Wednesday, March 23, 2011

HELAAN SENAFAS RINDU..

 "Maafkan saya.. Eyka, kita terpaksa berpisah".


Ungkapan itulah yang masih tergiang-giang di telinga Eyka, Kata- kata yang lahir dari mulut kekasih hatinya bagaikan panahan yang menusuk jantung,
"sampai hati sungguh, tergamak kau memutuskan hubungan yang telah kita bina selama ini, apa kau fikir bercinta tu macam melepaskan batuk di tangga ke? tidak ada perasaan langsung..huh!" rungut Eyka sendirian.
Eyka bangun dan berdiri di jendela biliknya, sambil merenung tajam di suatu sudut, dan kenangan lalu mula berlegar di benak fikirannya, tiada siapa menduga pengakhirannya begini, mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. saat amarah sedang beraja di hati, Eyka hanya diam dan mencari di mana silapnya, kesilapan yang dia sendiri tidak pasti dimana ianya bermula sehinggakan sanggup Johan memutuskan hubungan cinta mereka yang terjalin hampir 3 tahun itu.


 ****************************

 "Kurang cantik ke aku ni..hish, kalau cantik yang dia harapkan, lama-lama kerepot juga" pujuk hati Eyka
" Kau tu handsome sangat ker? hmm.... handsome la juga..hish" Eyka cuma melayan hati
" biarlah..tak mengapa,  mungkin ada silap aku, kerana tak pandai menjaga hati Johan..mungkin" Eyka masih memujuk hatinya
" arghhh..... kenapalah susah sangat  untuk aku melupakan dirimu Johan.." Eyka cuba melawan perasaan dan sesekali airmata mengalir ke pipi  
" menangislah....esok kalau boleh aku tidak mahu menangis lagi... "kata-kata semangat Eyka adalah untuk diri sendiri.


Malam itu Eyka tidur dengan lenangan airmata, tersedu- sedan hingga terbawa ke dalam tidur. Eyka bukan menangis kerana ditinggalkan, tapi sedih kerana cintanya yang tidak kesampaian, padanya cinta itu harus kekal dan berakhir hingga ke jinjang pelamin dan itulah harapan Eyka pada semusim yang lalu dan harapan itu yang  sudah pun punah.


 dan keesokkan paginya

"KRINGGGG"
Jam yang sentiasa setia ada disisi Eyka mula berdering, bergegas Eyka bangun dari tidurnya yang lena dengan pantasnya Eyka mencapai jam loceng untuk mematikan deringan yang telah berdering, bunyi yang kuat cukup memecah kesunyian pagi, terkebil-kebil mata Eyka memandang jam loceng yang telah menunjukkan waktu tepat 5.30 pagi, Eyka bangun tanpa berlengah lagi dan terus menuju ke bilik air untuk mandi serta mengambil wudhuk untuk menunaikan Solat Subuh, setelah dua rakaat Eyka mengakhiri solat dengan secebis doa.


" Ya Allah, andai ini dugaan yang ENGKAU berikan kepada hamba, daku redha yaAllah.
pohonku, berikanlah daku kekuatan dan kesabaran saat hamba melalui dugaan dariMu ini... andai Johan Asrizal Bin Nawawi ditakdirkan bukan jodoh buatku. aku redha,   temukanlah aku jodoh yg baik, yang indah imannya, kerana tiada daya bagi ku YaAllah, hanyalah dengan izinMu...ameen.... "


selesai menunaikan solat hati Eyka mula merasakan tenang, tenang dari memikirkan pekara semalam yang mengusarkan, Eyka menyiapkan diri lalu terus ke dapur  untuk membantu ibunya menyiapkan sarapan pagi.


*********************



Ketika di dapur...
"Amboi semalaman duduk di bilik, bertapa ke?" sindir ibu Eyka,
"ibu ni... mana ada bertapa, saja aja ukur ruang bilik tu, kan anak ibu ni takde kerja," balas Eyka
"habis tu.. dah selesai mengukur ke? sampai tak ingat makan, subuh baru nampak muka" ibunya cuba mengorek rahsia.
"ada tinggal sejengkal lagi ibu, tak cukup tali pengukur, Eyka kan diet, ibu lupa ke? 
" Alhamdulillah, ibu nampak lagi anak ibu subuh ni,  kalau tidak...." Eyka cuba menduga ibunya
" kalau tidak apa?" ibu memintas
" kalau tidak, maknanya anak ibu cuti solat subuh la.." Eyka meredakan resah ibunya
" issk.. kamu ni kan, ada saja menjawap, ibu sayang kamu..risau kalau apa-apa berlaku kepada anak ibu" luah si ibu
" ibu jangan risau ya, anak ibu bukan ke sudah besar, insyaAllah.. Eyka tahu mana yang baik dan yang mana tidak, bukan ke ibu yang selama ini didik Eyka begitu, ibu pesan supaya perlu kuat berdepan dengan setiap ujian Allah betul kan ibu, jadi... Eyka cuba kuatkan hati." jelas Eyka
"ini mesti pasal si Johan kan...kenapa? gaduh lagi?" teka ibunya
"Putus dah pun Bu.." bibir Eyka mencebik
" sedih ke?" teka ibunya
"ibuuu...... mestilah sedih...." rajuk Eyka
"Eyka, dengar ye..apa nak ibu kata ini, cinta sesama manusia janganlah sepenuh hati, kerana akan merana nanti, kuatkanlah cinta dengan Allah ye nak,  InsyaAllah... Allah tidak akan menghampakan hati hamba-hambaNya. bersabar saat diuji olehNya, pasti Allah merancang sesuatu yang lebih baik buat anak ibu ni.." pujuk ibu Eyka
"Baik ibu, terima kasih kerana memberikan kata-kata semangat buat Eyka, InsyaAllah .."akur Eyka
"sudahlah jangan sedih- sedih, senyum sikit, pagi-pagi macam ni kena banyak senyum... murah rezeki, pujuk ibu Eyka
Eyka memberikan senyuman yang manis untuk ibunya.
"makanan sudah siap dihidang, apakata Eyka pergi panggil ayah dan adik-adik untuk sarapan bersama".
"baiklah ibu, saya pergi panggil mereka" akur Eyka

****************************************************
Selesai bersarapan Eyka membantu ibu mengemas meja makan, setelah selesai semua, barulah dia melangkahkan kaki menuju ke bilik tidurnya  untuk mengemas, ketika asyik mengemaskan cadar dikatil tiba-tiba Eyka terpandanng pada bingkai gambar yang terjatuh ditepi katil, boleh jadi bingkai gambar itu terjatuh semasa Eyka sedang tidur lena dibuai mimpi.
"hmm.. dekat sini kau ye, cuba lari ataupun mahu sembunyi" bisik Eyka dalam hati
"hendak disimpan atau nyahkan saja ke dalam tong sampah" Eyka merungut lagi
"hendak dibuang terasa sayang, nak di simpan pula meruntun hati."merungut Eyka
"biarlah disini, duduk diam-diam dalam laci ni, kerana kenangan  sudah aku simpan baik- baik di dalam hati..hmm" pujuk Eyka


Eyka mengeluarkan gambar kenangan antara dia dan Johan dari bingkai gambar, digantikannya pula gambar Eyka berseorangan yang diambil ketika bercuti di Pulau Pinang.
" ok lah, cun juga aku ni,  Johan saja yang tak perasan agaknya, nak juga si budak pegawai hubungan awam tu"
lawa lagi aku, cuma tak cukup seksi kot.. tak mengapalah, tak mungkin aku mendedahkan tubuh hanya kerana Johan sudah tertarik dengan perempuan sebegitu." tegas Eyka.
"mungkin ada sebab kenapa Allah memendekkan hubungan cinta kami, hmm" Eyka seolah mendapat jawapan.
 dan ketika Eyka leka membelek gambarnya, kedengaran bunyi pesanan ringkas dari telefon miliknya..


Teeet.... Teet....


Eyka tercari-cari telefon bimbitnya yang diletak didalam beg tangan, lalu Eyka terus membuka pesanan ringkas  untuk dibaca, " Mak ai...ada sepuluh  mesej dari semalam..hehe" Eyka senyum sendiri, sedang asyik membaca mesej dari teman-teman pejabatnya, terutama sekali Nora kawan serumahnya, hampir enam pesanan ringkas yang dihantar oleh Nora sejak semalam dan salah satu dari pesanan dari Nora;
"Eyka apa cerita ni, tetiba saja balik kpg.. ada masalah ke? kenapa tak balas mesej aku ni? kau ok ke tak ..Eyka?please balas mesej aku.... jangan buat aku risau..ok"
Eyka tersenyum, " sayang juga kau kat aku ye Nora,  ingat tak sayang...hehe"  Eyka tersengih sendirian. dan Eyka membalas semula Mesej Nora
" Ok.. Jangan risau ye kawan, aku hidup lagi, nanti hari isnin aku balik, aku ambil cuti sampai selasa ni, nanti aku cerita dengan kau ye Cik Nora".
selepas pesanan ringkas Nora dibalas, mata Eyka terpaku apabila terpandang nama terakhir disenarai kawan-kawan yang menghantar pesanan ringkas kepadanya.
" Johan?? " bisik hati Eyka dan degup jantungnya tiba-tiba menjadi kencang, Eyka menarik nafasnya lalu membuka pesanan ringkas dari Johan.
" Eyka.. maafkan saya, kerana terlalu sangat ikutkan perasaan amarah ini..tapi kalau awak marahkan saya,saya terima"
" Arghh.. meluat betul aku...ikut suka dia aje kan" rungut Eyka
"Biarkan dia, lain kali fikirlah sebelum berkata-kata, jangan nak ikut marah sahaja. rasakan" Eyka merungut lagi.
Eyka mencampakkan telefon bimbitnya keatas katil, tanpa membalas. dan melabuhkan punggungnya diatas katil, dan kelihatan gadis ini mengenang sesuatu dan fikirnya jauh melayang.
" kalau ada jodoh ada lah, kalau sudah tak ada, apa aku nak buat.." Eyka mengomel sendirian


            ***********************


Tok! Tok!
kedengaran pintu bilik Eyka diketuk perlahan, "
"Boleh Ema masuk kak" Ema adalah adik Eyka yang akan mengambil peperiksaan SPM tidak lama lagi,
" masuklah pintu tak bekunci pun" sahut Eyka
" ada apa ni,  beriya aje muka tu,  nampak macam ada cerita menarik nak beritahu pada akak ni"
" marilah duduk sebelah kakak sini" pelawa Eyka kepada adiknya
" tak lah penting sangat biasa je, saja nak sembang dengan kakak sendiri, takkan tak boleh kot" gurau Ema
"oh.. nak sembang ke?..boleh.. apa salahnya"
" hmm..apa dia yg hendak di ceritakan tu? ceritalah" lata Eyka.
"hmm...Kak..kenapa setiap pertemuan mesti diakhirnya dengan perpisahan kan kak, buat hati  ni sedih je kan" Ema mulakan pertanyaan
terkedu Eyka dengan pertanyaan adiknya, macamana adiknya boleh tahu, bertubi- tubi persoalan yang berlegar di kepala Eyka, adakah ibu yang menceritakan kepada adiknya, atau adiknya terdengar perbualannya dengan ibu ketika di dapur pagi tadi.
" maksud adik...apa?" Eyka cuba ingin tahu.
"  adik ada berkawan dengan seseorang, hubungan kami macam,hmm... macam apa nak cakap" Ema cuba menjelaskan.
"Bercinta ke? amboi belum habis sekolah lagi"seloroh Eyka
"itulahkan belum habis sekolah lagi dah nak bercintakan kak.."Ema menjawab
"aik.. awak yang bercinta waktu sekolah ni tau bukan akak" Eyka membalas
"tapikan kak... bila hati kita diuji oleh satu perasaan, mampukah kita menolak ujian itu kak"
susah soalan adik Eyka walaupun dihatinya merasa lega kerana pertanyaan itu tiada kaitan dengan dirinya.
"baiklah... sebenarnya semua tu dari hatimu duhai adikku, andai kamu menerimanya pasti kamu sudah bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan" nasihat Eyka.
"maksud akak.. setiap percintaan tu ada risiko ke?" Ema keliru
" pandai pun adik akak ni, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan kehidupan mesti ada risikonya" jelas Eyka lagi.
"jadi,.. andai kamu tak bersedia, kamu mungkin akan kecewa" tambah Eyka
"hmm.. ada benarnya cakap akak ni...mungkin juga saya belum bersedia lagi" akui adiknya
"Ema.. dengar baik-baik ya, bercinta sesama manusia ni memang banyak yang mengundang luka dihati, tapi jika kita teguhkan pendirian dan menyerahkan rasa cinta kita kepadaNya..insyaAllah hati kita akan lebih redha dan ikhlas diatas apa yang akan berlaku, lebih-lebih lagi berkaitan jiwa yang melibatkan hati dan perasaan ni" jelas eyka yang panjang lebar.
"Terima kasih ya kak, nasihat akak saya ingat sampai bila-bila" mata Ema memandang tepat kemata kakaknya sambil tangan mereka mengengam erat, Dan Eyka akui bukan mudah untuk membuang rasa sayang andai cinta sudah terbina di hati. Kata-kata Eyka tadi sebenarnya untuk dirinya juga


              ****************************


Percutian dua hari dikampung benar-benar menenangkan fikirannya, Anak kepada Puan Hamidah dan Encik Razali ini cukup kuat hatinya, mudah tersenyum tidak pernah menunjukkan kesedihan pada riak wajahya. sekalipun dihati tersimpan seribu kelukaan, baginya setiap dugaan yang Allah berikan pasti punya hikmah yang tersembunyi, Eyka mesti hadapi setiap dugaan itu dengan redha, kerana padanya setiap dugaan menguatkan lagi ingatannya pada Ilahi dan dengan cara itu sahaja hati Eyka menjadi tenang.


                
                ******************


" Esok hari Selasa Eyka masih cuti lagi mak, abah, tapi saja je Eyka balik awal sebab takut kepenatan pula nanti, hari rabu Eyka ada mesyuarat, jadi Eyka kena gerak dari rumah awal, malas nak tempuh jem, takut lambat pula sampai pejabat" jelas Eyka kepada kedua orang tuanya.
"Baiklah, hati-hati pandu kereta tu, jangan nak berangan sahaja ya, dan lepas ni, bila kamu akan balik ke kampung lagi, Eyka" nasihat dan pertanyaan dari Ibunya diajukan kepada Eyka sekaligus.
"Baiklah Ibu, InsyaAllah saya ingat pesan ibu ni ya..balik semula tak pastilah ibu, nanti kalau Eyka dapat cuti, Eyka beritahu Ibu ya...tp nanti Ibu masak yang sedap-sedap tau" manja si Eyka masih ada lagi.
"hmm..yelah, tapi kena beritahu awallah, telefon dan beritahu bila kamu nak balik..kalau tidak makan telur dengan kicap sahaja la jawapnya"gurau ibunya
" hehe.. takpe janji ibu yang masak... kicap dengan telur pun sedap" balas Eyka
Eyka bersalaman dan memeluk erat kedua orang tuanya serta dua orang adiknya sebelum memasuki kereta adakala timbul rasa sebak dihati Eyka, namun demi tugas Eyka merelakanya, yang pasti perjalanan dari Johor ke Shah Alam  mengambil masa 4 jam untuk sampai destinasi yang Eyka tuju.


************************************************


Dan Di rumah sewanya..
"Assalammualaikum" Eyka memberi salam lalu membuka pintu yang berkunci. ternyata rumah sewanya sunyi tanpa penghuni, dan sememangnya menjadi kebiasaan Eyka, memberi salam sebelum masuk kerumah, sama ada rumah itu berpenghuni ataupun tidak.
 Tiba- tiba kedengaran suara menjawap salam..
" Walaikumsalam.. baru sampai ke? aku solat tadi" Nora kawan Eyka yang ada ditingkat atas.
"kau tak kerja ke hari ini, Nora, atau kau bangun lambat ye" Eyka cuba meneka.
"tidaklah...aku ambil cuti semalam, nak sambut Tuan Puteri Eyka pulang ke istana hinggap" gurau Nora
" Amiiin..mana lah tahu memang betul nanti aku berkahwin dengan anak raja baru kau tahu., hehe"Eyka membalas gurau.
"susah-susah sahaja, sampai ambil cuti, sayang juga kau kat aku ya" tambah Eyka lagi
"Sayang la juga, tp sayang aku ada makna..hehe"Nora masih bergurau.
" aku tahu, kau nak tahu cerita dari aku kan, tapi kau kena belanja aku makan, boleh? aku lapar ni belum makan lagi" seloroh Eyka
" pasal makan tidak ada masaalah, aku dah siap masak awal-awal tadi" jelas Nora
" wah..kau masak ke? sejak bila kau pandai masak Nora, cukup teruja aku mendengarnya" gurauan Eyka semakin menjadi-jadi.
dan sedang mereka berdua asyik ketawa, tiba-tiba;


"Assalammualaikum" kedengaran  suara lelaki di pintu pagar rumah mereka, ternyata kelibat lelaki bertubuh tegap sedang memberi salam.
"Walaikumsalam, nak cari siapa ya, " Nora menjawap salam.
"Eyka ada tak, kereta dia nampaknya ada, dia ada tak?" lelaki itu bertanya
"Eyka tak ada dirumah, er..er..dia keluar dengan kawan dia tadi" jelas Nora yang teragak-agak
"Baiklah, dia keluar ya, sampaikan salam saya pada Eyka dan katakan padanya saya Johan kirim salam"
"Johan ya...baiklah InsyaAllah akan saya sampaikan nanti" sahut Nora.


******************************
"Kacaknya jejaka diluar tadi tu Eyka, siapa la nama buahhati dia kan, kalau solo, aku pun solo juga" Nora mengapi-ngapikan perasaan Eyka
" yela tu hensemlah sangat, hensem ke?" Eyka menyoal semula
" amboi macam tak yakin jer, kenapa? dia kirim salam dekat kau"
"waalaikumsalam, dia bekas kekasih aku la" jelas Eyka
"betul ke Eyka, tapi kenapa?" Nora mula bertanya.
"Yup..memang dia yang aku sering cerita pada kau, mungkin jodoh percintaan kami hanya setakat tu" Eyka mula hiba.
"aku tidak pernah dengar kau cerita yang kau ada perselisihan faham atau gaduh besar, semua cerita yang baik- baik je" Nora ingin menyiasat
"masaalah kecil atau besar aku sendiri pun tak pasti, tapi yang aku pasti kasih kami sudah putus " jelas Eyka
." Siapa yang mula memutuskan? kau ke? atau dia, Johan." Nora benar-benar nak tahu.
"Dia yang memutuskan, kerana aku yang cemburu" jelas Eyka jujur.
"Eyka..kau dah tanya atau siasat betul-betul ke?  sebelum kau meletakkan rasa cemburu kau itu dari mata, dan dihakimi oleh hati dan perasaan kau.. Eyka."Tanya Nora.
"Eyka..kadang-kadang cemburu itu menang tandanya sayang, namun cemburu juga boleh mengundang kebencian dari dalam hati" Nora cuba menasihati Eyka
"Jika kau menyayangi seseorang, sayanglah.. tapi jangan sampai sayang kau kepada dia melebihi rasa sayang kau kepada Allah, kerana bila kita terlalu mengharapkan rasa sayang kita dari manusia beginilah akhirnya, jiwa penuh denan kebencian,dan bila kau membenci, jangan pula kau terlalu membencikannya, kerana dalam benci ada terkandung rasa sayang dan yang pasti akan buat kau kecewa nanti, kecewa kerana menyesal jika kesilapan itu berpihak dari kau,  kerana kedua-duanya akan buat hati kau semakin terluka andai sesuatu keputusan itu bukan dari kerelaan hati " nasihat Nora panjang lebar.
"terima kasih Nora, ada benar kata-kata kau tu..hurm" Eyka menarik nafas panjang...
"satu lagi ni aku nak pesan, buanglah sedikit rasa ego itu, dan kau tak akan rugi mana pun, tengoklah dia pun dah datang nak mencari kau kan...ni maknanya siapa yang ego" tambah Nora.
baiklah aku mengaku, memang ada sedikit keegoan dalam diri aku, insyaAllah akan aku buang semua yang boleh merosakkan hati aku" kata Eyka dengan jujur
" terima kasih sekali lagi ya kawan, bertuah sungguh aku menjadi kawan kau"
"sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa ada di sisi sahabatnya samaada susah mahupun senang..betul tak Eyka? " jelas Nora
" Nora... terima kasih" tiada kata- kata yang dapat diungkapkan buat Eyka saat ini hanya senyuman tanda bahagia punya teman seperti Nora.


******************************


Keesokkan harinya di tempat kerja.


"Cik Zulaika Damya, ada panggilan telefon untuk cik Eyka, panggilan dari Encik Johan dari pejabat Guaman katanya" kata setiausaha di tempat Eyka bekerja.
"sambungkan ke bilik saya, ye" permintaan Eyka.
Eyka terus belari-lari anak untuk sampai ke bilik pejabat dan tiba di mejanya, terus Eyka mengangkat ganggang telefon.
"Assalamualaikum, Johan"..Eyka memberi salam
"Waalaikumussalam, Eyka" Johan menjawap salam
"Eyka.... " Johan terhenti
"ye Johan, ada apa-apa yang nak awak cakapkan, saya dengar" kata Eyka dengan lembut
"Eyka.., saya betul-betul menyesal, saya tidak sepatutnya memutuskan hubungan cinta kita" Jelas Johan dengan nada menyesal
"Saya tahu, awak mesti merasa terkilankan...awak mesti benci pada saya, awak mesti.........." belum sempat Johan menghabiskan kata-katanya dan Eyka memintas
"Johan, Saya sedar kekurangan saya, dan......."  kini giliran Eyka kata-katanya dipintas Johan
" Bukan kekurang atau kelebihan yang menjadi ukuran, bukan gaya kebandaran atau kebaratan yang saya pilih, tapi hati awak Eyka, hati awak yang membuatkan saya sukar mencari penganti, hati awak tiada terdapat dimana-mana sayang.. kesucian hati itu yang buat saya terkenang pada setiap zarah kebaikkan awak terhadap saya, bagaimana saya nak melupakan awak....bagaimana Eyka " jelas Johan
" Saya tak minta awak melupakan saya, dan bukan saya yang memutuskan" Eyka seolah menduga Johan
"Ye saya mengaku saya yang memutuskan, tapi setelah awak tak percayakan saya, setelah saya dituduh sesuatu yg saya tak lakukan dan keputusan itu dari perasaan marah..dan bukan dari hati" akuan Johan
 Eyka terdiam sejenak dan berfikir, wajarkah dia melupakan Johan, atau memberi peluang untuk kali kedua.. degupan jantung Eyka makin kencang..
"Eyka.. kenapa awak senyap....tak mengapa kalau awak tak boleh maafkan saya" nada Johan semakin kurang jelas.
"ye..saya masih di talian ni, lama rasanya kita bercakap, kalau ada masa kita jumpa waktu makan tengahari nanti.. boleh?" Eyka bertanya
"ye...ye..boleh sangat,  saya datang pejabat awak ye Eyka"balas Johan
"hmm..tak mengapa... saya bawa kereta sendiri, kita jumpa di restoran makanan segara aje di Macdonald Kota Kemuning, Shah Alam. waktu makan tengahari nanti"
" tak kisahlah di mana pun asal awak nak berjumpa lagi dengan saya, baiklah kita jumpa disana nanti, saya telefon awak bila dah sampai nanti"
" baiklah, ok Johan, saya nak siapkan kerja saya ni dulu ya,"  jelas Eyka
"Eyka.........." johan mematikan kata-katanya.
"Ye Johan... ada apa-apa lagi yang awak nak cakap" tanya Eyka
"Demi Tuhan, saya sayangkan awak Eyka" luahan Johan
Eyka terkedu dan terdiam, airmatanya menitis laju tanpa disedari, dengan perlahan Eyka meletakkan gangang telefonnya tanpa berkata apa-apa.
hati Eyka berbisik" Demi Tuhan yang Maha penyayang, aku juga menyayangimu Johan". hati Eyka meruntun lagi, kasihnya pada Johan sudah diserahkan pada takdir. moga takdir menyebelahinya memilih insan yang benar-benar layak untuk seiringan bersama membina kehidupan.




********************
Jam menunjukkan pukul 1.05 petang..


Treet... treeett (telefon bimbit Eyka berbunyi)


"Asalammualaikum, ye Johan" Eyka menjawap panggilan telefon dari Johan.
" waalaikummussalam Eyka.. saya dalam perjalanan ke MCD ni, awak dah gerak ke?" Johan buat panggilan 
"baiklah awak tunggu ya, saya 5 minit lagi sampai, hati-hati ya" tiba-tiba Eyka menjadi  perihatin
setibanya ditempat yang dijanjikan, Eyka dengan hati yang berdebar, dia menarik nafas sedalam-dalam lalu melangkahkan kakinya menuju ke restoran makanan segera itu.
dan ketika mata Eyka tertumpu pada Johan, hatinya seakan terhenti berdetak, rasa mahu sahaja dia mejerit di situ juga, dan Eyka cuba kuatkan hati menuju kearah Johan..


setibanya Eyka dimeja Johan


" Eyka.. mari sini Johan kenalkan Syariza Aina sepupu Johan, sepupu sebelah ayah.. baru balik dari luar negara,belajar di sana sekarang kerja dengan saya dulu sementara belum dapat kerja yang di minta dan cuba cari pengalaman di tempat saya." jelas Johan panjang lebar.
" bukan ke Syariza ni yang saya nampak hari tu dekat depan Pejabat awak, Johan" Eyka yang minta kepastian
" tapi kenapa tak macam sepupu pun... maafkan saya"
" kenapa Eyka, maksud awak.. apa yang awak nampak hari tu, adalah kemesraan saya dengan Johan, begini Eyka..kami dibesarkan bersama, ketika arwah ibu saya meninggal, saya berumur 4 bulan, ketika itu ayah saya tak dapat menjaga saya kerana waktu itu saya masih menyusu badan, ayah berikan saya kepada makngah untuk di jaga kerana ketika itu makngah menyusukan Johan yang waktu itu Johan berusia 9 bulan". sambung syariza Aina sepupu Johan
" Jadi........." kata-kata Eyka terhenti.
" Jadi kami adik beradik susuan..Eyka, kalau tak percaya pergilah tanya makngah maksud saya bonda Johan," Syariza mahukan Eyka benar-benar percaya kata-katanya.
"cuma jangkamasa saya bersama keluarga Johan tak lama,ketika diusia 3 tahun saya telah pun mengikut ayah pulang ke Terenganu, tetapi ayah menyerahkan saya semula kepada keluarga Johan  ketika usia saya 14 tahun, ketika itu ayah mendapat tawaran bekerja di Dhubai, Selama 4 tahun, saya membesar dan bersekolah bersama Johan sehinggalah saya tamat tingkatan 5, apabila mendapat keputusan yang agak cemerlang, saya memohon untuk melanjutkan pelajaran di Kota London dan tahun ni baru saya ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, hujan batu di negara sendiri kan Eyka". sambung syariza dengan panjang lebar. 
 Eyka terdiam dan lidahnya terkaku, matanya tepat merenung Johan, begitu juga mata Johan.
" sekejap lagi tunang saya datang menjemput saya, untuk pengetahuan Eyka, insyaAllah saya akan berkahwin hujung tahun ini." jelas Syariza jujur.
" saya di minta oleh Johan, untuk membantunya menjelaskan keadaan yang sebenar-benarnya kepada awak Eyka. dan saya akan lakukannya sebagai tanda terima kasih saya pada abang A'an saya" sambung Syariza


tak lama selepas itu muncullah seorang jejaka berwajah kacukan muncul di pintu restoran, dan matanya seolah mencari- cari  sesorang


" oklah, dah sampai pun tunang saya, pergi dulu ya Eyka,abang A'an , Ija jalan dulu ya"
" hati-hati jangan lambat pula sampai rumah nanti, bonda kata ada makan- makan malam ni" Johan yang tadi berdiam kini bersuara.
"ye.. masuk ni dah 3 kali bonda hantar pesanan ringkas pada ija, ija ingat la bang" jelas Syariza.
Syariza salam san cium tangan Johan dan Eyka hanya senyum lalu menghulurkan tangan pada Syariza dan memeluknya, tanda maaf dan salam perkenalan.
"Ija, terima kasih ya" kebetulan Eyka dan Johan mengucapkan ucapan itu secara serentak dan mereka berdua berpandangan lalu menguntum senyuman.
Syariza meninggalkan mereka berdua...


Setelah  Syariza berlalu pergi... 


Eyka dan Johan pun duduk semula


" Johan.. maafkan saya kerana menuduh awak yang bukan-bukan. sepatutnya......"
" Eyka, cukup sayang... saya dah memaafkan awak, dan kalau saya di tempat awak pun saya akan melakukan perkara yang sama, saya pun bersalah kerana cepat sangat memutuskan hubungan yang sekian lama kita bina.. kita sama-sama ada kelemahan sayang"
airmata  Eyka bertakung dikelopak mata.
" shhh.... jangan lah menangis, malu nanti orang lain ternampak"
" Biarlah orang nampak, nanti saya cakap lah ada orang yg buat saya menangis"
" saya ke sayang?" senyum manja Johan buat Eyka turut tersenyum
"ye awak... awak buat saya rindu sepanjang malam" rajuk Eyka.
" Habis tu saya? kalau saya tak merana saya tak mencari awak sayang" jelas Johan dengan renungan yang tajam
" maafkan saya, demi Allah, sayang saya pada awak sebenar-benarnya cinta  Johan Asrizal Bin Nawawi"
"Terima kasih sayang, cinta saya pada Zulaikha Damya Binti Razali adalah dengan izinNya" 
" hari ini saya melamar awak dengan penuh rasa cinta saya,  Eyka.. semoga sudi menerima lamaran ringkas saya ni, sebelum lamaran dari ayah bonda saya, untuk ibu dan ayah awak terima"
 "Alhamdulilah.. saya terima lamaran awak, Johan, dengan rasa cinta saya.. semoga setiap helaan senafas rindu kita diberkati dan dirahmati oleh yang Maha Esa.


akhirnya cinta mereka mekar kembali.. berpisah sementara buat mereka menghargai  setiap rasa rindu di hati...kerana cinta dan rindu itu mereka bersatu semula segalanya dengan HELAAN senafas  RINDU


" Berikan aku sayang, tika kasih sedang bertamu, sambutlah sayangku saat nafas ni mengembus rindu..."

























2 ulasan:

Anonymous said...

jalan cerita dengan HAPPY ENDING yang menarik... (y) (y) (y) (y) )y) (y) (y) (y) (y)

bicarahatiku said...

Terima kasih sudi singgah dan baca cerpen saya.

Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

There was an error in this gadget

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers