Monday, November 1, 2010

dan gadis itulah.......Marconah Saodah

     Sepetang teringat  kisah teman yang bernama Marconah Soadah, pertemuan disebuah perhentian bas telah mengamit 1000 memori, terlalu banyak yang hendak dikongsi pada insan yang bernama Marconah Saodah dan bila menyebut nama Marcona Saodah, pastinya teringat juga akan sahabat- sahabatnya yang mengelarkan diri mereka sebagai superman dan batman, masing- masing punya kekuatan sendiri, di sebalik kekuatan ada juga kelemahan, kelemahan itu disedari ketika mereka keluar dari sebalik topeng dan baju ciptakan mereka, tapi Marconah Soadah tetap juga mahu berkawan kerana bagi Marconah setiap manusia punya keistimewaan sendiri, dan  Marconah mengenali sahabatnya itu dengan satu permulaan dengan penuh makna dalam dairi hidupnya,  dan itulah kenangan milik Marcona Saodah dan cukup berkesan dihatinya kini.


     Bagaimana boleh terpanggilnya nama itu, bermula kisah tatkala seorang gadis yang sedang menunggu bas di pekan cowboy untuk pulang ke rumah dan seperti biasa perkara yang sama akan berlaku mana-mana anak gadis seusia Markonah akan dipikat oleh sang jejaka, dan Marconah tidak terlepas dari pengalaman itu, dia telah di pikat oleh seorang jejaka yang tampan bertahi lalat di bibir, pemanis katanya. kerana tidak mahu dikenali dia meletakkan nama MARCONAH SOADAH, sebagai cara untuk menyelamatkan diri, entah bagaimana nama itu yang boleh terlintas difikiran oleh gadis itu, dia sendiri tiada jawapan , akan tetapi nama itulah yang telah mencipta rasa pada pertemuan pertama gadis dan pemuda bertahi lalat pemanis wajah itu. gadis yang cukup manja dan penyayang itu, punya sifat yang tersimpan, begitu juga pemuda itu sifat yang mengambil berat dan penyayang amat disenangi oleh Marconah,  pertemuan sesingkat itu telah melahirkan rasa kasih mereka berdua. cinta Marcona pada pemuda itu sangat mendalam. kerana padanya pemuda itulah insan yang pertama mengetuk pintu hatinya setelah Marcona tamatkan alam persekolahan.


Setelah beberapa bulanmenikmati bahagia pada rasa rindu dan cinta, hati Marconah seakan didera, jiwa remaja marconah tercabar, cinta marconah bagai menanti dihujung tanduk, ketika zaman remaja Marconah,  Marconah adalah gadis manis yang diidami oleh ramai jejaka,  disebabkan itu juga Marconah segala pergerakkan Marconah seakan diperhatikan. dia adalah diantara gadis yang digilai ramai lelaki ketika itu,  dan kerana itu jugalah ramai yang tidak senang akan wujudnya kasih antara Markonah dan kekasihnya, ada fitnah, desakkan, cemburu, kongkongan, menjadikan jiwa Marconah mati dan sepi semula. Cinta Marcona tercabar, jiwa remajanya memberontak, kecewa dikongkong keluarga, Marcona juga tak mahu orang yang menyayanginya juga mengikat dirinya dengan terlalu kuat, Marcona tak mampu berdepan dengan manusia yang ingin berkawan dan ada juga mahu berlawan dengannya, lalu Marcona sepi dalam hati, hatinya terlalu sayang pada kekasihnya, tetapi dalam pada masa yang sama dia juga mahu menjaga hati ibu dan ayahnya. Punya ayah yang garang amat membataskan Marconah untuk berkawan dengan sesiapa yang punya keinginan berkawan dengannya saat itu..hanya kekasihnya inilah satu-satunya kepunyaan hati Marconah tika itu.


    Hakikat cerita Marconah Soadah penuh dengan mengalah dan menyerah, bagi yang tidak mengerti pasti menganggap bahawa gadis ini penipu, kejam, atau tidak punya perasaan. walaupun hanya tuan punya badan yang merasa akan pahitnya, Marconah redah tanpa mengalah sekalipun terpaksa tunduk pada takdir tentang cintanya nanti. Sekuat mana hendak di tampung kata-kata fitnah, mana hendak dijaga perasaan orang tua yang mengawal pergerakkan anak perempuannya. hendak menahan beban rasa diperdayakan kawan-kawan, terlalu banyak mendung dari cerah dalam kisah Marconah Saodah. yang pastinya sesiapa yang berasa ditempat Marconah pasti akan menjadi setengah gila. itu yang pasti.


 Langkah drastik,  Marconah memutuskan hubungan dengan putera hatinya, alasan sudah tidak punya jodoh menjadi ucapan bibir. cincin dipulang  kerana tidak mahu lagi ada ikatan kasih. bukan ada perasaan lain cuma tak mahu menyusahkan orang lain dek kerana masalah sendiri. bergelut dengan rasa dan keliru, cinta Marconah terputus walaupun hatinya bagaikan disiat-siat, jiwanya meronta kesedihan, sedihnya bukan lagi dibuat-buat, tak rela berpisah kerana terlalu sayang. tapi terpaksa melepaskan kerana cinta, di hati  Marconah sering memanjatkan doa agar kekasihnya akan bertemu kekasih yang lebih baik dari dirinya nanti.


      Marconah berkorban rasa, hati dan cinta, namun hanya Marconah yang tahu  kisah disebalik cerita. kerana bagi Marconah biarlah kekasih hatinya berkawin dahulu sebelumnya, biarlah airmatanya mengalir deras bagai air sungai, saat mendengar kebahagian itu menjadi milik bekas kekasih hatinya, dia pasrah demi cinta kerana bagi Markonah cinta suci itu hanya bagi yang memahami erti derita cinta itu sendiri, bukan menikam dari belakang dek kerana salah sangka. hanya bagi yang kental hatinya layak untuk cinta Marconah.. diantara superman dan batman, Marconah terpaksa memilih batman yang nampak tidak punya sebarang kekuatan diri, dan Marcona sedar, Batman bukan pilihan hati, tetapi batman cukup kuat menepis segala dugaan. tidak pernah melatah, Bagi Marconah cinta boleh dipupuk, dan sayang boleh dibaja dan disiram. Marconah pasrah akan hidupnya.. moga kebahagiaan menjadi miliknya abadi...




DALAM HATI MARCONAH HANYA CINTA PERTAMANYA YANG HIDUP.. BENAR CINTANYA TELAH DIBAWA PERGI.. PERGI BERSAMA KASIHNYA YANG SINGGAH DIHATI,  ANDAINYA MARCONAH TAHU SAKITNYA TANPA CINTA TIDAK AKAN DIA BERKORBAN SEJAUH INI.. TAPI SIAPAKAH DIA YANG HENDAK MENIDAKKAN KETENTUAN ILLAHI...MARCONAH PASRAH. TENTANG CINTA BIARLAH HANYA HATI MARCONAH YANG BERBICARA.. KERANA MARCONAH SEDAR HATI INI MILIK YANG ESA.  





Terima Kasih Sayang...

Terima kasih sayang
kerana menyakinkan aku,
tentang cinta yang kau simpan  itu
tentang kasih yang kau sembunyikan rasa,
tentang rindu yang kau tanggung sakitnya.

aku tahu sayang,
pasti bersebab kau menanggung rasa,
pasti perit menahan rindu
pasti  kuat kasihmu berpaut di dahan hati
aku pasti sayang, pasti cinta itu untuk aku.

Kau tahu sayang,
kasihmu aku baja selalu,
rindumu subur berbunga,
sayangmu indah meyinari hati,
cintamu kekal dijiwaku ini

Kau tahu lagi,
hari-hari adalah indah dengan hadir mu
kerana keindahan itu dari cinta yang kau pendam dulu,
kerana kasih ini seakan telah merasai,
rasa kejujuran kian berwalikan keikhlasan hati.

Adakah kau bahagia sayang,
kerana aku dihatimu,
kerana kau telah mula merindui aku,
kerana  kau kian sedar sayang itu ada untukku
kerana benar kau menyintai aku

Dan aku juga bahagia sayang
kerana  kau menjadi tetamu hatiku,
kerana menerima undangan hatiku
kerana cintamu tetamu dihatiku
kerana menyintaimu aku rasakan rindu
kerana bahagia dirasakan bila aku terlihat sinar dimatamu

Terima Kasih sayang,
kerana kejutkan aku dari lena,
terkadang aku leka dari lena yg panjang,
terbuai asyik menanti rasa cinta sebenar,
menunggu mengharap rasa cinta pemilik hati.

Maafkan aku sayang,
Kerana rasa ini,
bukan aku yang mencari cinta ini,
bukan aku yang menuai kasih ini
bukan aku menagih cintamu
bukan aku membohongi
hakikat inilah yang aku rasakan

sayang,
hatiku ini milik Allah,
aku redha kalau ini ujian dariNya,
kerana pasti hati ini sedang diuji,
menyintaimu terlalu indah kurniaanNya
dan tidak pernah aku merasakan beban menanggung cinta
percayalah cinta ini datangnya dari yang Esa.

Sayang,
jgn kau katakan padaku bahawa cintaku ini terlarang,
kerana tiada sesiapa yang tahu
kewujudan cinta sebenarnya
hakikat cinta adalah anugerah yang paling berharga untuk setiap insan
dan aku tidak akan menolak.
sesuatu yang indah.

sayangku.
izinkan aku terus kekal dihatimu
izinkan aku terus menyintaimu
izinkan aku terus merinduimu
izinkan aku punya rasa cemburu
izinkan aku atas segalanya

sayang,
walaupun jasad kita terpisah jauh,
namun hati kita selalu dekat
jikalau kau rindu pejamlah matamu
dan rasailah aku disisimu
kekuatan cinta kita tidakkan pernah rapuh
terhapuslah ruangan dan waktu,
percayalah kesetiaan hati ini ada pada ketulusan hatiku

SEMOGA HATIMU KEKAL MEYINTAI AKU..........




Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers