Dalam mengatur jalan hidupku
terlalu banyak laluan yang keliru
bagai mencari bayangan yang hilang
namun sentiasa mengekori langkahku
bagaikan lena dalam menilai diri
seolah menyerah sebelum berperang..
Perjalanan ini yang telaH ENGKAU aturkan
aku berjalan bersama hati yang gelisah mencari
mencari satu cinta
cinta yang dekat namun bagai jauh ditinggalkan
namun bukan alasan untuk aku kecewa
sekalipun bagai penat mencari
akan aku tetap terus mencari..
hari berganti hari, musim berganti musim
aku percaya akan aku temui nanti
kerana aku tahu ini adalah untuk diriku
dan akan aku terus mencari hingga kehujung dunia
akan aku tempuh setiap bayangan dalam mimpi
mimpi yang mengalpakan jagaku
kerana kealpaan dunia seakan membunuh jiwaku
Aku mula mengaturi langkahku
berbekalkan hati yang kuat mengingatiMu
biar berpayungkan langit dan berlantaikan bumi
aku teruskan jua tanpa berhenti
kerana aku percaya kepadaMu
sekalipun aku menjejak tanpa bayang-bayangMu
sekalipun berdepan kepanasan mentari
tidakkan pernah aku berhenti mencari diriMu
Adakala rasa kecewa ada
dalam mencari makna cinta
kerana kaki bagaikan penat berlari
berlari sambil mencari
mencari makna cinta indahMu
namun aku yakin pasti akan aku temui nanti
kerana aku yakin kehadiranMu itu pasti.
Aku melihat mereka semua bahagia
bila mengenal makna cinta
namun senyuman yang aku berikan hanyalah menutupi duka
kerana aku perlukan teman untuk berbicara
berbicara tentang indahnya cinta dariMu
Duhai cinta janganlah sembunyi
saat mataku kabur mencari bayanganMu
hadirlah dalam menemani hidupku
Duhai cinta janganlah pergi
saat aku melangkah
mencari cahaya cinta dariMu
Akan aku terus mengejar bayangMu
sinarkan aku cahayaMu terus kedalam jiwaku
inginku temui cinta yang mampu mengubah mimpi
mengubah dari mimpi menjadi nyata
moga terjaga aku dari terus dibuai lena
Lena kerana teralpa akan keenakkan dunia
kealpaan itu yang akan melenyapkan cahaya
cahaya dari jiwa yang mencari cinta..
Dan biarlah hati itu kekal bercahaya
kerana jiwa bahagia punya hati menyinta,
tenang si rindu datang bertandang,
mengetuk pintu diruangan hati..
cinta padaMu Ya Allah kian bertamu dijiwa
memberi sinar yg utuh dan pasti
Moga kasih ini kekal menghisi perjalanan hidupku
dalam mencari keredhaMu ya Allah..
3 ulasan:
nice blog..so touching...sharing is caring..thanks fren..i already folow u..me back k..
nice blog..so touching..great..i aready folow u fren..me back..thanks
TERIMA KASIH ZURA KERANA SUDI JOIN BLOG SAYA... TERIMA KASIH YE...:)
Post a Comment