Tuesday, January 4, 2011

Rasa ini......

Mungkin sudah sampai masa untuk pergi,
bila kerpercayaan tiada dihati
tak guna aku mengharap lagi
mengharap kasih hingga kehujung nyawa
tapi  nafas sudah terhenti
sesaknya bagai kaku dan mati

Aduhai kasih andai dikau tahu apa yg tersirat
alangkah indahnya
kerana yang tersurat sudah terlihat,
kerana hanya aku yg menerima ujian
dan aku hadapi dengan penuh keikhlasan,
aku tempohi tanpa sungutan,
kekuatan hati buat aku kekal disini.
moga kau akan tahu suatu hari nanti bahawa aku
diciptaNya dengan serba kekurangan...

Aku tak sempurna yang kau impikan
aku tak secantik yang kau idamkan
aku tak sebijak yang kau harapkan
aku sudah terima setiap kekurangan 
kerana kekurangan itu 
buat aku akur setiap ketentuan

sudah lama hati ini menangis
tersenyum indah hanya luaran
rasa ini sering berhati-hati
jiwa ini sering dikejut dari mimpi
kerana takut aku dihanyutkan oleh angan-angan

Aku tak layak memberi pandangan
apatah lagi memberi cadangan
aku ditanya tapi jawap tetap kau yang berikan
selayaknya apakah aku
berdiam tiada jawapan
tersenyum mengiakan
bahagia bila ada yang membahagiakan

Andai kau tahu
hati ini bukan barangan
tiada nyawa dan perasaan
hati ini indah dengan kalimah yang tersimpan
kalimah percaya pada Allah dan Rasul
buat hati ini sekuat benting pertahanan
menahan rasa menjeruk keinginan

Namun aku masih bersyukur 
kerana kau yang terbaik yang Tuhan temukan
kerana bahagia dapat aku rasakan
soal hati biarkan aku serahkan
pada Pencipta Hati telah aku adukan
biarlah DIA yang tentukan
kerana usahaku seiring tawakal 
dalam mencari keredhaanNya

Moga kau tahu aku punya hati yang menginginkan perhatian...

0 ulasan:

Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

There was an error in this gadget

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers