Wednesday, October 19, 2011

Cahaya Pertemuan.


CHEEREEETTT ........BAAAMMM!!!...
"Woi tak nampak ke, mata letak kat mana.. lutut ke, siku kau tu?  lebih baik kau jual biji mata kau tu, kepada mereka yang cacat penglihatan." jerit Wan.
"Kurang ajar sungguh perempuan ni nak kena diajar ni" bisik hati Amri.
 " maafkan saya, Cik saya tak nampak tadi, saya nak cepat ke tempat kerja sebab ada temuduga." rayu Amri
"Ada aku kesah ke kau ada kerja ke tidak, kau dah langgar,  kau kena la bertanggungjawap...aku tengok kereta kau cun je.. cuba kau tengok skuter aku ni..pecah lampu sisi, senget tayar motor tau..mujurlah tak kepala aku yang pecah, ini pun ada luka siapa yang nak hantar pergi klinik buat rawatan pada aku ni, entah-entah ada  tulang yang patah ke, apa ke.." leter wan yang masih terkejut.
" Baiklah saya bayar.. tapi saya tak bawa duit tunai ni tapi kad kredit adalah....boleh"
" Berlagak kau ye" bisik hati Wan Dalila Atikah Binti Wan Ismail.
"banyaklah kau punya kad kredit...  takde duit...kita selesai dekat balai" Wan cuba mengugut.
"Balai? alamak cik, tangguh dulu boleh tak? hmm...esok ke,lusa ke.. boleh tak? saya ada hal ni.. saya janji saya bayar...kalau tak percaya pegang kad kredit saya ni" Amri benar-benar hendak ke pejabat segera kerana mahu menemuduga setiausaha baru bagi mengantikan Laila yang baru sahaja meletakkan jawatan kerana mengikut suami.
"Tolonglah Cik.. saya minta kerjasama dari cik, kalau cik dah tak percaya sangat, mari ikut saya ke pejabat, nanti selepas sahaja sesi temuduga tamat saya akan bawa cik ke bank untuk keluarkan duit" jelas Amri yang inginkan kepercayaan Wan Dalila Atikah.
"Baiklah aku ikut kau ke pejabat" Wan akur permintaan Amri
"tapi ingat kalau kau tipu aku.. nahas kau," ugut Wan Dalila
"baiklah saya janji" Amri terus masuk ke dalam keretanya dan Wan Dalila Atikah mengikuti dari belakang. di dalam kereta Amri merungut sendirian.
" nasiblah aku ada hal, kalau tidak jangan haraplah aku nak bayar, bukan salah aku pun, dah kau yang potong ikut suka, pulak tu tak tahu ke.. yang lampu isyarat warna merah nak menyala, ikut suka dia berhenti mengejut,  untung aku yang langgar...kalau bas ke, lori ke mahu arwah budak ni" geram Amri bertambah..

Di skuter Wan Dalila Atikah
"Kalau nasib aku baik dapatlah kos untuk aku baiki lampu tu..tak payahlah aku keluarkan duit sendiri" Wan ketawa dalam hati
"Ada duit ke mamat tu, ada kot, tengok kereta pun boleh tahan, takkan duit sikit pun tak ada langsung" Wan berbisik lagi di dalam hati lagi..
sesampainya di tempat kerja Amri..
" baiklah ini syarikat tempat saya bekerja, saya nak masuk ke bilik pejabat dulu, sebab dah lambat dah ni, cik nak tunggu di mana- mana pun boleh, nak tunggu sebelah guard tu pun tak mengapa," Amri memerli Wan
"aku tunggu dekat bilik menunggu saja, ingat jangan cuba-cuba lari pula" Wan beri peringatan
" Baik...tapi kalau nak ke tandas, sila beritahu penyambut tetamu tu ya..nanti tidaklah saya menyangka yang awak tu dah balik" kata Amri..
"sudah cukup membebel, cepat masuk ofis....nanti lambat pula kes ni nak selesai" Wan Dalila memerli.
" Baiklah...." Amri kalah kali ini.
Amri berlalu meninggalkan Wan keseorangan dan terus menuju pintu lift sambil menunggu giliran untuk naik ke tingkat 3.

***********************
Selesai sahaja sesi temuduga, Amri terus bergegas turun ke lobi..
" yang aku tekejar-kejar ni kenapa, adoii, bukannya penting pun.. biarkan lambat..hehe" bisik hati Amri
Amri berlari terus mengunakan anak tangga tanpa mengunakan lift..
" Laaaa...apa pasal aku tak guna lift...aduuhhh!!...  dah tinggal dua mata anak tangga baru aku sibuk teringat...iskkk" 
" ini  semua pasal budak tomboy tulah....huh!" rungut Amri
dari jauh sudah kelihatan Wan Dalila menunggu sambil melihat jam di tangan.
" hish.. kau kalau jalan,  boleh laju sikit tak macam siput sedut" gurau Wan
"maaf lambat sikit, biasa la menemuduga orang, bukan saya yang kena temuduga" Amri menjelaskan
"awak bos ke?" Wan bertanya
"saya bukan bos tapi tukang angkat fail je" Amri berdalih
"oohh... bawa fail, kira ok apa... kalau orang lain, fail pun tak kenal tau" Wan Dalila yang tak banyak bertanya.
" Hmm betul juga kata awak tu kan... alhamdulillah. pekerjaan saya jauh lebih baik, .. Cik..kita nak kena cepat ni, nanti bank tutup pula" Amri mengingatkan semula.
" Betul tu, nanti bertangguh lagi, jenuh aku menunggu" Wan Dalila merungut
"awak tu jalan laju sikit, berlenggang macam itik pulang petang aje,  tak sedar ke?..huh!.."hati Amri berbisik
" yelah Cik, tapi untuk ke Bank Cik kenalah naik kereta dengan saya ya, senang nanti tak payah saya nak tertunggu- tunggu, manalah tahu Cik  tersesat ke,  apa ke, ..siapa susah... abang ni seorang juga." jelas Amri
"euwww...abang?... tolong la, tak nampak ke aku ni yang dah macam abang-abang ni..isk...atau kau sememangnya rabun huh.." bisik hati Wan Dalila
"baiklah, kali ni aku ikut kehendak kau, tapi jangan bawa kereta laju macam tadi.. macam tak sayang nyawa je" Wan Dalila mula mengomel
" baiklah.. saya memandu dengan berhemah sekali ya, tuan puteri"
"isk... dia ni lebih-lebih tau belasah nanti baru tahu" rungut hati Wan lagi..
Dan tempat kereta...
"hoi.. cepat la.. apa yang dilembabkan sangat agaknya, tinggal setengah jam lagi pukul 4.30 petang awak tahu..." pekik Amri dari tempat letak kereta.
"terhegeh-hegeh" bisik hati Amri
"dia memang menyusahkan aku betul," rungut Wan lagi..
"wei... yang kau ni tak reti guna kad ATM ke " Wan yang tercungap-cungap kepenatan.
"ikut aje, jangan banyak sangat berkira nanti saya tarik balik niat baik saya tadi..haa..baru tahu" Amri memberi amaran
"oh.... ayat ugutan ker tu?..kau ingat aku kesah ke?" Wan beranikan diri.
" tidaklah sampai nak mengugut, tapi saya cuma nak awak berfikir tentang saya juga" tetiba nada Amri menjadi sentimental.
"alamak.. hensem pula mamat ni bila dia renung aku macam ni..cair aku...cair aku macam ni" bisik hati wan Dalila yang tertarik pada renungan mata Amri.
"baiklah... saya zip mulut saya ya" tiba-tiba suara wan yang kasar tadi bertukar menjadi lembut...
" haa.. macam ni lah boleh jadi menantu pilihan" Amri mula mengusik
" Euww...siapa nak dia agaknya" bisik hati Wan Dalila sambil memandang kearah tingkap kereta..


Wan memulakan pemanduan ke Bank seperti yang di rancang..

*******************

Setibanya mereka di Bank dan Wan terus meletakkan kereta di ruang pakir

"ok ..Cik,  kita dah pun sampai... nak tunggu dalam kereta ke atau nak ikut saya masuk ke Bank" pelawa  Amri
" hmm... tak mengapalah aku tunggu dalam kereta kau yang besar dan sejuk ni, boleh?" Dalila mengusik
" yelah tuan puteri yg lemah lembut gemalai sakti.. hamba hanya menurut perintah" usik Amri
" dia ni kan buatkan aku rasa nak termuntah" rungut Wan Dalila dalam hati
"baiklah.. aku tunggu dengan penuh kesabaran, cepat sikit.. skuter aku tinggal 'seorang' kat tempat letak motor tu, kesian tau" Wan Dalila sengaja buat Amri meluat.
"awak fikir skuter awak saja ke? awak tak fikir saya langsung...hmmm.. manusia..manusia"  tiba-tiba Amri berasa hati..
Wan Dalila hanya  berdiam dan memandang Amri yang sudah pun beredar dari keretanya dan menuju ke bank.
" isk... dah  pukul 4.45 petang, buka lagi ke bank? kacau betul kalau kena tangguh lagi, malas aku nak menunggu lama-lama macam ini, kalau boleh tak kuasa aku nak mengadap muka mamat ni lagi, harap- harap ini lah pertemuan pertama dan yang terakhir" rungut Wan

20 minit kemudian...
kelihatan dari jauh Amri tenang sambil berlari-lari anak menuju ke pintu keretanya.

" Nah..ini duit ganti rugi setiap kerosakkan yang ada pada skuter awak tu.. saya bayar ya" Amri menghulurkan wang itu kepada Wan Dalila Atikah
"ok.. terima kasih ya.. tapi lambat pula Bank tutup selalunya waktu macam ni dah tutup." Wan Dalila yang sedikit keliru..
"saya ambil kat Mesin ATM je tadi" jelas Amri dengan selamba.
"wei... pasal apa tak cakap dari tadi,  tidaklah aku menunggu sampai macam nak pitam, sampai semput terkejar-kejar tadi, percaya lah sangat kan yang kau ni tak reti nak guna mesin ATM ," Suara Wan Dalila bertukar garang..
" saya saja je.. bukan ke awak nak guna duit tu cepat kan...jadi.. saya cuma mempercepatkan lagi permintaan awak itu aje " jelas Amri selamba.
" haah...yelah tu... cepat la sgt" Wan merungut lagi.
" Aik?? RM 150 aje??" Wan Dalila sepertinya tidak berpuashati dengan bayaran yang  diberikan oleh Amri
"Dah tu.. awak nak berapa? RM 1000 ke? Amri memerli Wan Dalila
" Haruslah kan" Wan Dalila menjawap
"tapi kan.... lampu sisi je yang pecah.. takkan sampai beribu kot" Amri cuba mempertahankan
"itu yang kau nampak..yang kau tak nampak.. nyawa aku.. luka dalaman aku... kau tak kira ke?" Wan Dalila buat cerita
" habis tu berapa yang awak mahu untuk kos merawat luka dari selamat?" Amri ingin kepastian
" tak banyak.. Rm 500  cukup lah" Wan Dalila meletakkan nilai 
"gila minah ni.. huh... " hati Amri mengeluh
"Nah.. RM 350 ambil ni" Amri mencampakkan lebihan duit di pangkuan Wan Dalila
Wan Dalila yang pada mulanya terkejut, tetapi tersenyum selepas melihat duit yang di minta itu di pangkuannya.
" puashati awak kan.." Amri bersuara..
"ok.. cukup puas..." Wan Dalila bersuara.
" baguslah.. . balas Amri
"Cik  siapa nama ya.. dah lama kita berbual tapi masih belum mengenali antara satu sama lain.. kan"
" oh ye la kan... Nama aku Wan.. hmm.... nama sebenar aku Wan Dalila Atikah Binti Wan Ismail.
" sedap nama tu, semanis tuan punya nama" Amri memuji
" Sibuk tanya nama aku, nama kau pula siapa" tanya Wan Dalila sedikit kasar
" Amri Fauzan Bin Hj. Daud"  kata Amri
" panggil saya Amri saja cukup"
" eh.. tak tanya la pula,  ikut suka aku la nak panggil apa" Wan Dalila mengejek di dalam hati.
"sebelum saya hantar saudari pulang ke tempat saudari letak skuter, saya nak minta izin lah...kita singgah ke masjid yang berhampiran ya, saya belum tunaikan solat ni, janji saya kepada awak sudah saya tunaikan, tapi janji saya kepada Allah masih saya lewat-lewatkan" Amri berkata sambil mengelengkan kepalanya pelahan.
tetiba hati Wan Dalila bagaikan ditikam-tikam.. pedihnya kata-kata Amri sebentar tadi, pedihnya hingga ke hulu hati. Wan Dalila hanya diam tanpa bersuara dan setibanya mereka diperkarangan masjid..
 " ok..kita dah sampai ni..baiklah saya pergi solat dulu, awak tak solat ke? nak solat marilah kita pergi sekali, kalau tak bawa telekung tak mengapa.. dalam masjid tu ada disediakan telekung  dan  memang diletakkan di situ" jelas Amri yang sememangnya mahu mengajak Wan Dalila untuk menunaikan solat Asar bersama.
"oh..tak mengapa..aku cuti hari ni" Jawap Wan Dalila berdalih.
"cuti apa ya.. cuti tahun ke?" Amri saja menduga.
"hmm.. bukan cuti tahun..ini cuti perempuan yang tak perlu permohonan cuti" Jawapan Wan Dalila yang cuba berselindung..
"hmm... baiklah... saya pergi dulu lah ya.. nanti terlewat pula amanah untuk saya ditunaikan" Amri berlari-lari anak menuju ke masjid dan terus ke tempat mengambil wuduk.
dari kejauhan Wan Dalila memerhatikan Amri Fauzan yang sememangnya memiliki raut wajah yang bersih.. "wajah orang beriman agaknya, sejuk saja bila mata ini memandang  ke wajahnya" kata hati Wan Dalila,
"Tapi entahlah... aku asyik nak tengking dia je, padahal dia tak pernah tinggikan suara, ego ke aku ni? isk...entahlah.." Wan Dalila mula mengenali diri.

****************
30 minit berlalu
 Wan Dalila memerhati dari dalam kereta, dilihatnya seorang lelaki yang cukup tenang bila berhadapan dengan kerenahnya,
" Oh..tidak...aku dah jatuh hati ke ni... minta dijauhkan..." tiba-tiba Wan Dalila merasakan dia sudah jatuh hati kepada jejaka yang baru dikenalinya itu.
setibanya Amri di pintu kereta,
" oklah... ada nak kemana-mana lagi tak Cik Wan Dalila?" Amri bertanya
"ada...ada... pergi ambil skuter aku tu, jangan kau buat-buat lupa pula ya" kata Wan Dalila.
"ye..Cik Dila..." Amri membalas
" isk.....lama betul aku tak dengar orang panggil aku dengan nama tu" bisik hati Wan Dalila
"tahu tak apa..cepat sikit boleh tak..aku dah lapar, dahaga pula tu" Kata Wan Dalila yang sememangnya kelaparan.
" Ya Allah...Maaf...maaf... macamana saya boleh terlupa yang saya juga belum menjamah makanan sedari pagi tadi ya.. nasib kita serupa,  kan Cik Dila." kata Amri dengan nada bergurau.
" yelah serupa.. jadi tolong cepat sedikit , hantar aku semula ke tempat di mana aku meletakkan skuter aku.. ada faham? ".
" kita pergilah makan dahulu, dah lapar sangat ni, nanti saya hantar awak terus ke tempat di mana awak letakkan skuter kesayangan awak nanti, please ya Cik Dila... " kali ini  Amri merayu  sungguh-sungguh kerana sudah merasakan perutnya lapar.
" baiklah... tapi siapa yang hendak belanja ni" Wan Dalila
" oleh kerana ini pertemuan pertama kita, jadi apalah salah sekiranya Cik Dila yang belanja saya"
" huh.. dah agak dah,  mesti ayat ni yang  keluar dari mulut mamat ni... huh!" Wan Dalila mengomel sendirian
"Baiklah kekanda, cepat bawa ke tempat sedap untuk makan saya belanja
" Alhamdulilah.... baik hati adinda saya ni....hehehe" Amri tersenyum panjang..
Amri meneruskan perjalanannya ke tempat yang hendak di tuju.

