Biarkan aku jatuh cinta pada pesona pandangan pertama, saat mula aku mengenalimu, biarkan aku menyimpan sejuta harapan menyintaimu, biarkan aku mencuba dan tak perduli sama ada kau mengetahui atau sebaliknya dan biarlah aku terus merasakan getaran cinta di dalam hati ini demi kerana cinta ini tidak sesekali aku akan mensia-siakan cinta darimu itu kerana aku juga tak mahu memungkiri janji pada hati ini yang berjanji akan setia, dan izinkan aku mencuri khayalan denganmu, untuk kau tahu, cintamu akan selalu dihatiku, dan aku akan selalu menyintaimu sekalipun kita tak mungkin bersama, tapi kau akan selalu dihatiku. tidak pernah aku menyesali sekalipun aku akan melepaskan cinta itu diakhir cinta kita nanti. Tanpa dirimu aku bagaikan manusia yang sepi tanpa cinta. kerana keindahan cinta itu telah memecah kesepian hati. selagiku masih boleh bertahan, selagi aku masih bernafas, aku akan terus menyintaimu.
Cuma aku mahu kau tahu betapa besarnya cinta aku terhadapmu, betapa tingginya khayalan aku bersamamu. walaupun semua itu hanya ada dalam mimpi terkadang terselit juga dalam anganku, namun tetap akan aku abadikan kenangan dalam hatiku. semoga kau fahami aku dan merasakan kasih abadi yang telah terbina dihati kita, sekalipun kau salah mengerti akan maksudku..maafkan aku, andai aku menjadi tetamu hati tanpa diundang oleh akalmu, tanpa keizinan jiwamu... maafkan aku menumpang seketika..
Dan jangan kau tanya lagi apa yang ada dalam hatiku kerana aku tak mungkin akan mengulanginya apa yang pernah aku luahkan.. dan jangan kau cuba mempertikaikan apa yang tersirat dihatiku, kerana yang tersurat telah aku leraikan terpulang untuk kau menghargainya ataupun tidak, kerana tidak akan sesekali aku memaksa untuk kau mengakui tentang hatimu dan biarlah perasaan itu hanya aku yang rasai.. biarlah aku jatuh cinta di dalam hati dan tak akan peduli sama ada kau sedari atau tidak, biarlah mata ini melihat keindahan cintamu sekalipun tidak akan tercapai tangan nak disentuh pada zahir yang terlihat dan biarlah rasa ini kekal merasakan cintamu dan biarlah aku meyimpan rasa yang tulus ini dengan menyintamu..
cinta itu indah pada zahirnya, namun amat perit pada batinnya...
1 ulasan:
cinta memang indah tp cinta juga menyakitkan... rasailah iia dengan hati yang ikhlas.....
Post a Comment