aku tahu hatimu gelisah,
aku tahu hatimu curiga,
aku tahu hatimu kecewa,
aku tahu hatimu ada aku,
aku tahu hatimu amat sayang padaku,
aku tahu kasihmu tersimpan untukku
kau tahu sygku kekal padamu,
kau tahu aku mencari cintaku yg seakan sepi
utk kau gengam hingga kehujung nyawa nanti,
kau tahu diriku milik mu abadi.
sayangku padamu akan aku simpul mati
kasihku padamu akan aku semat didalam hati
cintaku akan aku cari sampai bila aku perolehi
rinduku akan ku himpun sepenuh jiwa dan hati
aku sedar aku tak layak utk syurga Allah
tapi izinkan aku medoakan dirimu agar dikau layak di situ
tempat suami yang membahagiakan aku
tempat suami menyintai aku
tempat suami yang mengasihi aku
tempat suami yang berkorban hidup utk ku
cintaku tak sesuci cinta Rabiatul Adawiyah,
Kasihku tak seteguh kasih Zulaikha terhadap Yusof
pengorbananku tak sehebat pengorbanan Siti Hajar pada Ibrahim
Imanku tak sekental iman Sumayyah pd pegangannya
Setiaku juga tak sesetia Hawa terhadap Adam
kerana aku tetap aku yg kau kenali sejak dahulu.
kerana aku tetap aku yg kau kenali sejak dahulu.
duhai kasihku sayang,
yang tak sempurna itu adalah aku
yang pelengkap dirimu juga aku
yang mudah utk ke syurga adalah aku
yang mudah ke nereka juga aku
pautlah tangan andai aku terleka
kerana hati terkadang seakan mati
mati kerana duniawi yang menghukum hati
kekasihku sayang
cintamu tertera oleh pena disehelai kertas
janjimu dilafaz pada akad kasihmu
setiamu terikat pada janji bersatu
sayangmu akan kusimpul dalam hati yg merindu
andai cintaku telah hilang buatmu
akan aku bina semula tugu sayang dan tembok kasih
sebagai penganti cinta,
biar lebih teguh dan lebih utuh
agar kau rasa akan kasihku buat mu
duhai suamiku
hatiku amat bahagia
bahagia punya suami sepertimu
menjadi sandaran saat dukaku
menjadi kekuatan saat lemahku
menjadi penghibur saat laraku
menjadi dirimu saat aku perlukn cintamu
sayangku
dikau suami kesayanganku
cintamu abadi buatku
dikaulah arjuna hatiku
senyummu sering aku nantikan setiap waktu
biarlah hati ini kekal menyayangimu dn mengasihimu....kerana aku INSYA-ALLAH adalah milikmu...