Wednesday, May 16, 2012

HUJAN OH HUJAN

"Hujan oh hujan... kenapa kau turun,
macamana aku tak turun awan minta aku turun,
awan oh awan kenapa suruh hujan turun,
mcmana tak suruh hujan turun guruh sudah berbunyi,
guruh oh guruh kenapa berbunyi,
macamana aku tak berbunyi
kerana petir sudah sambung menyambung
petir oh petir kenapa kau sambung menyambung..
macamana aku tak sambung menyambung
kerana Kilat merupakan panahan terhadap
syaitan dan jin yang cuba untuk mencuri dengar
takdir Allah SWT."

Tuesday, May 15, 2012

Aduhai Jiwa

kadang-kala hati ini terluka juga, tiada airmata bukan bererti tiada tangisan dari jiwa, tiada daya utk menidakkan apa yang dirasa, apatah lagi membiarkan bagaikan tiada apa, hanya mengharap sekelimut kata dari sejuta kepercayaan rasa, namun akur pada takdir yang Maha kuasa, andai cinta itu dugaan jiwa, pasti kekuatan menguji keteguhan rasa, kerana cinta, kasih dan sayang itu adalah anugerah dari yg Maha Esa, pasti Allah tahu yang terbaik bagi setiap hambaNya, meskipun hati sedar tiada kuasa melawan takdir, bukanlah bererti kehidupan itu berakhir, hanya doa memohon kekuatan akal dan hati utk menyambut dugaan dan mencari hikmah untuk di zahir,
Aduhai jiwa... tak guna mendustai hati, sedangkan rindu ada dirasai.. walaupu cinta itu jauh tersembunyi namun pada naluri tercalit jua ingin mengerti, biarlah diam menyimpan yang tersirat, pasti rahmatNya ada pada yg tersurat, kerana tidak perlu bersembunyi di sebalik mentari, kerana bayang-bayang jelas mengiringi, kerana kebahagiaan bukan hanya pada ungkapan tapi pada jiwa yang menyentuh rasa
Bila rindu itu menyakitkan pasti cinta itu adalah penawarnya, tetapi jika cemburu itu bukti tandanya sayang, bimbang curiga membunuh rasa, andai melihat cahaya itu indah pasti kerana warna pada kehidupan memberi seri pada alam , andai pelangi terbentuk kerana gerimis pasti keindahan warnanya menghiasi awan, kerana yang terjadi pasti ada hikmah, sekalipun sukar untuk diterjemah, kerana setiap ketentuan itu adalah bukti kekuasaan yang Maha Esa, kerana aku pasti kasihmu bagai cahaya di jiwa yang menerangi disegenap ruangan hati, bahagiaku kerana adanya dirimu, kerana dirimu ada anugerah yang terindah dari Ilahi..

*********************
"Janganlah kau menyalahkan pada orang merindu dengan kerinduannya, sehingga kau mampu menyelami kedalam jiwanya…

Imam Malik r.a. berkata : “Yang tersirat dalam jiwa anda, hikmah adalah pemahaman terhadap agama serta rahmat dan kurnia Allah yang dimasukkan ke dalam jiwa.”

bicara jiwa oleh Ana Sarina Abu Bakar





Thursday, May 3, 2012

LUAH RASA

"Bagaikan batu besar menghempap jiwa, pendam membisu mati derita, sesaknya dosa masih tidak tersusut, mengapa membunuh bayangan sendiri, jgn mencari jalan yg mudah takut bahana datang menyerah, kerana laluan berliku itu sudah cukup indah pasti terbaik pilihan Allah, kesilapan itu sememangnya milik hamba, kerana Maha Sempurna itu milik Allah. Bantu lah hati mengingati DIA nescaya tenang sekalipun gundah. Luahkan sakit angkara amarah dalam doa rajuk di serah pasti terubat luka berdarah pada Tuhan hambaMu pasrah. Dugaan itu bukan percuma pasti ada bayaran dari-Nya, terima takdir bukan mengalah tetapi redha ketentuan Allah, hidup ini tidaklah mudah kerana ada fahaman yang indah, Cintailah diri sebelum mengharap org mencintai, kerana kekuatan cinta itu juga akan di uji, akan luntur andai tiada kepercayaan pada diri dlm membina cinta yang dianugerahkan oleh Allah.."


BERSUNGGUHLAH...

♥~ Jika ALLAH tidak memberimu sesuatu yang kamu inginkan, semoga DIA mengirimkan sesuatu yang memenuhi keperluanmu.
♥~ Jika ALLAH tidak memberikan kamu seseorang pembimbing, semoga DIA mengirimkan kamu seseorang yang rela di bimbing,
♥~ Jika ALLAH tidak temukan kamu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga DIA memberikan cinta kepada seseorang yang kamu NIKAHI..
♥~ Jika ALLAH menciptakan kenangan kepada kamu untuk dikenangkan, Kerana DIA mahu kamu belajar dari setiap PENGALAMAN.
♥~Bila ALLAH menciptakan SYURGA bagi yg berTAKWA kepadaNYA, DIA juga menciptakan NERAKA bagi yang ingkar kepadaNYA.
♥~Bila ALLAH tidak memandang gelaranmu untuk memperlihatkan kesolehanmu, kerana DIA menilai akhlak yg dsusuli niat dari hatimu

>>> Bila kita sedar bahawa hidup ini ada punya peraturan. kita akan akur setiap yg telah ditentukan, kerana hidup ini adalah ujian, dan setiap insan punya tugasan dan dugaan,

>>>kerana salah satu peraturan dari-Nya adalah apa yang kita impikan tidak semuanya akan dapat kita kecapi, justeru itu andai kita terima setiap kegagalan, bermakna kita bersedia bangkit darinya kerana kegagalan itu membuatkan kita mahu berusaha dengan lebih gigih lagi.

>>>bersungguh-sungguhlah dalam usaha
>>>bersungguh-sungguhlah dalam doa
>>>bersungguh-sungguhlah dalam tawakal
>>>bersungguh-sungguhlah merasai hamba kepadaNya..
>>>bersungguh-sungguhlah dalam sabar dan syukur


“Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa” Surah Ar-Ra’d ayat 16.


“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.” Surah Al-Baqarah ayat 286.


“Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.” Surah Az-Zumar ayat 20.



Bicarahatiku oleh Ana Sarina Abu Bakar




Tuesday, May 1, 2012

BAHAGIA ITU..

SEMBANG SUAMI ISTERI

suami- sayang... lepas ni kita kena berjmat

Isteri- memang selama ni kita memang berjimat kan.. takde masalah

suami- doakan abang ye.. mudah2an kita dapat membayar hutang bank tepat pada masa.

Isteri- InsyaAllah.... kita bukan org2 kaya... tapi bersyukur saya ada suami yg bijak..

Suami- perlu bijak supaya hidup kita tak terhimpit dgn kelemahan akal kita..

Isteri- Alhamulillah... yg penting awak dah sediakan yang secukupnya.. selebihnya doa saya mengiringi perjalanan hidup awak.

Suami- InsyaAllah.. terima kasih menjadi isteri yang memahami,

Isteri- saya hanya mahu menjadi isteri yang sentiasa memberi tenang di jiwa awak...

suami-patutlah saya tenang di sisi awak...

Isteri- kerana awak adalah kekuatan saya..

Suami- insyaAllah.. terima kasih...

Isteri- sama-sama kasih... kasih awak sentiasa ada di hati..

suami- (^_^) alhamdulillah...

Isteri meletakkan kepalanya didada suami sambil mengenggam jari jemari suami dan dalam hati berbisik...

"sayang... moga kita diberikan Allah kemewahan dari kekayaan hati dan jiwa, moga juga dibukakan pintu-pintu rezeki buat kita, agar dapat kita melunaskan hutang-hutang di dunia, agar dipermudahkan perjalanan kita ke sana nanti insyaAllah,..moga doa dari hati yang penuh kasih ini diberkati oleh Ilahi, asal saya bahagia menjadi isteri awak dan awak bahagia menjadikan saya isteri awak.. itu sudah seribu satu rahmat bagi saya, malaikat juga turun mendoakan kebahagiaan kita sayang.. insyaAllah..."

Isteri- moga nanti kita dapat pergi ke mekah bersama ye sayang... Suami- InsyaAllah... aamiin..

isteri - aamiin...

************************
************************

" kasih sayang itu kuat di jiwa, sekalipun diluar sana terpekik kebencian, bahagia pasti di rasa jika kita tahu tujuan utama dalam rumah tangga, bahagia itu sanggup menerima dan rela jua memberi, bahagia itu bernyawa bila hati ikhlas menerima anugerah dari yg ESA, dan pasti BAHAGIA ITU ADA PADA ISTIQAMAH DAN NIAT." insyaAllah..



BICARA BAHAGIA OLEH Ana Sarina Abu Bakar






Monday, April 30, 2012

JAWAPAN LAFAZ SAKINAH DARI ISTERI


Heningnya Sunyi suasanaLafaz sakinah bermula
Apa rasa Diterjemahannya hanya sebak abah tangis ibunda

Lafaz Ayah
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

lafaz suami

Ku akur akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

******************************

bisikan hati si isteri..

Aduhai suami,
Terpatri sudah janjimu dihadapan ayah,
berjanji menjadikan aku wanita solehah,
memimpin aku ke jalan yang di redha Allah
mencurah kasih melebihi kasih ayah
memahami melebihi fahaman bonda,

tapi percayalah..
isterimu tidakkan membiarkan dirimu bersendirian
dalam mencari redha dan rahmat Allah,
bantulah aku perbaiki hati
bantulah aku perbetulan kehendak naluri,
bantulah aku melengkapkan akidah,
bantulah aku menyempurnakan akhlak,
Bantulah aku menutup auratku dengan sempurna
kerana bantuanmu itu membantu aku menghalang
dirimu merasai kemarakkan api neraka,
kerana aku mahu syurga itu tempat kita ditemukan semula,
kerana amanah telah kau ditunaikan sayang..
kasihmu melimpah mengalir ke jiwa
tangisanku tangisanmu jua
bahumu tempat sandaranku
lenganmu tempat lenaku beradu,
riba ku menjadi bantal tidurmu

Suamiku...
tegurlah aku sebaik-baik teguran
didiklah aku sebaik-baik didikkan
betulkanlah aku dengan sebaik-baik petunjuk,
Imamkanlah aku imamkanlah anak-anakmu
Bimbinglah aku sebaik-baik bimbingan
adakala hatiku terguris luka,
mungkin juga melukakan hatimu jua
maafkanlah aku..

moga kasihku mengiringi ketenangan hatimu
moga cintaku menemani kekuatan jiwamu
moga kasih sayangku mekar dihatimu

Redhailah aku dalam kehidupanmu
ikhlaskanlah setiap pemberianmu
curahkanlah kasih di setiap perhatianmu
berikanlah cinta dengan keluhuran jiwamu

Aduhai suami..
tiada yang layak mengkafankan aku.
tiada yang layak memandikan aku
tiada yang layak mengucup dahi aku
tiada yang layak mengiringi jenazah aku
hanya dia... Suamiku..
nantikan aku dengan redhamu
di pintu syurga kita bertemu
bersama janji ayah yg kita padu,
Moga bahagia kita bawa bersama
restu ayah dan ibu..
insyaAllah.




Sunday, April 29, 2012

Madah Rindu



"Punya kisah disebalik madah ada cermin di balik mimpi. Renung redup wajah yang sayup ada diam berbungkam pasrah, membiar resah memujuk gundah hanya nafas meluah rasa kerana rindu hilang bicara. Biar mentari berpadu janji pada cinta terikat mati asal kasih setia menanti ada senyuman berbunga di hati. Biar berbara degup meresah pada rindu kian terpisah namun cinta masih bertali, bagaikan layang-layang memburu pelangi."


Bila bicara mula bermadah, aku hanya penulis sepi.




Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers