2010 sudah berlalu
pergi bersama warna-wana indah
indah pada warna kehidupan
kehidupan yang punya haluannya
haluan yang ada laluan sendiri
2010 mencetuskan rasa
rasa pada hati yg bernyawa
yang bernyawa pasti punya jiwa
jiwa ada yang kosong
kosong kerana alpa pada keduniaan
dan ada juga yg sudah penuhi
dipenuhi dengan pergertian
pengertian pada hukum alam
yang telah tertulis pada setiap makhluk
janji Pencipta pada hambaNya
yang datang pasti akan pergi
2010 mencipta kenangan
kenangan pada setiap tarikh yg berganti
menyimpan setiap maksud tersendiri
menyembunyikan rasa pada diri
rasa yang seakan mati pada jiwa yang mencari
mencari sesuatu yg pasti
pasti apa ketentuan yang hakiki
2010 tidak akan kembali
kerana ianya akan terus berlalu pergi
pergi meninggalkan yg jahil dan juga yang bertakwa dihati
kerana iman tiada yang menanti
namun yang jahil bagai menanti mati
hilang haluan sesat didalam pencarian sendiri
2010 melabuh tirai
menyambut 2011 sebagai penganti
meneruskan perjalanan tanpa berhenti
tidak menunggu walaupun sesaat
sekalipun waktu dihentikan
berlalu dan terus berlalu pergi
yang berlengah pasti terabai
yang leka akan terus dibuai mimpi
kerana hanya peka sahaja yang akan mengerti
kerana setiap sesaat yang berlalu
adalah masa yang amat berharga
yang berharga itu adalah sesuatu yang sukar untuk kita perolehi
andai kita sukar mengubah jiwa
jiwa yang kudus dan layu
untuk menjadi segar dan indah menghiasi diri
namun kita masih ada punya hati
hati yang punya niat untuk berubah
berubah untuk mencari keimanan
iman yang tiada pewaris
namun itulah yang dicari..
selamat datang 2011
moga tahun ini memberi sinar pada hati yang kian mati
moga dapat aku layangkan setiap anganku
dan kulepaskan segala khayalan dijiwaku
moga dapat ku mengapai cinta dan cita
menjadi satu kekuatan mengapai suatu impian
bagi menyempurnakan janji pada hati
kerana kita adalah insan biasa
yang hanya menumpang didunia ini
kelemahan adalah dari kita sendiri
namun kita masih mencari keredhaanNya
0 ulasan:
Post a Comment