***********************
Sebaik sahaja tiba di restoran makanan segera 
" Aik... kat sini je..ingat nak pergi ke hotel 5 bintang ke, restoran terkemuka ke, setakat dekat sini apalah sangat nak belanja kau kan" lagak Wan Dalila.
" Alhamdulilah.. asal kenyang dan sah halal.. saya makan saja Dila, lagi pun jam dah pukul 6.30 petang ni, kalau lambat-lambat nanti.. lambat pula awak nak sampai ke rumah.. tak baik gadis manis menunggang motor berseorangan waktu senja" suara Amri perlahan.
kali ini hati Wan Dalila tersentuh lagi.. belum ada orang yang cuba menasihatkan kepadanya sehinggakan menyentuh hati.
" ahh.. aku pandailah jaga diri aku... ko ni pondan ke? sampai jalan senja pun takut, hahaha" gelak paksa Wan Dalila dengan kata-kata yang agak kasar
" memanglah saya takut... memang saya penakut..tapi saya takut pada waktu yang saya sia-siakan dan waktu itu  seharusnya manusia sujud pada Tuhan..bukan asyik di atas jalan raya dan berhibur tak kira masa" kali ini suara Amri tegas sedikit kerana terasa
terkesima Wan Dalila..kata-kata Amri benar-benar buat Wan Dalila diam sejenak mencari idea.
" amboi macam ustaz nampak.. tak sangka pula aku yang kau ni hebat juga tentang agama" kata Wan Dalila 

"itu asas lah Cik adik..setiap manusia yang lahirnya dari keturunan Adam pasti punya asas agama, tak banyak sikit mesti tahu, solat di awal waktu, solat 5 waktu itu kan wajib tahu dan dilaksanakan" Amri cuba menyelami jiwa Wan Dalila
"awak bukan dari keturunan Adam ke? kalau bukan.... awak keturunan apa ya...ALIEN ke?" Amri menyambung lagi
kali ini telinga Wan Dalila merah menyala, pertanyaan Amri buatkan minda Wan Dalila tertutup..." arghhh!!! mana idea aku nak mengenakan dia" bukan hanya kali ini tapi sejak tadi kata-kata Amri benar- benar sudah menyentap hatinya, hati Wan Dalila  benar-benar terbakar dan terasa dengan kata-kata Amri.

" ni bila nak makan ni" Wan Dalila buka cerita baru..
" baiklah saya order ya" Amri terus ke kuanter 
" nah duit ni" Wan Dalila menghulurkan wangnya
"tak apalah Dila, saya gurau saja tadi" insyaAllah saya masih berduit lagi, saya belanja awak ya" kata Amri lembut
"huh.. bagus-bagus, selamat duit aku." Wan Dalila terus ke meja makan..
Amri hanya tersenyum melihat gelagat Wan Dalila..

di meja makan.. mereka tak berkata apa hanya senyuman menguntum di wajah masing-masing
dan bila selesai makan, mereka bergerak pulang, tiada perbualan antara meraka di sepanjang perjalanan hanya bunyi alunan lagu maher zain yang di putarkan, dan  sebaik sahaja tiba di kawasan pejabat, Amri membawa Wan Dalila terus ke tempat letak motor.
" Dila bawa motor tu hati-hati ya.. maafkan kata-kata saya tadi,  jika ada kata-kata yang saya menyinggung perasaan Dila..saya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan silap, insyaAllah saya sedar dan segera meminta maaf." kata Amri
"samalah dengan aku.. kalau ada kata-kata yang kasar tadi maafkan aku."Wan Dalila sepertinya hilang kata-kata
"baiklah... jika terjumpa saya tegur-tegurlah ya" Amri cuba melawa
Wan Dalila hanya mengangguk dan menghidupkan enjin skuternya dan Wan Dalila terlihat sepertinya Amri berkata sesuatu lalu dimatikan semula enjin skuter yang menghalang pendengaran Wan Dalila.
"Apa dia tadi tak dengar lah tadi.." Wan Dalila menyuruh Amri mengulangi kata-kata
" Awak nak tahu....sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah.. wanita solehah itulah bidadari syurga, sebaik-sebaik makhluk..adalah manusia yang diberikan akal oleh Allah untuk berfikir.. saya nampak kelembutan di wajah awak Dila, ada keayuan yang tersimpan, jangan bertopengkan kelemahan jika kelebihan itu anugerah dari Allah.. saya gerak dulu ya.. moga kita terlindung dari segala bahaya..kalau ada jodoh kita bertemu semula.. Assalammualaikum." kata penutup pertemuan dengan gadis yang dilanggarnya pagi tadi, kata-kata yang jujur dari hati seorang lelaki.
kereta Amri berlalu meninggalkan Wan Dalila keseorangan.. Tanpa sedar airmata Dila mengalir deras dan hatinya bagaikan ada kilat sambung- menyambung.
"Ya Allah... pertemuan apakah ini..takdirMu, DugaanMU.. YaALLAH.. andai Dia jodoh buatku... dekatkanlah hatinya kepada hatiku.. andai dia mampu mengubah aku menjadi insan yang lebih baik berikanlah cintaku kepadanya... aku mencari cinta dengan izinMu ya Allah.. kerana cinta itu anugerah yang terindah dariMu... andai menjadi solehah itu bermula dari hambaMu yang soleh, temukan sekali lagi dengan rahmat cintaMu...Moga cinta yang ENGKAU beri ini menjadi hadiah buat hamba yang serba lemah ini ya Allah"  Doa Wan Dalila  yang terluah dari bibir sambil airmata berlinangan.. kini dia sedar sifat tomboynya ini bukan pilihan jiwanya hanya raga yang ego menyelubungi rasa dan dia sedar Allah menciptakan dia sebagai wanita.. seharusnya dia kuatkan jiwa untuk tidak mengubah kejadian dari ciptaanNya, kata-kata Amri cukup mahal dan dia berhutang jiwa dengan lelaki itu...hati Wan Dalila menjerit...
 
" Amri Fauzan.... andai SITI KHADIJAH r.a boleh melamar Nabi Muhamad SAW.. aku juga akan buat begitu...cinta ini berbunga Amri...setelah kau mengetuk pintu hati ini, janganlah kau lepaskan cinta ini, andai hatiku telah kau tawan.. Moga ada jodoh di antara kita dan moga ditemukan dengan cahaya cintaMu Ya Allah.., namun jika tidak,  hamba redha ya Allah temukan aku dengan insan yang lebih baik darinya, Ameen..
 InsyaAllah"..
Dalila teruskan perjalanan dan membawa seribu harapan agar cintanya itu disatukan dengan cahaya pertemuan...

Duhai cahaya jiwa.. hadirmu membawa cinta dariNya, kasihmu memberikan kekuatan rasa, sentuhan jiwamu mengubah mimpi menjadi nyata demi rindu yang singgah di ruangan hati, untuk sebuah pertemuan yang menyinarkan cinta seindah mentari pagi..

3 ulasan:

Senyuman Manis said...

syahdunya cerita ni..bila hidayah mengetuk pintu hati hambaNya..

Senyuman Manis said...

syahdu cerita ni..hikmah di sebalik pertemuan..bila hidayah mengetuk hati hambaNya..;)

bicarahatiku said...

Terima kasih sudi meluangkan membaca cerpen pendek di blog saya...

Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

There was an error in this gadget

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers