Aku bukan mengharap kau ada
tapi cukup aku tahu aku menanti
Aku bukan mengharap kau rasa
tapi cukup aku tahu aku punya sekeping hati.
Dalam diam aku mencari
kelibat bayang yang tak pasti
Dalam bersuara jiwaku kabur
menahan sebak naluriku akur
bukan kerana awan berarak,
lopak kering kerana rindu
cinta di jiwa bersatu kalbu
patah siku bertongkat dagu
Awan gemawan kirimkan rindu
bawa bayu menyentuh kalbu
ku pujuk hati pada yg satu
semoga kasih kita akan bertemu
Dalam Sujud hati merintih
menadah harap kasih kembali
mekar harapan dahan kemanusiaan
Pencarian ini akan diteruskan,
dengan seribu doa dan harapan,
mendamba ampun dan keredhaan,
moga sinar petunjuk diberikan,
pada jiwa yg kebuntuan,
kelak ditemukan penghujung jalan,
bersama jiwa-jiwa yg di uji Tuhan.
Doakan #prayforMH370
Thursday, March 13, 2014
Thursday, November 28, 2013
Aduhai Suami
Aduhai suami...
Kita bukan tak sekata
tapi mungkin berbeza cara
adakala aku merasakan
mata ku sering berjaga
Sedang hatimu takpernah terlena
Aduhai Suami...
Bicara kita bukan tak sekata
mungkin fahaman kita yg berbeza
kadang-kadang bila bersuara
aku terlupa adanya diammu
meberi pandangan menyentuh hatiku
Aduhai suami...
cinta kita bukan buta
kerana hati kita cukup mengenali
mengerti nilai setiap rasa
sekalipun adakalanya
hati kita ada terluka
namun kita maafkan
demi sebuah cinta.
Aduhai suami...
pandangan akal menitip setiap langkah
sedangkan masa bagaikan singkat
sudah ku himpun setiap lafaz
pada kata yg tersimpan dalam
hanya mahu kau tahu
betapa sayangnya aku
betapa bersyukurnya aku
kerana DIA memilih kau
sebagai pelindungku
Aduhai suami...
aku bukan isteri yg sempurna
aku tak layak menjadi bidarari syurgamu
tapi demi Tuhan..
aku mohon padaNya
haramkanlah api neraka
menyentuh tubuhmu
biar kau bahagia di syurga
kerana itu sebaik-baik tempat
buat suami yang selalu
menjaga auratku
moga Allah melindungimu
dari bebanan dosa ciptaanku...
Maafkan aku wahai suami....
Kita bukan tak sekata
tapi mungkin berbeza cara
adakala aku merasakan
mata ku sering berjaga
Sedang hatimu takpernah terlena
Aduhai Suami...
Bicara kita bukan tak sekata
mungkin fahaman kita yg berbeza
kadang-kadang bila bersuara
aku terlupa adanya diammu
meberi pandangan menyentuh hatiku
Aduhai suami...
cinta kita bukan buta
kerana hati kita cukup mengenali
mengerti nilai setiap rasa
sekalipun adakalanya
hati kita ada terluka
namun kita maafkan
demi sebuah cinta.
Aduhai suami...
pandangan akal menitip setiap langkah
sedangkan masa bagaikan singkat
sudah ku himpun setiap lafaz
pada kata yg tersimpan dalam
hanya mahu kau tahu
betapa sayangnya aku
betapa bersyukurnya aku
kerana DIA memilih kau
sebagai pelindungku
Aduhai suami...
aku bukan isteri yg sempurna
aku tak layak menjadi bidarari syurgamu
tapi demi Tuhan..
aku mohon padaNya
haramkanlah api neraka
menyentuh tubuhmu
biar kau bahagia di syurga
kerana itu sebaik-baik tempat
buat suami yang selalu
menjaga auratku
moga Allah melindungimu
dari bebanan dosa ciptaanku...
Maafkan aku wahai suami....
Saturday, September 21, 2013
Saturday, May 18, 2013
SENYUMAN
Jika di tanya alasan apa meyakinkan
ketika diam aku duduk mengenang
di awal aku terkesan
saat indah yang kamu berikan
yang mengukir seindah pelangi petang
itu senyuman milik aku dan kamu
membasuh hati tika termanggu
setulus hati suci niatmu
terciptalah senyuman
menyentuh hati aku dan kamu
seandai aku mampu mengundurkan waktu
ingin sekali aku mencari
sisa masa milik kamu dan aku
agar kita semakin mengenali
agar kita semakin serasi
mungkin harus diucapkan begini
agar kamu menyedari yang aku rasa
bahawa sungguhnya
tak ingin aku kehilangan
senyuman indah yg membahagiakan
hanya kerana senyuman itu
yang membuatku tegar menanti
sebuah senyuman dgn sepenuh hati
ketika diam aku duduk mengenang
di awal aku terkesan
saat indah yang kamu berikan
yang mengukir seindah pelangi petang
itu senyuman milik aku dan kamu
membasuh hati tika termanggu
setulus hati suci niatmu
terciptalah senyuman
menyentuh hati aku dan kamu
seandai aku mampu mengundurkan waktu
ingin sekali aku mencari
sisa masa milik kamu dan aku
agar kita semakin mengenali
agar kita semakin serasi
mungkin harus diucapkan begini
agar kamu menyedari yang aku rasa
bahawa sungguhnya
tak ingin aku kehilangan
senyuman indah yg membahagiakan
hanya kerana senyuman itu
yang membuatku tegar menanti
sebuah senyuman dgn sepenuh hati
Tuesday, January 15, 2013
Friday, December 28, 2012
Imran Ajmain - Dikalung Kasihan Official MV
ana sarina
Tiada suara penantian tak bersudah
Sesalanku pun bermula
Sepadannya usia
Tiada cara membiaskanmu cahaya
Puisi tak berlagu
Beza dia ketara tanpamu
Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku
Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan
Lama
Tiada kata terkilan terbatas asa
Detik pun kian berlalu
Ku tahu luka itu perlu
Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku
Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan
Lama
Ku bertahan ku bersabar
Menyimpan rahsia yang sebenar
Percuma saja berkorban
Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku
Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan
Lama
Lelah ku pun terbela
Terlerai pedih lama
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ana Sarina Abu Bakar

.jpg)


.jpg)













