Monday, August 2, 2010

Seorang Ibu Tua

      Dari suatu sudut terpandang aku pada wajah tua itu, wajah suci seorang ibu tua seolah menyimpan seribu duka. Tertanya aku pada diri apakah yang merunsingkan ibu itu lagi agaknya, sedangkan hidupnya amat senang dan mewah,  lalu  terpandang pula kehidupan anak-anaknya yang amat nyaman dan selesa dengan segala kemudahan, bisik hati ini, ibu itu gembira namun punya kisah sebaliknya. Ibu tua itu memandang ke kiri dan ke kanan dan akhirnya matanya tertumpu pada mataku bagai ingin meluahkan sesuatu yang  sudah lama tersimpan. Lalu aku mnnghulurkan hati dan menyerahkan telinga untuk ibu percaya, luahlah ibu apa mahumu, mungkin lidah dan akal ini mampu membantu meringan yang terbeban di hatimu, dan dihadapanku ibu itu memulakan kisah.

         Ibu punya anak yang cukup sempurna sifatnya, baik jagaannya, baik layanannya dan baik dimana tempat mereka dibesarkannya. Kasih ibu pada mereka tidak pernah terabai, sayang ibu pada mereka tidak pernah tersisih. ibu memberi apa sahaja mahunya. sekalipun diluar kemampuan ibu, demi kasih pada anak-anak ibu usahakan,  ketika anak-anak menangis, ibu segera dapatkan, saat lahirnya mereka kedunia ibu sambut dengan tangisan gembira. tatkala mereka kesejukkan, ibu selimutkan dengan selimut ibu. segalanya hanya ibu mahu pastikan yang terbaik untuk anak-anak ibu.

          Hari ini mereka sudah besar, dan ibu sudah tua, adakah kamu nampak ibu tidak cukup sempurna buat mereka. kerana terkadang sakit, terkadang lupa. Adakah kerana ibu tidak tahu tentang kemajuan teknologi. adakah ibu di lihat kolot  di mata mereka. ibu tak pasti tentang kemahuan anak-anak ibu kini. seolah ibu tak mengenal mereka lagi. Hari ini ibu menangis sedih, ibu sudah tidak punya kepentingan lagi mungkin, yang ibu tahu mereka tetap anak-anak ibu. sekalipun mereka tidak lagi semanja dulu. bukan ibu mahu di bayar disetiap jasa ibu. cukup kamu mengenali siapa ibu kamu sebenarnya.

       Andai kamu punya kehidupan nanti, janganlah kamu lupa menjenguk orang tuamu dikampung, kerana bukan hadiah yang ibu dan ayah mahukan, bukan wang ringgit kami  harapkan, tapi hanyalah kesanggupkan kamu meluangkan masa untuk bersama kami. Baliklah ke kampung  dimana tempat kamu dibesarkan, tidurlah di mana tempat kamu tidur dahulu, sentuh lah kami sebagaimana kami tak jijik menyentuh kamu. Janganlah kamu tertawakan kami kerana kelemahan kami tentang teknologi, tetapi ajarlah kami setidak-tidaknya kami tahu tentang itu. lakukankan untuk kami sebagaimana ibu dan ayah menghantarkan kamu ke sekolah kerana mahukan kamu menjadi pintar dan terpelajar..Sebelum ibu terlupa,  kesenangan  hari ini adalah dari doa  ibu dan ayah, kemewahan pada hartanya hari ini adalah bila redha ibu dan ayah keatas perjalanan hidup anaknya, maka redhalah Allah terhadapnya.

        Dari jauh aku melihat sugul ibu tua itu, terluah juga apa yang  terbuku selama ini. sekalipun pun luahannya bukan dihadapan anak-anak, namun sudah cukup baginya ketenangan..melihatnya matanya aku dapat melihat seorang ibu yang cukup menjaga perasaan anak-anaknya, namun tidak sedarkah anak-anaknya, bahawa mereka telah melukakan hati ibunya ini. seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang. dan harapan...
Tetiba teringat aku pada mak dikampung pastinya merindui suara anaknya... oh mak maafkan aku andai terguris hatimu....

3 ulasan:

Anonymous said...

sangat2 tharu bla membacanya..sm0ga kita dpt menjd ank soleh dan solehah...jgn menjadi ank yg durjana..kita sememangnya tidak akn dpt membalas jasa kedua ibu bapa kita..akan tetapi bahagiaknlh mereka sepertimana dia membhagiakn kta dr kecil smpai sekrg..tidak pnah mengerti penah dan lelah dlm mencr rezeki untk membesarkn dan menyekolhkn kita...tapi ape yg kita lakukn apabila kita dh ada ape yg kita mahukn...jagnlh sesekali mengabaikn mreka..sesungguh..keredhan mereka amat penting untuk kita meneruskn hidup di dunia yg fana ini..sungguhpun aku tidak akn dpt lg melihat dan membalas jasa ayah..tp aku tetap ada ibu..yg kadangkala tanpa aku sedari..aku menguris hatinya...maafkn ila andai ila xdpt penuhi impian ibu...

Ana Sarina Abu Bakar said...

begitulah kita manusia dik..kadang2 terlupa dari mana bermulanya kita..

Anonymous said...

yea kak...sama2lh kita bdoa agar ALLAH memberikn kta kesedaran d setiap kelalaian kita...

Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

There was an error in this gadget

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers