Sekecil itu tiada harga lagi, nyawanya bagai senang diganti dan dimasukkan semula, kehadirannya bagai mudah untuk terlaksana, apakah anak itu minta dilahirkan atau minta dijadikan, pasti kau tidak tahu jawapannya. pasti kau hanya tunduk kerana kekesalan, atas terlanjuran. ahh..andai asalan itu yang diberi dan ketika itu kamu berada pada zaman jahilliah atau zaman yang tidak ada kemodenan, pasti aku terima alasan itu, pasti aku akur setiap ketentuan. Tapi kini segalanya ada dihujung jari, maklumat apa yang tidak ditemui asalkan niat untuk mengetahui ilmu Allah mudah didapati terpulang bagaimana cara untuk mengetahui, pasti kekeliruan dapat diatasi bagaimana persenyawaan boleh terjadi, namun kesalahan adalah apabila menyeleweng peluang yang diberikan, kepercayaan sering ikhianati, memberi kasih tanpa mengenal kepada siapa yang patut diberi, ilmu agama pula kamu tidak peduli maka terjadilah bergini, kelahiran anak yang tidak disengajakan.. tidak sengajakah itu..
Bukalah mata dan dilihatlah, tanyalah pada diri sendiri layakkan kamu menikmati hidup sedang kamu tidak memberi peluang untuk anak kamu menhirup walau senafas pun, layakkah kamu diberikan akal andai akal kamu tidak digunakan.. bahagiakah hidup kamu, sedangkan kamu sudah menjadi pembunuh. membunuh bayi yang tiada daya melawan, sekali pun hanya naikkan kelopak matanya, bayi itu tidak berdaya, kejamnya kamu sungguh kejam.. cuba kamu tukar tempat dengan bayi itu,dan ketika ini ibu kamu yang membuang atau membunuh kamu, apa yang kamu rasa sekarang..pasti kamu dapat jawapannya.

Sememangnya benar bahawa aku atau sesiapa tidak boleh menghukum kamu, hanya Allah lebih berhak menghukum kamu, tapi kami juga mempunyai hak, hak sesama manusia, yang mungkin kamu lupa, ingatlah kehidupan ibarat roda..dan kamu mesti pastikan dimana putaran diatas akan terhenti, kerana diakhirnya nanti kamu akan sesali dan ketika itu hanya kamu dan Allah mengetahui
2 ulasan:
anak...
kau umpama kain putih...
kaulah penyeri sebuah kehidupan.. kehadiranmu memberi sinar baru buat kami...teletahmu menyejuk hatiku.. walaupun aku keletihan menguruskanmu..
xkan pernah aku jemu mengasuhmu walau hidup dilanda derita..
akan ku tatangmu bagaikan minyak yg penuh...
anak...
kaulah pengubat hatiku dikala aku kesunyian...
tiadamu, tidaklah sempurna hidupku..
akanku belai dirimu kerna aku meyayangimu...
kaulah anakku..
wah.. best2
Post a Comment