Sunday, April 29, 2012

Madah Rindu



"Punya kisah disebalik madah ada cermin di balik mimpi. Renung redup wajah yang sayup ada diam berbungkam pasrah, membiar resah memujuk gundah hanya nafas meluah rasa kerana rindu hilang bicara. Biar mentari berpadu janji pada cinta terikat mati asal kasih setia menanti ada senyuman berbunga di hati. Biar berbara degup meresah pada rindu kian terpisah namun cinta masih bertali, bagaikan layang-layang memburu pelangi."


Bila bicara mula bermadah, aku hanya penulis sepi.




Wednesday, April 25, 2012

KERANA SAYANG...





Suami yang sedang asyik menghisap rokok, membuat si isteri lemas dan rimas, hanya dalam doa tempat isteri merayu memohon agar dibukakan pintu hati si suami agar berhenti dari menghisap rokok. Walaupun bukan mudah tiada istilah jemu untuk terus berdoa agar suatu saat nanti, suaminya akan berubah, dan hari ini telah di gerak oleh Allah dikuatkan hati agar dapat menyuarakan setiap rasa yang terpendam, dalam berdebar si isteri merapati suami yang sedang berehat...

Isteri - Abang... boleh tak kita sembang- sembang..
Suami- Sembanglah..awak nak sembang apa..
Isteri- hmm... Kita sembang tentang kita, tentang hati kita..
Suami- OK.. ceritalah..
Isteri- Abang sayang saya...
Suami- sayang..
Isteri- hmm... Sayang abang pada saya... sayang yang macamana?
Suami- macamana yang awak rasa lah..
Isteri- macamana yang saya rasa? saya sayang awak.. saya sayang seluruh hidup termasuk kesihatan awak.
Suami- hmm.. sama lah..
Isteri- Yeke??
Suami- kenapa awak tak percaya...
Isteri- sebab..... saya setiap hari saya sesak nafas, sedut udara yang tak sihat,
Suami- maksud awak ROKOK..
Isteri- kenapa awak hisap rokok?
Suami-sebab suka-suka.. nanti saya berhentilah..
Isteri- suka-suka? jadi awak suka saya sesak nafas..
Suami hanya terdiam..
Isteri- Bila awak kata nak berhenti,. dulu cakap macam tu.. tapi tak berhenti juga..
Suami-sabar lah.. perlukan masa..
Isteri- masa tu bila? adakah bila masa saya dah tiada.. masa tu ke?
Suami- isk awak ni kesitu pulak dia..
Isteri- setahu orang merokok ni hati dia tak bahagia..sebab tu dia mencari ketenangan..macamana nak bahagia..kalau bila hati penuh dengan benda kotor, macamana nak tenang kan..bukankah hati itu tempat letaknya iman.. di mana iman nak duduk kalau hati penuh dengan kekotoran..
Suami tunduk membisu, DAN si isteri mula merasai perubahan wajah si suami, dia menghampiri suaminya lalu mengenggam jari jemari suami...
Isteri- maafkan saya... bukan niat hendak mengajar, tapi hanya nak berkongsi pandangan, maafkan saya jika saya membuatkan awak terasa hati, demi Allah.. cinta awak ada di hati.. saya percaya cinta saya juga ada di hati awak.. bagaimana saya nak tenang.. jika cinta saya di hati awak berjauhan dengan cahaya iman, jika awak mahukan saya menjadi isteri yang berakhlak baik, saya pasti awak tahu.. apa yang perlu awak tinggalkan dan apa yang perlu awak dekatkan..
Suami- maafkan saya juga.. tak berniat nak menyakiti awak... insyaAllah saya cuba berhenti kerana awak...
Isteri- shh.. jangan berhenti kerana saya.. tapi kerana sayangkan iman awak... sayangkan hati awak, sayang jiwa awak..lakukan kerana Allah.. kerana semua itulah saya kuatkan hati untuk bersuara..
Suami- InsyaAllah..terima kasih ingatkan saya..
Isteri - kerana saya sayangkan awak juga kerana Allah...saya bangun dulu.. nak solat isyak..

Tinggallah si suami di ruang tamu yang ditemani siaran televisyen, matanya tepat di Televsyen namun hati dan jiwanya bagaikan terpukul dgn kata-kata isterinya.. Ya Allah.. di sinikah tempatnya Iman.. sambil meletakkan tapak tangan di dada,

sementara si isteri yang selesai bersolat, sebelum mengakhirkannya..isterinya berdoa dari hati yang penuh pengharapan..

" ya Allah... Ampunkan Hamba dengan apa yang telah hamba lakukan sebentar tadi.. tiada niat untuk menyakiti hati suami, Ya Allah.. Ampuni dosa-dosa suamiku.. jadikan suamiku, seorang suami yang boleh membimbing aku dan anak-anak ke jalan yang ENGKAU redhai..aamiin...

*****************************************************

*2 bulan kemudian... suaminya berjaya berhenti dari menghisap merokok sekaligus, perubahan itu membuatkan si isteri tidak putus-putus bersyukur, kerana sabar yang tinggi doanya dimakbulkan Allah, Alhamdulillah..

dari pandangan kejauhan hati si isteri berbisik....

"Aduhai suamiku... bukan senang untuk menjadi yang sempurna, tapi tidak sukar andai kita saling menerima, andai sebenarnya itu cinta memberi dan memberi, biarlah untuk melengkapkan kekurangan kita menerima kelemahan diantara kita, cinta itu indah sayang andai awak tahu dimana letakkannya cinta.. terima kasih ya Allah "

SESUNGGUHNYA..

“Setiap amal itu dengan niat, dan bagi setiap orang apa yang diniatkannya, barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan bergerak kepada Allah dan rasul-Nya, barangsiapa yang berhijrah kerana perempuan untuk dikahwininya, atau dunia kerana inginkan kesenangannya, maka dia akan berhijrah kepada apa yang diniatkan hijrah olehnya” Hadith riwayat An-Nawawi.
Tambah kapsyen








kerana sayang.. aku mahu dihatimu selalu...

BAHASA CINTA

" Bahasa indah mewarnai cinta, tanpa bahasa, cinta itu ibarat lagu tanpa melodinya mungkin juga umpama secawan teh tanpa gula, berbahasalah dalam mengenali cinta, perindahkanlah bicara dalam menakluki cinta, santunkan tutur kata dalam memahami erti cinta, kerana pasangan kita adalah pasangan bicara hati yang di anugerahkan dari-Nya, pandanglah mata pasangan, dengan merasakan detak hati yang punya cinta, temuilah kerinduan hati dari bait-bait indah sebagai pelengkap cinta, berbisiklah kata azimat di atas makna cinta, lalu terlahirlah bahasa indah yg menyentuh jiwa dan terungkaplah AKU CINTA PADAMU, susuli kata- kata dari dalam hati sebagai pelengkap diri..

" Demi Tuhan pemilik hati, cinta ini adalah mencintai kerana-Mu, moga kami saling merindu dan menyayangi juga hanya kerana-Mu ya Allah"



Monday, April 23, 2012

TERIMALAH TAKDIRMU...

"Biarlah pungguk mati kerinduan mengharap bulan yang tak mungkin jatuh ke ribaan, cukuplah hanya merenung dari kejauhan daripada hadirnya bagai khayalan, yang pasti hati ini bukan buta, menerima tanpa mengenal siapa, menyambut tanpa berbicara, INGATLAH.. bahawa hati ini milik Tuhan, setiap yang terdetik adalah dgn izinNya, masakan dahan bergoyang jika bukan kerana angin, tapi mungkin ada haiwan yang bersembunyi di sebalik dahan, semuanya berkemungkinan dalam kehidupan, dan kita tidak boleh menidakkan hakikat yang sudah tersurat, MUNGKIN HARI INI hatiku di uji dgn kesengsaraan, MUNGKIN NANTI giliran kau pula merasakan apa itu penderitaan, JANGAN sombong menolak takdir dari-Nya, kerana ini lah KERTAS KERJA yang telah diaturkan oleh ALLAH kepada hambanya, bagaimana cara kita menyelesaikan, segalanya akan dibentangkan di padang MAHSYAR, ini lah perjalanan hidup yang telah direkodkan sedari kita di dalam kandungan bonda, hadapilah dgn mendekatkan kepadaNYA, bersyukurlah kerana kasih Allah, kita di pilih utk melalui dugaanNYA, SERAH kan hati kepada-NYA DAN bersangka baik dengan ujian Allah nescaya kekuatan HATI akan terbina dari dalam jiwa..."

Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” Surah Yusuf ayat 87.






BICARA CINTA

"Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan, Temuilah bahagia ketika kita mencari cahaya cinta-NYA dan berbahagialah di sepanjang jalan dengan mengenggam kasih yg berbekalkan sayang serta dipayungi rahmat Ilahi sehingga ke DESTINASI sebenar cinta.."












*********************************************




"Siapa pun pandai menghayati cinta, sesiapa sahaja mampu merasai rindu, tapi tak seorangpun pandai menilai erti cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang dapat dilihat dari mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dihayati melalui sentuhan hati, dan rasa rindu itu dapat dirasakan dari sentuhan tulus dari jiwa, cinta juga bukan hanya sekadar dari kata-kata penyedap bicara, tetapi anugerah keinginan yang disalurkan ke dalam hati bagi menyempurnakan akal utk memahami erti cinta itu adalah suatu amanah dari Ilahi, FAHAMILAH IA... Bila hati itu milik Allah.. serahkan hatimu kepada DIA, moga ada cinta dari sebenarnya cinta untuk satu cinta yang indah menyinari hati.. insyaAllah...




***********************************************



"Jangan di tanya mengapa adanya rindu... tapi cuba bertanya dari mana datangnya rindu itu.. carilah, carilah hingga ketemu jawapan tentang rindu, adakah rindu itu datang dari akal yg asyik memikirkan tentang sesuatu, atau rindu itu sememangnya berada jauh di sudut hati, persoalannya mengapa tika akal terkenang, jiwa mula mengimbas kenangan, hati mula gelisah tentang jawapan, mata pula resah menghitung persoalan, adakah itu rindu yang bertemankan perasaan atau hanya permainan rasa yang kesepian, yang tersenyum pasti sedang di lamun rindu, kerana bahagia bila mengenangkan setiap kisah namun rindu itu harus punya batasan iman agar terpelihara setiap rasa yang singgah"







Bicara jiwa

"PASANGAN yg bahagia itu bukanlah tidak pernah membuat KESILAPAN, tetapi tidak pernah malu untuk mengakui kesilapan, serta berlapang dada dgn memaafkan pada setiap yang dirasakan salah, dan belajar daripadanya..."

Sunday, April 22, 2012

SESUNGGUHNYA...



"Andai keindahan cinta itu seindah pelangi sesudah gerimis, mengapa kerinduan itu dirasakan perit seterik mentari, andai kasih itu sedalam lautan, mengapa resah bagai menanti ditepian pantai, andai sayang itu setinggi puncak gunung Himalaya..mengapa lelah saat mendaki kepercayaan, andai suci pengorbanan Laila dan Majnun, mengapa kematian yang dipinta, andai takdir memberi cinta, mengapa sembunyi kata di hati, andai senyuman itu penawar duka, mengapa hati menahan derita, andai takdir itu suratan kehidupan, mengapa mengeluh setiap yang terduga, tiada siapa yang tahu makna yang tersirat di sebalik takdir Allah, namun sambutlah dugaanNya dgn syukur dan muhasabah diri, itulah hadiah yang terindah sebagai insan yang merasakan kehambaan terhadap penciptaNYA, pasti ada hikmah disetiap sesuatu yg berlaku kerana sesungguhnya hanya DIA yang Maha mengetahui..."


Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers