Friday, July 9, 2010

Anak-anakku....



     Anak-anaku.. teringat ketika mama dikhabarkan akan menjadi seorang ibu, bersyukurnya mama pada yang Maha Esa kerana memakbulkan doa mama yg kerdil ini.. hilang rasa sunyi mama walaupun ketika itu kamu hanya sebesar biji anggur..namun hati mama tetap terhibur dengan kewujudanmu melekat didalam kantung rahim mama....


    Menanti kamu selama 9 bulan penuh dengan suka dan duka, mama kuatkan hati dengan dugaan pembawakan ketika hamil, kerana mama tidak mahu anak mama lemah, hanya disebabkan mama terlalu mengikutkan perasaan, biasalah ketika hamil macam -macam perasaan datang ketika itu, segalanya adalah punca pembawakan ketika hamil, kamu tahu... mama gemar membaca ketika hamil, mama akan mencari maklumat hamil dimana-mana majalah..maklumlah mama lebih suka berdikari, tanpa menanya apa-apa daripada atok, mama tidak suka meyusahkan orang lain..sekalipun mama teringin makan sesuatu... mama cepat-cepat berdoa dalam hati agar dipermudahkan untuk mendapatkannya hanya kerana tidak mahu  menyusahkan ayah kamu...

       Berakhir sudah 9 bulan pernantian.. kamu lahir anakku.. menitis airmataku tanda syukur diatas kebesaran Ilahi..kamulah kini kekuatan dan jantung mama, kamulah buahati mama. mama kagum bila melihat kamu mula mencari susu utk menyusu, kamu seolah-olah tahu dimana sepatutnya tempat kamu menyusu, kamu seolah diajar ketika didalam perut mama lagi, sememangnya Allah yang mengaturkan setiap kejadiannya,dan dari situ kita dapat lihat kebesaranNya..SUBBHANALLAH...Kamu tahu anak2ku,ketika kecil kamu kuat menangis, kamu mahu mama kandong kamu, kamu mahu mama peluk kamu.. tapi maafkan mama,tak mampu turuti setiap kemahuanmu, bukan mama tidak sayang, bukan juga mama tak peduli, tapi cuma mama mahu kamu lebih berdikari supaya menjadi anak yg kuat pada zahir dan hati,  peka pada naluri, yang tahu pada kelemahan diri.


    Bukan mama biarkan kamu menangis, cuma mama terhibur dgn esakkan kamu tadi,merdu sungguh alunan suaramu kerana hanya ketika ini sahaja mama akan dapat dengarinya anak-anakku, mama tahu,kamu teresak-esak hanya kerana mahukan mama, memeluk kamu dan mebelai kamu, mama juga tahu, kamu mungkin marahkan mama kerana disaat kamu menangis, mama seolah tak pedulikan kamu, malah mama masih masih tersenyum, anakku..mama bukan mmpermainkn kamu.. tp mama bahagia memiliki kamu.. kamu tersenyum sayang bila mama dapatkan kamu, kerana kamu yakin mama memang sayangkan kamu..tidurlah sayang, tidurlah intan, mama dodoikan, jadilah anak yang berjasa pada keluarga dan bangsa..jadilah anak yg mmperjuangkn maruah agama dan negara.
mama doakan sayang...

    Anak-anak mama... kamu tahu melihat kamu mama cukup terhibur, riuh kamu menenangkn jiwa..sakit kamu mama derita, sihat kamu mama bahagia.. mama tak letih menasihatkn kamu, mama gembira menyuapkan kamu.. dan mama tidak lupa mendoakn kamu..hanya kamu yg mama ada.. zuriat pemberian yg Maha Esa, mama akan pegang amanah yg berikan olehNya, mama juga cuba yg terbaik utk jd mama yg terbaik dihati kamu...


Anak-anak mama.. kamu pasti tahu kasih mama dan ayah pada kamu tidak pernah terpadam.. jadilah anak yang tahu menghargai orang tua ketika ada hayat kami masih dikandung badan, bukan wang yang mama dan ayah mahu kamu bayar bagi setiap jasa kami, cukuplah sekadar kamu jenguk kami dan menyentuh kami..itu sudah cukup membahagiakan hati kami...kerana kami lebih bahagia jika kamu mendoakan disaat ketiadaan kami nanti... kerana doa anak yg soleh sahaja yang akan sampai kepada ibubapa yg sudah kembali kepadaNya....

Thursday, July 8, 2010

Biarlah ianya berlalu..

















     Bila cinta sudah tidak lagi bermakna yg tinggal hanyalah kelukaan dan kesakitan, perginya cinta seolah mampu merobek jantung, hingga aku jatuh dn lemah lalu mati dalam khayalan sendiri.

      Hatiku benar-benar remuk bila sedar cintamu semakin hilang, hilang bersama harapan..kisah lalu benar- benar menyakitkan kerana ianya sudah terbongkar tentang kisah yg terpendam dari hati yg cukup dalam, cinta hanyalah janji-janji yang hilang bersama harapan masa lalu, hakikatnya cinta itu bukan utk ku tapi utk siapa yg kau miliki kini, maafkanlah andai aku terpaksa pergi, kerana betapa kejamnya aku pada diri aku sendiri bila menagih cinta yang sudah berlalu pergi, dan pastinya tidak mungkin akan kembali.




         Kenangan terindah  yang telah terbina itu hanyalah dengan memiliki bayanganmu, sekalipun hanya bayangan aku merasakan bahagia..namun kini  segalanya telah tiada lagi dan tiada apa dapat aku miliki kerana kau telah membawa bayanganmu pergi bersama cinta...walaupun aku merasakan  kau seolah-olah hampir, namun kenyataannyacukup jauh untuk disentuh..  Cinta hanyalah janji-janji yang hilang bersama harapan masa lalu, cinta itu bukan utk ku tapi utk siapa yg kau miliki kini, maafkanlah andai aku terpaksa pergi, kerana betapa tidak adilnya aku pada diriku sendiri kerana masih menagih rasa cinta itu sedangkan segalanya sudah lama berlalu.
  

        Harus kau tahu akulah hati yg sedang kau sakiti, pengakuan ikhlasmu itu benar-benar meruntunkan hatiku,  hakikatnya aku masih mengenang dirimu biarpun aku cuba melupakan kamu. aku juga cuba berhenti merinduimu, aku cuba tanpamu di hatiku dan izinkan aku pergi jauh dari hatimu, sekalipunaku tahu, aku tidak  mampu menutup pintu-pintu hati ku utk kamu.

Dengarkanlah wahai bulan dan bintang, aku meluahkan tentang hidupku, tentang aku yg tak mampu menangguhkan waktu, tentang aku masih bertanya khabar dirinya, tentang aku yang tidak mampu membuangnya dari hati aku, dengarlah suara hatiku , aku bersedih tentang cinta yg benar-benar menusuk ke jantungku dan aku kini terdiam sepi tanpa memikirkannya dihati, kini bayangmu yang berlalu pergi, masih terlukis didalam kenangan dan kau abadi di dalam hatiku, seharusnya aku tidak akan membiarkan kau pergi, kerana aku yg terdahulu memiliki hatimu, tapi aku tidak terlalu kejam hingga sanggup melukakan hati yg lain.. cerita kau dan aku adalah cerita silam yg menakluk hati..biarlah aku menjadi pungguk yg masih menanti bulan, sedangkan bulan tak mungkin dimiliki,
               Biarlah...ianya berlalu





Tuesday, July 6, 2010

Andainya kau tahu....







       Sekejap benar masa berlalu, perkahwinan aku dengan suami sudah mencecah 10 tahun. aku bersyukur kehadrat Illahi, kerana menguatkan ikatan cinta kami dan bila mengenangkan di awal percintaan, hubungan aku dan dia sebenarnya sudah cukup lama, pergaulan yang terbatas membuatkan aku dan dia berkawan melalui telefon walaupun hanya melalui telefon,aku dan dia jugatak terlepas terduga seperti pasang-pasangan yang lain, pelbagai dugaan juga kami tempohi.. Hanya dengan berpegang kepada berserah dan berdoa diikuti rasa percaya akhirnya jodoh kami disatukan juga..
      Samaada jelas atau tidak aku hanya menghormati dia lebih dari cinta, dan itu baru aku sedar setelah aku ditunangkan dengannya, dari hari ke sehari aku hanya berdoa agar aku diberikan cinta untuk bakal suamiku nanti. setahun kami ditunangkan terlalu banyak rintangan yang mesti aku tempuhi dengan kecekalan hati hanya boleh menguatkan ikatan itu. Pernah satu ketika aku hampir berputus asa, tanpa hanya sekadar berserah, aku  kuatkan dengan memohon petunjuk dari yang Esa, agar diberikan kepdaku ketetapan serta kekuatan hati moga dapat melepasi setiap dugaan yg diberikan kepadku, berkat doa itu, akhirnya  aku menjadi miliknya, dan Kini dia adalah suamiku, ayah kepada anak-anakku, aku bahagia setelah kehadirannya dalam hidup dan itu perlu aku akui sendiri. dia benar-benar membahagiakan aku, kerana cintanya adalah yang terbaik untukku.
Kini hampir 10 tahun, pada aku cukup singkat untuk aku mengenali hati seorang suami. terlalu banyak dugaannya didalam rumahtangga yang mesti aku hadapi, tiada lagi rajuk, apatah meminta-minta, apa yg perlu hanya bersyukur dan tidak putus berdoa agar diberikan kekuatan di setiap dugaan. biarlah teman bicaraku hanyalah hati,dan helaan nafas menjadi sahabat setia rungutan si isteri, Sebagai isteri aku cuba untuk membahagiakan seorang suami sekalipun terpaksa menutup kelukaan hati. walaupun kekadang banyak kelemahan yang muncul, namun aku cuba memperbaikinya agar segalanya nampak sempurna. hakikatnya di alam perkahwinan tiada yang sempurna, masing-masing pasti ada kekurangan lantaran itulah saling ingat-mengingati dan lengkap melengkapi adalah wadah sebuah perkahwinan. bukan keegoan yang mesti dijulang tetapi berani mengakui kesilapan serta jujur disetiap perbuatan menjadi pegangan disetiap ikatan.
           Ada suatu ketika aku seakan kecewa pada diri aku sendiri, melahirkan dua orang anak bagiku satu pengorbanan setiap wanita, bukan setakat nyawa menjadi pertaruhan, pastinya perubahan fizikal juga turut berlaku ketika proses mengandung dn melahirkan anak, walaupun aku akur pada ketentuan namun aku juga berusaha utk  berubah, agar aku dapat mengembalikan keyakinan pada diri sendiri, kerana setiap kekurangan pada diri  ini adalah satu kelemahan, menjaga penampilan di khalyak rakan-rakan suami, adalah prinsib hidup aku..mudah-mudahan aku berjaya menjadikan diri ini yang terbaik dimata anak-anak dan suami.. Itulah hakikatnya nasib seorang wanita yang kadangkala pengorbanannya hanya dilihat sebelah mata, sedangkan kekurangan dirinya seringkali dipertikaikan...


       Aku masih tidak pernah lupa didikkan ibu dan ayah aku supaya menghargai di setiap pemberian, melihat arwah abah yang tak putus-putus memuji emak dihadapan anak-anak, menjadikan aku yakin kemungkinan semua lelaki bergitu. namun siapalah aku untuk menilainya, kerana itu adalah sikap arwah abah, tak mungkin aku boleh menandinginya, dan aku menerima setiap kekurangan pasangan yang dijodohkan untukku, kerana aku juga memiliki kekurangan.
Sendainya kau tahu keluhan hatiku yang menyimpan segala sebak di dada hanya kerana menyimpan rasa dan sering tertanya pada diri cara kau menghargai dgn mencintai aku, pernahkah kau melihat airmataku jatuh dipipi hanya kerana ingin melihat kau bahagia pastinya tidak bukan..maafkan aku andai aku tak sempurna, hanya pengorbanan cinta yang mendalam terhadapmu aku pertaruhkan, tolong peganglah tanganku agar aku tak terjatuh dari segala dosa, hakikat cinta sukar ditafsirkan, kerana cinta yang suci hadir dari hati, kerana ianya dimiliki setiap insan. terpulanglah cara mana mereka merasainya, tapi bagiku cinta perlu keikhlasan, kerana keikhlasan datang dari hati dan hanya akal yang menilai keluhuran budi. seandainya kau tahu betapa dalamnya kasihku, pasti kau akan mula menghitung sejak bila terciptanya sayang. dan kau juga akan mendarabkan nilai cinta kita sejak bila  kau mula merasakannya,dan pasti kau akan mula menolak jumlah kasih dan sayang yg kian pudar warnanya.. seandainya kini masih ada cinta yang terlupa untuk kau bajainya lakukanlah sekarang dengan meletakkan baja2 cinta di dalam ikatan ini...kerana aku merasakan kian hari kian hilang kesegarannya yang mana dahulunya dipenuhi dengan bauan kesegaran cinta.. bicaralah pada hati bertanyalah adakah cintamu itu milik aku..pasti kau tahu jawapanya...
SAYANGKU.. ANDAINYA KAU TAHU….
Bookmark and Share

wahai bonda







Dari tadi aku merenung gambar bonda, sungguh suci wajah itu, jelas kelihatan dikedut wajahmu.. dari tadi aku gelisah mengingatkan bonda yg jauh dimata..Bonda, anakmu rindu padamu,rindu juga bergurau mesra denganmu, mencari aku jarak yg hilang. dalam menentukan bayangan kerinduan pada belaian mu bonda..
Bonda, maafkan anakanda kerana terleka membaca pesanan ringkasan darimu, anakanda gembira dalam kecewa kerana marah pada diri yg sering terleka, kadang2 masa cukup mengganggu anakanda dari terus membalas pesanan ringkas darimu, bukan sengaja bonda, bukan anakanda lupa..tak mungkin anakanda lupa kerana bonda adalah degup nadi anakanda...

Wahai masa aku menuntut, jgn kau lari terlalu laju, tak terkejar langkahku..mengejarmu. Masa yg diberi oleh Maha Pencipta amat sempurna bagi mereka yg tahu menghargai masa..tapi aku jelas.. menyalahkan masa sedangkn kealpaan itu aku yg mengundang..bagaimana agaknya utk aku mendampingi masa..sedang bonda menunggu aku dengan bahagia...

Bonda.. gelisah ini datang kembali, kerana janji tak tertunai lagi, maafkn anakanda wahai bonda, kali ni bukan kerana anakanda lalai dn terlupa, tp kerana tuntutan anakanda pd Suami peghulu syurga. Anakanda dahulukan yg wajib anakanda dahulukan..insyaAllah bila selesai segalanya anakanda akan tunaikan semula janji anakanda pada bonda..

Bonda.. akhirnya anakanda dapat mendengar suaramu bonda, hati anakanda bersyukur, syukur pada illahi..telah mmberi kesempatan dan ruang serta menolak kesibukkan anakanda demi mencari sedikit masa utk berbicara dengan bonda...anakanda tersentuh bonda, kerana suara bonda cukup luar biasa, aura seorang bonda menusuk ke jantung dan minda..doamu tak pernah terlena, kasih bonda cukup aku rasa..kecerian bonda pengubat jiwa.. tawa bonda penawar rindu..

Bonda.. dikejauhan ini anakanda pohon dari Illahi, agar diberikan kesemptan mmberi kegembiraan padamu bonda, membalas jasamu aku tak mampu, kerana jasamu seluas lautan dn hamparan bumi..tak terdaya anakanda membalasnya bonda.. hanya doa dan kebaikan hanya mmpu anakanda dahulukn..dalam mencari keredhaan Allah..

Bonda..terima kasih restumu keatas kehidupanku.. kerana kebahagian ku dari restu mu ibu..kerana redha Allah adalah dari restu dn doamu bonda

bermulanya duniaku...


Assalamualaikum W.R.T..

Bermula sudah berbicara di ruangan baru.. memang sudah lama utk mencuba dunia blog ini.. tapi kesempatan dn persediaan perlu diatur dengan teliti agar tidak hanya terhenti separh jalan....hanya dek kerana kurang pandai menguruskan masa risau mendahului rasa..dan kini sudah masa utk saya belajar mengimbangi..InsyaAllah saya Ana sarina Abu Bakar muncul dengan gaya penulisan tersendiri..mari bersama berkongsi rasa dan ilmu diruangan ini....segala kelemahan adalah datangnya daripada kelemahan saya sendiri.. dan yang lebih sempurna adalah yang Maha Esa...

siapa pun anda..anda adalah sahabat saya... jika terdapat kekurang didalam blog saya sila berikan komen dan pendapat yg mmbina..moga saya boleh memperbaiki lagi mutu pernulisan saya...
Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers