.jpg)
Dimalam yang sesunyi ini aku menyedari, kehadiran dirimu yang telah mengetuk pintu hati ini, tiada lagi gundah yang menambakan resah. tanpa aku sedari hadirnya cinta yang memberikan rasa. Kau telah mengetuk pintu hatiku, dan tanpa disedari aku mengizinkan kau menjadi tetamu hati. adakah kau sedar mengenalimu dari jauh telah membuatkan aku terasa dekat dengan dirimu. telah aku persembahkan cinta suciku buat insan yang memiliki cintaku. Mampukan kau menyelami kedasar hati ini diruang paling dalam dan menjadi saksi pada nama yang terpahat dihati ini, biarlah kau tahu nama itu adalah milikmu yang tersembunyi diruangan hatiku. Aku cuba menyingkap tabir cinta yang pernah berlabuh dihati kita. hakikat kisah yang tersimpan amat berharga untuk dikenang, dan kini gelora mengingatkan aku bahawa cintamu telah merasuk kejantungku..

Hakikat atas nama cinta..kekuatan jiwa menjadi milikku, lantaran kasih mendamba di jiwa dan cinta ini tak mungkin terbahagi, kerana cinta ini akan kekal hingga kehujung nyawaku biarlah mata ini tertutup rapat tika hati ini mula merasakan cintamu yang mengalir dihati. biarlah aku hidup seperti ini kerana takdir cinta sememangnya telah tertulis begini, pohon aku moga tiada yang menyesatkan cinta suciku, pintaku peganglah tangan aku agar tidak terjatuh lebih dalam lagi lumpur dosa, kerana adanya cinta dihatiku bukan aku yang mahu. mungkin aku tak bisa memiliki dirimu setidak-tidaknya aku punya senyumanmu yang kekal di indah diingatanku. cuma ku ingin kau tahu aku akan sentiasa menyintaimu disepanjang hidupku. terima kasih kerana sudi singgah dihatiku..
Hanya perlu mengambil masa seminit untuk jatuh hati, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk meyintai seseorang, tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang- itulah cinta
1 ulasan:
ya....
cinta itu indah...
tapi cinta juga racun bagi kia...
janganlah kita tersalah memilih cinta....
jangan kita tersalah menilai cinta
kerana cinta xpernah bersalah....
jangan kita salahkan cinta...
kerana cinta hadir tanpa kita sedari...
cinta wujud dari hari nurani...
indahnya cinta jika kita dapat menghargai cinta..
cinta lebih indah jika kita sentiasa menghormati cinta...
cinta yang kekal adalah cinta kepada Allah SWT....
Post a Comment