan hubungan dengan putera hatinya, alasan sudah tidak punya jodoh menjadi ucapan bibir. cincin dipulang  kerana tidak mahu lagi ada ikatan kasih. bukan ada perasaan lain cuma tak mahu menyusahkan orang lain dek kerana masalah sendiri. bergelut dengan rasa dan keliru, cinta Marconah terputus walaupun hatinya bagaikan disiat-siat, jiwanya meronta kesedihan, sedihnya bukan lagi dibuat-buat, tak rela berpisah kerana terlalu sayang. tapi terpaksa melepaskan kerana cinta, di hati  Marconah sering memanjatkan doa agar kekasihnya akan bertemu kekasih yang lebih baik dari dirinya nanti.


      Marconah berkorban rasa, hati dan cinta, namun hanya Marconah yang tahu  kisah disebalik cerita. kerana bagi Marconah biarlah kekasih hatinya berkawin dahulu sebelumnya, biarlah airmatanya mengalir deras bagai air sungai, saat mendengar kebahagian itu menjadi milik bekas kekasih hatinya, dia pasrah demi cinta kerana bagi Markonah cinta suci itu hanya bagi yang memahami erti derita cinta itu sendiri, bukan menikam dari belakang dek kerana salah sangka. hanya bagi yang kental hatinya layak untuk cinta Marconah.. diantara superman dan batman, Marconah terpaksa memilih batman yang nampak tidak punya sebarang kekuatan diri, dan Marcona sedar, Batman bukan pilihan hati, tetapi batman cukup kuat menepis segala dugaan. tidak pernah melatah, Bagi Marconah cinta boleh dipupuk, dan sayang boleh dibaja dan disiram. Marconah pasrah akan hidupnya.. moga kebahagiaan menjadi miliknya abadi...




DALAM HATI MARCONAH HANYA CINTA PERTAMANYA YANG HIDUP.. BENAR CINTANYA TELAH DIBAWA PERGI.. PERGI BERSAMA KASIHNYA YANG SINGGAH DIHATI,  ANDAINYA MARCONAH TAHU SAKITNYA TANPA CINTA TIDAK AKAN DIA BERKORBAN SEJAUH INI.. TAPI SIAPAKAH DIA YANG HENDAK MENIDAKKAN KETENTUAN ILLAHI...MARCONAH PASRAH. TENTANG CINTA BIARLAH HANYA HATI MARCONAH YANG BERBICARA.. KERANA MARCONAH SEDAR HATI INI MILIK YANG ESA.  





Terima Kasih Sayang...

Terima kasih sayang
kerana menyakinkan aku,
tentang cinta yang kau simpan  itu
tentang kasih yang kau sembunyikan rasa,
tentang rindu yang kau tanggung sakitnya.

aku tahu sayang,
pasti bersebab kau menanggung rasa,
pasti perit menahan rindu
pasti  kuat kasihmu berpaut di dahan hati
aku pasti sayang, pasti cinta itu untuk aku.

Kau tahu sayang,
kasihmu aku baja selalu,
rindumu subur berbunga,
sayangmu indah meyinari hati,
cintamu kekal dijiwaku ini

Kau tahu lagi,
hari-hari adalah indah dengan hadir mu
kerana keindahan itu dari cinta yang kau pendam dulu,
kerana kasih ini seakan telah merasai,
rasa kejujuran kian berwalikan keikhlasan hati.

Adakah kau bahagia sayang,
kerana aku dihatimu,
kerana kau telah mula merindui aku,
kerana  kau kian sedar sayang itu ada untukku
kerana benar kau menyintai aku

Dan aku juga bahagia sayang
kerana  kau menjadi tetamu hatiku,
kerana menerima undangan hatiku
kerana cintamu tetamu dihatiku
kerana menyintaimu aku rasakan rindu
kerana bahagia dirasakan bila aku terlihat sinar dimatamu

Terima Kasih sayang,
kerana kejutkan aku dari lena,
terkadang aku leka dari lena yg panjang,
terbuai asyik menanti rasa cinta sebenar,
menunggu mengharap rasa cinta pemilik hati.

Maafkan aku sayang,
Kerana rasa ini,
bukan aku yang mencari cinta ini,
bukan aku yang menuai kasih ini
bukan aku menagih cintamu
bukan aku membohongi
hakikat inilah yang aku rasakan

sayang,
hatiku ini milik Allah,
aku redha kalau ini ujian dariNya,
kerana pasti hati ini sedang diuji,
menyintaimu terlalu indah kurniaanNya
dan tidak pernah aku merasakan beban menanggung cinta
percayalah cinta ini datangnya dari yang Esa.

Sayang,
jgn kau katakan padaku bahawa cintaku ini terlarang,
kerana tiada sesiapa yang tahu
kewujudan cinta sebenarnya
hakikat cinta adalah anugerah yang paling berharga untuk setiap insan
dan aku tidak akan menolak.
sesuatu yang indah.

sayangku.
izinkan aku terus kekal dihatimu
izinkan aku terus menyintaimu
izinkan aku terus merinduimu
izinkan aku punya rasa cemburu
izinkan aku atas segalanya

sayang,
walaupun jasad kita terpisah jauh,
namun hati kita selalu dekat
jikalau kau rindu pejamlah matamu
dan rasailah aku disisimu
kekuatan cinta kita tidakkan pernah rapuh
terhapuslah ruangan dan waktu,
percayalah kesetiaan hati ini ada pada ketulusan hatiku

SEMOGA HATIMU KEKAL MEYINTAI AKU..........




Tuesday, October 19, 2010

TERIMA KASIH SINGGAH DIHATI INI...

         Cinta itu adalah misteri yang tak pernah aku tahu, namun cinta itu tak seperti cinta yang aku rasai terhadapmu, yang kini bertapak disegenap ruang kisah hidupku. aku ingin selamanya menyintaimu sehinggalah aku menutup mata dan aku juga ingin selamanya ada disampingmu sehingga sampai masa itu memanggil aku. aku berharap cintamu akan abadi didalam hidupku. menyintaimu amat membahagiakan aku, kerana kasih yang bertahta ini hanyalah untuk dirimu selamanya, akan tetap kekal menjadi milikmu. Di segenap sukmamu aku melabuhkan seluruh cintaku terhadapmu. Hembusan nafasmu  telah mengabadikan seluruh kasih dan sayangku. Kerana aku ingin menyintaimu selama dan sentiasa ada sampingmu selamanya sekalipun memiliki hanya saat mata ini terlena...

   Dimalam yang sesunyi ini aku menyedari, kehadiran dirimu yang telah mengetuk pintu hati ini, tiada lagi gundah yang menambakan resah. tanpa aku sedari hadirnya cinta yang memberikan rasa. Kau telah mengetuk pintu hatiku, dan tanpa disedari aku mengizinkan kau menjadi tetamu hati. adakah kau sedar mengenalimu dari jauh telah membuatkan aku terasa dekat dengan dirimu. telah aku persembahkan cinta suciku buat insan yang memiliki cintaku. Mampukan kau menyelami kedasar hati ini diruang paling dalam dan menjadi saksi pada nama yang terpahat dihati ini, biarlah kau tahu nama itu adalah  milikmu yang tersembunyi  diruangan hatiku. Aku cuba menyingkap tabir cinta yang pernah berlabuh dihati kita. hakikat kisah yang tersimpan amat berharga untuk dikenang, dan kini gelora mengingatkan aku bahawa cintamu telah merasuk kejantungku..

    Sejujurnya aku tidak mampu hidup tanpa kau dihati. berdosakah aku hanya menyintaimu, aku hanya ingin menjadi diri aku sendiri,tanpa peduli apa kata dunia tentang cintaku kerana mereka bukan hakim yang bisa mengadili cinta yang lahir dari hati yang tersimpan ini.  kini aku akui tanpamu aku sepi dan sunyi kerana kau adalah jiwa,hidup dan hatiku. Perlu aku akui cinta datang dari yang Esa segala yang terjadi pasti ada punya sebabnya tersendiri, dan hadirnya cinta itu tak mungkin dapat aku hindarkan. kerana pasti tidak ada yang tahu apakah makna cinta sesungguhnya dan jangan pula kau mengatakan cinta ini adalah terlarang kerana aku manusia yang memerlukan cinta yang sebenarnya cinta. Dan akhirnya cinta inilah yang bertapak dihatiku yang paling dalam.

   Hakikat  atas nama cinta..kekuatan jiwa menjadi milikku, lantaran kasih mendamba di jiwa dan cinta ini tak mungkin terbahagi, kerana cinta ini akan kekal hingga kehujung nyawaku biarlah mata ini tertutup rapat tika hati ini mula merasakan cintamu yang mengalir dihati. biarlah aku hidup seperti ini kerana takdir cinta sememangnya telah tertulis begini, pohon aku moga tiada yang menyesatkan cinta suciku, pintaku peganglah tangan aku agar  tidak terjatuh lebih dalam lagi lumpur dosa, kerana adanya cinta dihatiku bukan aku yang mahu. mungkin aku tak bisa memiliki dirimu setidak-tidaknya aku punya senyumanmu yang kekal di indah diingatanku. cuma ku ingin kau tahu aku akan sentiasa menyintaimu disepanjang hidupku. terima kasih kerana sudi singgah dihatiku..


 Hanya perlu mengambil masa seminit untuk jatuh hati, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk meyintai seseorang, tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang- itulah cinta

Thursday, September 30, 2010

RAPUHNYA HATI....

    Jauh sudah merenung diri, pada diri yang semakin lemah pada haluan sendiri. semakin keliru pada kehendak hati. Semakin leka pada maksud cinta. mengapa begitu lemah mencari arah, sedangkan haluannya sudah tersedia, namun terdapat  ranjau yang menghalang laluan yang selama ini dilalui tanpa duri-duri yang menganggu perjalanan. dimanakan kekuatan hati, dimanakah hilang kekuatan jiwa, dimana gaibnya kekuatan akal, dimanakah cinta yang dipertahankan. mengapa perlu  keliru pada gengaman hasrat yang erat digengam


    Aduhai manusia yang diciptakan olehNya, punya lemah sini dan sana, punya dosa nyata merata, punya rasa kesal mengunung tinggi, namun cukup sukar untuk menyuci diri dikala lemas dan hanyut didalam dosa yang diciptakan sendiri. Kadang-kadang rapuh dalam perjalanan mencariMu, terkadang tak setia kepadaMu tapi cinta dalam jiwa ini hanyalah padaMu. maafkanlah bila hati ini  tak sempurna menyintaiMu, tapi cinta dalam jiwa ini hanya mengharapkan padaMu dan aku sandarkan hidup dan cintaku hanya padaMu.

      Hanya bila diriku ingin menyatakan cinta, pada jiwa yang keliru, pastinya akur pada kelemahan diri dan tercari arah yang tersasar pada haluannya, bagai hilang tanpa arah lalu tunduk dan mengalah akhirnya, wanita yang punya kekuatan hati akhirnya rapuh terkeliru pada hasrat dan berdosa pada cinta yang datang mengemis di pintu hati. Ternyata wanita ini bukan wali yang tidak terlepas dari dosa dan noda. Tunjukkanlah arah padaku kerana aku semakin lemah dalam menentukan haluan yang ingin aku tuju.

     YaAllah kirimkanlah kepada aku kekuatan dan ketetapan hati kerana hidup aku bagaikan sunyi dalam gembira  terasa perit pedih tanggung derita, sesungguhnya aku bukan wali yang suci dari hina dan benci. Berikanlah aku kekuatan sebagaimana ENGKAU memberikan kekuatan hati kepada Siti Mariam a.s saat menerima ujian dariMu dengan penuh redha..sesungguhnya jiwaku hanya punya cintaMu,  maafkan aku andai tidak sempurna menyintaimu...YaAllah, miskipun aku rapuh dalam melangkah namun dalam hati hanya padaMu....

ANDAI SUATU HARI NANTI ADA JAWAPAN YANG PASTI AKU AKUR SETIAP KETENTUANMU YA ALLAH.., KERANA YG BAKAL TERJADI ADALAH YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH UNTUK HAMBA-HAMBANYA. 

Sunday, September 19, 2010

kenangan itu indah

    Terpandang aku pada foto yang diambil oleh adikku, sekeping foto yang punya nilainya yang tersendiri jelas dilihat dari mata kasar, walaupun foto ini nampak biasa, namun disebalik sekeping foto itu  terdapat kenangan yang tercipta kepada sesiapa yang pernah tinggal di rumah itu, gambar sebuah rumah usang yang telah lama ditinggalkan, sudah bertemankan semak samun yang kadang kala mencetuskan rasa gusar di minda sesiapa yang menjejakkan kaki dil halaman rumah itu, manalah tahu ada makhluk Tuhan paling seksi dan berbisa bersembunyi dicelah-celah semak samun yang terdapat dikeliling rumah peninggalan itu. Rumah atok yang telah lama ditinggalkan kelihatan terlalu usang dimamah usia, hampir keseluruhannya sudah pun reput. dibiarkan begitu kerana sudah tidak ada daya untuk melihat atok seorang diri memikul sekelumit haknya tanpa berteman, dan amat dikhuatiri oleh anak-anak yang masing-masing jauh dan bekerja, dan akhirnya setelah berbincang adik beradik dan persetujuan atok juga akhirnya dengan berat hati atok mengikut dan tinggal bersama anak bongsunya di bandar. Maka bergilirlah anak- anak menjaga atok sehingga keakhirhayatnya, teringat aku akan atok yang berbagai helah utk balik ke rumah kepunyannya, asalkan atok dapat tidur semalam dua sudah cukup untuknya melepaskan rindu pada rumah yang dibina dengan tulang empat kerat atok, begitu sayang atok pada rumah dan pokok-pokok durian yang sudah bertahun dijaganya tatkala tenaga muda  masih bertuan pada diri.

   Aku bukan cucu yang istimewa atau kesayangan, tapi aku adalah diantara cucu yang membesar dan merasai kesusahannya. seorang atok yang cukup penyayang yang telah aku anggap seperti bapaku sendiri, begitu kasihnya atok pada anak-anak serta cucu-cucunya, sehingga setiap hari adalah hari menanti anak-anak pulang melawatinya, jiwa penyayangnya bukan hanya pada keturunan tapi juga diserapkan pada kebun durian dan ternakkan atok. Atok lakukannya sendiri dan aku dengan sukarela menjadi saksi tanpa upah dari atok untuk menyampaikan kepada cucu-cucunya yang lain tentang atok dan keringatnya. tapi aku lakukkan bukan untuk anak-anak atok , tapi untuk cucu-cucu iaitu generasi kedua yang mungkin kurang mengenali atok secara dekat, kalian pasti tak percayakan atok akan mengingati semua nama- nama cucunya untuk setiap seorang anak atok, bukan tak sayang tapi kerana jarak yang menjadi  kesukaran untuk melawati atok dengan kerap, atau pada ketika itu cucu -cucu atok masih terlalu muda atau kecil untuk mengingati atok dan kalian tahu atok cukup memahami,  tak pernah pula aku mendengar atok merungut kerana rindu,  cuma bila atok mengetahui ada anak- anak atok akan pulang, atok cukup gembira dan air muka jelas mengambarkan kegembiraannya,  harus kalian tahu, atok kalian yang terbaik yang pernah kita ada, percaya atau tidak aku di antara yang cukup gemar mendengar cerita dari atok, tentang kesukaran atok waktu zaman mudanya, sehinggalah kezaman membesarkan anak-anak setelah kepermergian isteri tersayang. terkadang berkaca pada mata atok bila mengenangkan anak-anak kecil yang terpaksa ditinggalkan hanya untuk mencari rezeki demi membesarkan anak-anak. dan kerana kesempitan hidup atok hanya memikirkan anak-anak sehingga terlupa tentang diri yang perlu dijaga oleh wanita yang bergelar isteri. kerana baginya melihat kebahagiaan anak-anak sudah cukup membahagiakan dirinya dan itulah yang atok lakukan.

     Aku tinggalkan dulu kisah atok dan aku mula menyingkap kenangan sewaktu kecil aku, semuanya bermula dirumah usang itu, sama ada abang, kakak dan aku, kami memang membesar bersama di kampung Pt. Amat,  kenakalan kami disaksikan parit, perigi buta, dahan durian, dahan manggis, pokok rambutan, lorong kecil kerumah kakak atok iaitu arwah nyai. ayam-ayam, ikan puyu, biji getah.beruk yang bernama judi, ayam hutan, banjir, basikal chopper,cina asun..hahaha.. memang penuh dalam ingatan aku, masih segar sekalipun segalanya hampir 30tahun berlalu. Sekejap sungguh masa berlalu sehingga tidak sedar segalanya telah pun berubah, tapi percayalah hati kami masih kuat dengan kenangan yang terindah yang telah kami ciptakan itu. manakan tidaknya terlampau banyak aksi stunt yang berlaku dirumah usang itu. segala kecekapan teruji disini, sebut apa saja, semua kami hadapi dengan cukup bangga, haha.. anak-anak kampung ini akan menyahut cabaran dalam apa sahaja permainan tradisi, dari bermain galah, lamprit, sembunyi ibu, nenek kebayan, baling selipar, berlari dalam hujan dan becak. semuanya kami lalui dengan bangga dan mendabik dada, kami tak perlu playstation, komputer riba, komputer, astro, Facebook, cybercafe, tapi kami bahagia dengan dunia kami sendiri.

       Bila cuti sekolah tiba ramailah sepupu aku balik ke kampung. kami bermain dan bermain hingga tak ingat tentang makan, ketika itu aku masih berumur  4 hingga 7 tahun,  pada ketika usia itulah otak sedang menyimpan maklumat dengan begitu terperinci sekali segala- segala data-data kenangan dan aku kekal ingat segala yang berlaku pada usia itu hingga kesaat ini.  aku yang ada sedikit perangai  tomboy ketika itu sibuk juga memancing, tapi  hanya layak bermain dengan sepupu yang seusia aku ataupun jauh lebih muda dari aku, maklumlah akak dan abang  tak mahu geng dengan budak hingusan macam aku, kerana baginya aku tak cukup kuat bermain dengan mereka, hahaha macam bagus aje kan mereka. dengan mengunakan joran ciptaanku sendiri, asalkan ada benang dan mata kail serta kayu utk dipengang cukup membuatkan aku seharian di depan rumah, yang pasti terdapat sebatang parit yang pada waktu  itu sangat baik pengalirannya dan cukup banyak ikan berenang di parit itu,  dan jangan tak percaya, aku mengunakan cacing yang di gali oleh aku sendiri, di bawah rumah atau dimana saja yang aku kehendaki untuk mengali aku, aku akan gali. ketika itu aku memang jarang duduk diam dirumah, asal celik mata, terus capai basikal atok yang besar itu,  untuk di bawa kesana kemari. kalau jatuh jangan ceritalah, aku lah heroinnya, cukup gagahnya aku tika itu, tetapi dalam banyak kenangan yang paling berkesan dalam otak aku adalah bila aku dikejar oleh beruk belaan arwah abah yang bernama judi. hahaha masa itu hanya kekesalan dalam kotak ingatanku, kerana mungkin bagi aku inilah pembalasan Allah padaku yang tak mahu mendengar kata bonda yang melarang aku dari bermain air sabun di bilik air,  lantas apa yang termampu aku lakukan hanya pohon ampun pada bonda dan berjanji tak mahu mengulangi kenakalan, tapi beruk itu masih menganas, mengacah- ngacah dan mengejek-mengejek aku, hampeh betul la kamu beruk,  dah macam nak main galah pulak. bonda di kanan, beruk di tengah dan aku di kiri.. kami mundar mandir..hahaha akhirnya tekad seorang ibu mengambil penyapu lidi lalu dilontar pada judi yang terkena tepat pada sasaran lalu, judi pun lari ketempat lain.. dalam ketakutan aku pun meluru kearah bonda..hahaha kenangan cukup jelas dalam ingatan ku...

    Apa lagi yang hendak dikongsikan terlalu banyak untuk diceritakan. namun kenangan itu yang membuatkan kami sekeluarga ketawa hingga tak kering gusi dan itulah bahan cerita bila kami berkumpul, masing-masing ada kenangan yang lahir dari rumah usang itu, di rumah usang itulah bermulanya kisah cinta, duka, kesakitan, gembira dan harapan. segalanya bermula dari rumah usang itu.. kerana dari rumah itulah bermulanya zaman kami tercipta. Zaman yang penuh dengan kemanisan dan kepahitan. yang nyata kenangan itu adalah yang terindah namun hakikatnya aku kehilangan lelaki yang paling aku sayang dan hormati, arwah atok sifatnya yang lembut dan tidak membantah kadang-kadang terlahir juga sifat keras dan menentang, bila haknya dipertikaikan, setelah usaha  penat lelah yang menjaga, menanam, membersihkan, membaja, tanah pusaka itu hanya atok yang usahakan sendiri tanpa jentera mahupun bantuan pekerja asing dan seawal pagi, atok akan ke kebun  untuk memulakan kerjanya dan untuk mengasah, menebas menanam benih baru segalanya atok lakukan sendiri, atok puas apa akan hasilnya dan gembira bila melihat anak-anak berkumpul menikmati buah-buahan hasil tanaman atok sendiri. kami bangga punya atok seperti atok RUSS BIN SARUAN. arwah atok cukup memang kreatif  dan berseni, atok juga amat menjaga penampilan dan kepemergian atok tiada gantinya, SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROH  ARWAH ATOK~ Alfatihah....
kenangan bermula disini.. kpg pt. Amat.


kadang-kadang kami terlupa dari mana kami bermula. dan hari ini kami sedar kami tak boleh lari dari kenangan......
Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers