Friday, July 30, 2010

Andai bahagiamu derita buatku

   Andai benar ada cinta di dalam hatimu, mengapa hambar yang aku rasakan, mengapa semakin menjauh kelibatmu dari sudut pandangku mengapa semakin hilang alunan suaramu, adakah hanya aku yang merasakan cinta itu, adakah rindu yang sedalam ini hanya milik aku. adakah kerana cinta aku padamu yang sebenarnya telah larut kedalam hatiku sedangkan cintamu hanya terapung pada permukaan hati.

   Bila hati ini kian terusik rasa kecewa bagai dihiris sembilu, pedihnya pada luka amat terasa,dan hati yang mekar kerana cinta yang kau semai seolah-olah di lontar lalu  terhempas ke batu, pecahnya bederai amat sukar untuk dicantumkan kembali,terlalu sakit, amat pedih.  maafmu sudah tak berertilagi bagiku kerana manis mulut mengucapkan janji namun hampa dan tidak pernah kau tepati, aku bagaikan dibuai mimpi lena cukup lena sehingga tak tersedar sekalipun sudah di kejut namun aku masih bermimpi.

    Andainya kau bahagia didalam deritaku aku pasrah menepuh derita itu. Hakikat derita rindu itu amat menyakitkan hati, setelah kau menyalakan api cintamu lalu membakar jiwaku dan hanya aku yang hangus dalam perasaan sendiri. 




   mengapa kau biarkan aku masih bermimpi sedangkan kau telah menghilang dalam sedarku. Hakikatnya kau tahu bahawa aku tak mampu untuk melupakanmu,dan kau terus membiarkan aku tercari-cari tanpa jawapan, Seandai yang tertulis buatku adalah yang terbaik untukmu akan aku jadikan kau sebahagian dari kenangan yang terindah utk aku kenang. tapi maafkan aku kerana tak mungkin untukku  memadamkan jejak cintamu yang telah lama terukir di dalam hatiku kerana terlalu banyak kata yang tak mampu aku ungkapkan kepadamu. Maafkan aku kerana ingin kau selalu menemani aku dan merindui aku kerana saban hari aku terasa benar kau ada dekat disisiku.Dan di setiap waktu yang terdetik di hati ini adalah bayanganmu sekalipun nampak suram. yakinkanlah padaku bahawa kau adalah cintaku yang aku cari selama ini, sekalipun sudah kelewatan waktu.

    Namun kini aku semakin sedar, kau semakin menjauh dan nyata kau sudah meninggalkan aku, di saat aku mengharapkanmu sekalipun tak terniat dihatimu untuk meninggalkan aku. dan aku pasrah diatas kelukaan ini. Janganlah kau cuba mendustai takdirmu kerana dihadapanmu adalah yang terbaik telah tercipta buatmu. walaupn pada hakikatnya aku pernah meminta cinta darimu untuk aku letakkan kedalam hatiku dan untuk kali ini maafkanlah diriku sekali lagi kerana tidak mampu untuk aku mendapatkan cinta milikmu itu lagi, dan akhirnya mungkin aku terpaksa meninggalkan dirimu,dan biarlah kedukaan ini kutanggung sendiri, biarlah hatiku menangis bila aku membayangkan kau bersamanya, biarlah aku menangis melepaskan cintaku berlalu pergi,dan untuk kau mengerti aku adalah hati yang sedang kau sakiti, hakikatnya aku adalah wanita biasa yg dicipta oleNya yang lemah dalam melayari perasaan pastinya aku akan terluka dan kecewa akibat derita cinta

   Airmata dan cinta menjadi teman hatiku yg keliru dan hanya padaMu tempat aku mengadu, aku pohon tika saat aku mengadapMU ya Allah..wahai penilai hati,menilailah hatiku yg terluka kerana cinta, kerana rahsia hati ini hanyalah ENGKAU yang tahu, adakah cinta miliknya ini layak terukir dihatiku, bisikkan doa ini kupanjatkan padaMu.. aku serahkan segalanya rasa cinta ini hanya untukMu..

"
ANDAI CINTA SUCI ITU MILIK HATI, BERGELORA RASA MENAHAN RINDU, KERANA MENOLAK NAFSU CINTA YANG INGIN BERAJA DIMATA,.. ANDAI JODOH MILIK KITA, HARGAILAH KASIH KU HINGGA KE MATI, MENANTI SAAT INDAH BILA JANJI DIPATRI .."

7 ulasan:

idoeda COOL said...

andai jodoh ku milikmu akan ku terima seadaanya untuk hidupku, kerana cinta ku terhdapmu dari dulu, kini, dan selamanya...andai jodohmu terhdapnya, akan ku doakan kebahagianmu terhdpnya, walaupun kelukaan hati semakin terasa peritnya.....isk..iskk.iskk.......

Ana Sarina Abu Bakar said...

aduhai sisku...asyik wat mu nangis jer.... itulah bicara hati dik sop..sop..sop

ema said...

seandainya kau ingin pergi.. pergi meninggalkanku... lafazkanlah...
jagan kau pergi meninggalku tanpa sebarang pesanan...
kerna lukanya begitu sakit...
lafazkanlah agar aku tahu hatimu...
akanku pasrah jika itu pintamu padaku...
biarlah aku melayari hidup ini tanpa dirimu..
semoga kau temui bahagia yang kau cari...

Ana Sarina Abu Bakar said...

huhuhu, sabo yer dik ema..sob..sob.. sesungguhnya cinta itu indah, jikla saling menyintai..

Anonymous said...

seandainya yang tertulis buatku adalah yan terbaik untukmu akan aku jadikan kau kenangan yang terindah
mcm pernah ku dgr ini,,,haha nice sis,,teruskn usaha murnimu.. ;-)))

Anonymous said...

nice...

Khalifah Cinta said...

lagu ape ek?? lazat didengar..

Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

There was an error in this gadget

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers