Sunday, April 22, 2012

BILA TIBA SAAT ITU NANTI..

*Bila kita memandang tepat ke arah matahari, tiba-tiba kita pejamkan mata, bukan kerana kita bencikan sinarannya tetapi meluahkan rasa bersyukur dari dalam hati, kerana kagum pada kuasa cahaya ciptaanNya,

*Bila ada guruh di langit lantas kita tutupkan telinga, bukan kita benci dengan dentumannya tetapi takut pada kemarahan Allah terhadap dosa kita sesama makhluk ciptaanNya,

* Bila angin kedinginan bertiup lembut kita merasa dgn nikmat hingga terleka, namun bila ribut melanda kita segera menyembunyikan diri ketakutan bukan kerana kita takut akan deruannya, tapi mencari agar ada ruang untuk taubat kepada-Nya, bimbang bila Allah murka..seluruh bumi akan hancur sehingga tiada ruang kesempatan utk bertaubat ,

>> Hakikatnya di sebalik tubuh yg berani kita miliki hati yg lemah dan keliru, bukan lari dari bayangan diri, tetapi malu mengaku kelemahan sendiri, hanya sedar kejahilan saat diri di timpa musibah dan yang tinggal hanyalah tangisan kerana menyesali setiap kesilapan.<<

~ walhal peringatan demi peringatan sudah dicatatkan di setiap juzuk Al quran, tapi setiap peringatan itu hanya hiasan hati, kerana..
* kita sedar, kita yg tak mampu menandingi Kuasa Allah yg Maha Besar ,
* kita tahu janji Allah itu pasti
* kita tahu, azab Allah itu amatlah pedih,
* kita tahu, kerana kita sudah pun diberitahu..

TAPI...
mengapa berdusta pada diri,
mengapa sombong seolah hidup selama-lamanya,
mengapa butakan mata seolah di dunia hanyalah kita
mengapa pekakkan telinga seolah mereka semuanya bisu
mengapa kita membisukan diri seolah kalam Allah tiada bernyawa
mengapa menanti masa.. sedangkan masa tidak pernah menunggu kita

Dalam sedar mahu tidak..bahawa kita telah diberi petunjuk dari secebis peringatan dari kehidupan yang lalu, dan kita membina kisah hari ini dari kejahilan mereka terdahulu, Kita yang semakin bijak sebenarnya sudah keliru di antara fitrah hati dan kemahuan akal, kita menanti seruan hidayah, sedangkan kematian menghampiri kita.. yang pasti sebenarnya kita sering terlupa dan sentiasa terlupa sehingga kita diberikan peringatan sekali lagi yang berbekas diingatan dan tika itu mungkin kita tak akan terlupa...



Saturday, April 21, 2012

PENDAM si CINTA


"Mencari cinta di redup senja, bagai mengejar kasih di balik pelangi. Mengharap setia yang jauh di hujung dunia, bagai mengejar bayangan sendiri. Andai hati itu ada dimiliki, jangan di pendam duka sendiri. Luahkan cinta biarpun kecewa. Kerana apa yang terluah, adalah penawar segala rasa. Biarlah tanpa balasan, setidak-tidaknya hilang satu bebanan. Penantian yang tiada kesudahan, bagaikan sang bulan berseri bertemankan bintang. Namun di sebalik seri itu, ada sepi si pungguk yang setia menanti. Biarlah kasih pungguk hanya sekadar di pinggir senja. Merenung bulan dikejauhan, itu sudah cukup menghiburkan hati. Kerana pasti rembulan tak mungkin jatuh ke riba. Andai pasrah itu menyerah, namun pungguk bukanlah kalah. Hanya akur pada ketentuan Ilahi, yang telah ditetapkan sejak azali. Dan itu jauh lebih baik, daripada mengharap kasih yang tidak pasti. Biarlah pungguk hanya penanti, bersama cinta yang akan di bawa hingga ke mati."

Janji




"Wahai mentari hentikanlah amarah, takut berbara sinar terserlah, maka terpancar cahaya terikmu, panas perit terasa hingga setiap kelapisan kulit, bukan takut pada kesakitan, tetapi bimbang keliru pada keinginan, kerana keinginan boleh menipu kemahuan akal, lalu menidakkan fitrah hati yang mahu pulang ke pangkal jalan, lantaran terlalu dingin pada angin yang membutakan pandangan, akhirnya tersesat dek kerana haluan yang hilang, lalu dendam menjadi sebati di jiwa, bermusuh pada yang berhak untuk berkongsi kebaikkan, kerana kemungkaran seolah menjadi pakaian pada kealpaan yang megah dan sombong berjalan di atas bumi Tuhan, maka berjayalah misi si syaitan, yang mahu menyesatkan ke atas jiwa setiap anak cucu cicit Nabi Adam a.s, janji syaitan kepada penciptaNya itu pasti, sebagaimana janji Allah pada seluruh ciptaanNya setiap yg hidup pasti akan kembali kepada-NYA...."

Bicara jiwa oleh Ana Sarina Abu Bakar



Friday, April 20, 2012

BISIKAN CINTA



Ketika sedang pasangan suami isteri menonton TV, tetiba isteri bertanya kepada suaminya dgn kasih sayang..

Isteri- Cantikkan personaliti TV tu.. suka tengok ..cantik je.. hmm.... awak.. awak.. rasa isteri awak cantik tak...
Suami- hmm..hmm.. hmmm...
Isteri- Tulah orang lelaki.. bila suruh puji je teragak- agak, tapi bila isteri selekeh je.. mula nak perli itu, perli ini
Suami- saya tak jawap lagi pun, itulah orang perempuan, cepat sangat terasa hati kan..
Isteri- Yelah nak terasa hati pada siapa lagi.. pada suami la.. suami yang hati kering..
Suami- orang lelaki diam bukan dia malas nak cakap.. tapi dia berfikir setiap inci kebenaran..
Isteri- Minta puji isteri pun nak kena fikir ke? isk....

( isteri seolah hampir merajuk)

Suami- yelah.. haruslah berfikir.. hmm..hmm...
Isteri- okey lah.. kalau susah sangat awak nak bagi jawapan.. saya bagi awak antara 1-5 bintang berapa awak nak beri kan kepada saya
Si suami membilang jari- jarinya..
Isteri- haa.. tengok... dah bagi senang pun susah nak bagi jawapan.. yelah..siapa la kita ni kan..
Suami- awak isteri saya lah...
Isteri- isteri awak cantik tak, pada pandangan awak.. isk.. tak mahu la kawan macam ni...
Suami- alolololo... saya tengah kira..
Isteri- lamanya.... 1 sampai 5 je.. takkan itu pun awak susah nak kira...cakap la berapa bintang..
Suami- cantik isteri saya... 1 bintang,..2 bintang..3 bintang......
Isteri- sikitnya bintang...
suami- saya belum habis kira lagi...
Isteri- belum habis lagi??
Suami- saya bagi seluas bintang di angkasa.. banyakkan... macamane saya nak kira... terlampau banyak...
Isteri- huh...(Y_Y) terima kasih awak... saya fikir saya tak cukup cantik utk awak..
Suami- kalau awak tak cantik, tak mungkin hati saya terpaut... kalau awak tak baik... tak mungkin cinta berputik.. kalau awak bukan anugerah Allah.. tak mungkin awak menjadi isteri saya..

Isteri menarik dan mengucupi tangan suaminya sambil berkata...

Isteri- Maafkan saya ya abang... kadang- kadang timbul perasaan cemburu pada kehidupan dari insan lain, yang membuat saya curiga pada pandangan awak terhadap saya, saya tak mahu awak tertarik pada perempuan lain, saya tak mahu awak membandingkan saya dengan isteri- Isteri orang lain, saya tak mahu hati awak menolak kelemahan saya, saya isteri yang tidak sempurna, tapi dalam saya berusaha untuk dilihat sempurna dimata abang, saya juga perlu sempurna pada pandangan Tuhan.. maafkan saya.. kelemahan itu sememangnya milik jiwa saya sendiri..
Suami- kecantikan isteri itulah penawar bagi hati suami.. memandang isteri hilang segala kepenatan seharian bekerja, tapi cantik itu bukan terletak pada rupa.. tapi akhlak baik seorang isteri yang mampu memuliakan jiwa seorang suami, Bersyukur abang ada isteri yang memahami, menerima dan lebih banyak memberi tak pula meminta-minta, itulah kebahagiaan yang abang rasakan sepanjang hidup berumahtangga..
Isteri- Apa lagi yang hendak diminta... cukuplah punya suami yang baik, mengingati Allah, sanggup menepis ego hanya kerana kebahagiaan dan menerima kelemahan dan bersama memperbaiki diri..itu sudah cukup mendamaikan jiwa dan seribu satu rahmat buat isteri...
Suami- Alhamdullilah...
Isteri- Alhamdullilah..

ketika si isteri memgengam erat jari jemari suami... hati isteri berbisik

" aduhai suami... maafkan saya kerana seolah meminta- minta awak memuji saya, hakikatnya saya bukan mahu di puji.. tapi hanya mahukan perhatian dari seorang suami.. cinta itu tidak mudah sayang.. andai kita hanya berdiam.. perlu diantara kita mencetuskan perbualan, agar setiap nafas cinta dapat diperbaharukan pada setiap pandangan dan perbincangan.. perasaan sayang perlu ada pada persefahaman, agar setiap sentuhan mengembalikan getaran dan getaran itu menghasilkan bisikkan AKU CINTA PADAMU SAYANG...








Wednesday, April 18, 2012

Sembang suami isteri..
Isteri- awak.. saya ingat lepas ni.. saya pakai kasut yg tertutup dan stokin sekali.. boleh ye..
Suami- Pakai lah...
Isteri- saya dh pakai jubah, alhamdulillah... saya dh cuba labuhkan tudung, kali ini hati saya dh terbuka utk pakai kasut yg tertutup dan stokin..maafkan saya ya awak..klu awak tak selesa dgn penghijrahan zahir saya...
Suami- MasyaAllah... nak marah apa.. benda baik.. bersyukur Alhamdulillah...
Isteri- terima kasih...
Suami- (mengangguk-angguk kan kepalanya..)
dan si isteri merapati kepalanya di dada suami sambil di dalam hati berbisik....

" saya tahu saya tak mampu membahagiakan awak, krn saya bukan isteri yg sempurna, tp percayalah sayang di dunia ini saya tak mampu utk membahagiakan.. tapi insyaAllah.... saya pelihara diri saya hari ini kerana mahu awak merasai bahagia di akhirat kelak.. moga Allah memberkati penghijrah jiwa dan akidah saya agar menjadi contoh kepada anak2 segalanya kerana Allah utk kebahagiaan awak di sana.. insyaAllah.."


 

BIARLAH DIA PERGI....

"Terkadang cinta itu pergi selepas meluahkan segala keresahan, namun yang pasti melepaskan seseorang itu bukan kerana anda berhenti mencintainya, tapi kerana anda yakin cinta itu bukan utk menyakitkan, tetapi memberi bahagia dan kekuatan pada hati dan jiwa'

"Berbahagialah duhai hati...kerana ketika kau menerima hadirnya kalam cinta dari dia utk disematkan ke jiwa, kau sudah pun menyematkan cinta kepada Allah dan Rasullullah terlebih dahulu utk seluruh jiwamu, maka.. berbahagialah pada pemergiannya kerana cintanya bukan utkmu kerana Allah sudah memilihkan insan yg terbaik utk memimpinmu dan maafkan dia di atas kelemahan jiwanya"

senyumlah... kerana Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

"hadirnya bagaikan pelangi..walau seketika namun memberi seri.."

Sunday, April 15, 2012

Tahukah kamu...



Tahukah KAMU...

~ Andai seseorang itu yang sentiasa memberikan senyuman riang di hadapanmu, sebenarnya dia sering menitiskan airmata tatkala sendirian mengenangkanmu..

~ Andai seseorang itu sering memberikan kata-kata SEMANGAT dan PERANGSANG kepada kamu, sebenarnya dia sering mengumpul kekuatan sepenuh hatinya utk kamu..

~ Andai seseorang itu sering kelihatan kuat di hadapanmu, sebenarnya dia menyimpan kelemahannya untuk menjaga hatimu

~ Andai bicara dan gurau sendanya menceriakan hari-hari mu, ketahuilah olehmu ketika itu dia sedang merawat setiap kelukaan di hati dgn doa dan keredhaan kepadaNYA

♥♥ kerana dia sedar bahawa hatinya milik Allah, perlu bangkit dari kejatuhan jiwanya, perlu kuat untuk kembalikan semangat yang hilang, perlu tabah menghadapi dugaan Allah, yang pasti dia mampu mengukir senyuman manis, memberi bahagia seperti insan lain..
♥♥ terima kasih yang menyentuh hati.. kerana hati ini tidak terluka..malahan terus membina kekuatan dari sentuhan luka yg ditinggalkan olehmu...

"CINTA itu bukan kesakitan kekeliruan, TETAPI keindahan dalam pengertian jiwa"

bicara hatiku oleh Ana Sarina Abu Bakar

Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers