Friday, January 13, 2012

Hadiah Hari Lahir

Suatu hari seorang suami cukup tak sabar nak tahu apakah benda yang isterinya gemari, agar senang untuk diberi sebagai hadiah hari jadi. 


Suami- Hari lahir awak tak lama lagi akan tiba kan..kan... jadi awak nak minta apa
Isteri- Berilah apa saja, saya pasti suka..
Suami- Tapi untuk kali ini, saya mahu berikan apa yang awak paling suka untuk diperolehi..
Isteri- Banyak...
Suami- Salah satunya... cakaplah..saya akan kotakan dan berusaha mendapatkannya.

Isteri mula memikirkan permintaan suaminya...

Isteri- Hmmmm.....
Suami- Gelang emas, rantai emas, cincin berlian, baju sutera, Iphone4, kamera DSLR..... cakaplah...cakaplah... saya akan cuba tunaikan....
Isteri- Kalau saya minta bulan, untuk dijadikan lampu tidurku,,,
Suami- Ohh.... maaf tak sanggup abang nak tinggalkan dan berjauhan dengan sayang terlalu lama. 
Isteri- Kalau saya minta bintang untuk dijadikan kerongsang.. 


Sambil si isteri tersenyum

Suami- Tak berdaya untuk abang himpunkan kesemua kerlipan bintang yang terlalu banyak..
Isteri- Kalau begitu....hmm... saya mahukan mutiara untuk dijadikan perhiasan tangan...
Suami- Tak mampu abang ke dasar lautan membiarkan diri kelemasan dan tinggalkan sayang keseorangan..


Si isteri masih tersenyum, melihat si suami sugul kerana setiap permintaannya tak dapat ditunaikan, melihatkan akan suaminya yang bersedih lalu si isteri menggengam jari jemari suaminya lantas berkata...

Isteri- Tak mungkin saya menginginkan sesuatu yang di luar kemampuan, tak mungkin saya mengidamkan sesuatu andai saya terpaksa menyusahkan, tak mungkin juga saya menghajatkan sesuatu andai nyawa menjadi taruhan, tak mungkin saya bahagia andai memiliki sesuatu itu membuatkan abang terpaksa mengadakannya..
Suami- Jadi... awak tak mahu apa-apa hadiah di hari lahir nanti...
Isteri- Mahu.. kerana itulah yang saya hajatkan...
Suami- Apakah itu??
Isteri- Cukuplah redha seorang suami kepada isterinya, mendoakan kesihatan saya, menerima saya seadanya, memahami detak hati seorang isteri, janganlah hanya melihat pada senyuman isteri tapi rasailah air mata yang menitis di hati, semua itu sudah cukup bagi saya sebagai isteri.


Si suami hanya tunduk, merasakan seolah hatinya gugur ke bumi..


Suami- Ya Allah... bahagiakanlah isteriku, sekalipun dia berduka dengan kelemahanku.. bisik hati si suami ditemani airmata yang bagai menitis di hati...



Hati ada bahagia, 
kerana disitu punya cahaya,
ada kasih merumpun cinta
ada rindu seluas rasa
ada  impian setinggi harapan
dimana redhamu 
disitu indah cintaku

0 ulasan:

Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers