Saturday, September 19, 2015

Aduhai anak.

Aduhai anak,
Jangan gentar tika kamu sendiri
Mama ingatkan kamu
tika kamu lena di rahimku
Hanya kamu dan naluriku
Bertemankan doa-doaku
Kamu yakin berani.
Kamu kuat sendiri
Kamu tabah menanti.

Ingatlah sayang,
Kasih sayang mengiringimu
Keikhlasan tersemat di hati
Kekuatan terikat di sanubari
Kamu terpilih dan dipilih
Senyumlah sayang
Senyumlah seindah mentari pagi.
Tenanglah seindah rembulan
Bahagialah sedamai
rasa di sujudmu.

Ujian itu bukan kosong,
Namun terisi hikmah
Itulah anugerah
Itulah kasih sayang Allah
Mama tahu kamu tabah.

Puisi mama : BicaraHati Ana.

Friday, May 23, 2014

Aku bukan seorang ibu yang pandai menyimpan luka,
aku bukan seorang ibu yang hebat menahan airmata
aku bukan ibu yg sibuk berkorban rasa
aku bukan ibu yang suci mahu di kenang jasa.

Aku ibu yang bijak bersuara
menegur sementara mulut bisa berkata
aku ibu jujur berbicara
betapa sakitnya tatkala hati terluka
aku ibu tulus menyampaikan rasa
agar kau tahu ibumu juga manusia biasa

Aku didikmu dgn caraku
asalkan kau dan aku tahu
adab dan bahasa diutamakan
agama di julang
hormat menghormati disempurnakan
kasih sayang diserapkan
Siddiq, Amanah Tabligh dan Fathonah dijalankan
itulah kebahagiaan.

Rugi andai aku tidak menegur jika ada silapmu
rugi andai aku tidak merotan jika ada salahmu
rugi andai aku tidak menyampaikan AmanahNya kepadamu
ruginya aku andai di hujung jalan ke syurga
kau menarik tanganku....sambil menjerit berkata,
" ya Allah... dialah ibu yg tidak mendidikku dgn sempurna"
" ya Allah... dialah ibu yg tidak merotan kerana salahku"
" ya Allah... dialah ibuku yg hanya mendidik kerana kemahuannya yg mahu aku jadi apa dia mahu dan BUKAN keranaMU ya Allah.
Maka terhentilah perjalanan seorang ibu ke syurga
hanya kerana kesilapan dlm mendidikmu wahai anak.




# IBUMU TAKUT TENTANG ITU WAHAI ANAK...
TATKALA HANYA ANGGOTA BADANMU MENJADI SAKSI NYATA DI SANA NANTI...ALLAHU AKHBAR

BICARA KITA 2


Dipersimpangan jalan kita,
kau bukan aku,
kau hanyalah tetamu keliru
yang menyelimut tanggapan palsu,
tika hatiku polos melawan nafsu
kau hulur tali buntu kepadaku,
tika arah membuta haluan bisu.
sedangkan aku menghadiahkan
sutera syurga buat peneman jiwamu
mengapa kau biarkan aku
menghirup nafas neraka,
setelah aku yakin cintamu hanya pada yg ESA.

Akukah yg di duga begitu

atau kau yang kurang berilmu.

Saturday, March 15, 2014

SAYONARA.




ana sarina

Thursday, March 13, 2014

Puisi Untuk MH370

Aku bukan mengharap kau ada
tapi cukup aku tahu aku menanti
Aku bukan mengharap kau rasa
tapi cukup aku tahu aku punya sekeping hati.

Dalam diam aku mencari
kelibat bayang yang tak pasti
Dalam bersuara jiwaku kabur
menahan sebak naluriku akur

bukan kerana awan berarak,
lopak kering kerana rindu
cinta di jiwa bersatu kalbu
patah siku bertongkat dagu

Awan gemawan kirimkan rindu
bawa bayu menyentuh kalbu
ku pujuk hati pada yg satu
semoga kasih kita akan bertemu

Dalam Sujud hati merintih
menadah harap kasih kembali
mekar harapan dahan kemanusiaan
Pencarian ini akan diteruskan,
dengan seribu doa dan harapan,
mendamba ampun dan keredhaan,
moga sinar petunjuk diberikan,
pada jiwa yg kebuntuan,
kelak ditemukan penghujung jalan,
bersama jiwa-jiwa yg di uji Tuhan.

Doakan #prayforMH370

Thursday, November 28, 2013

Aduhai Suami

Aduhai suami...
Kita bukan tak sekata
tapi mungkin berbeza cara
adakala aku merasakan
mata ku sering berjaga
Sedang hatimu takpernah terlena

Aduhai Suami...
Bicara kita bukan tak sekata
mungkin fahaman kita yg berbeza
kadang-kadang bila bersuara
aku terlupa adanya diammu
meberi pandangan menyentuh hatiku

Aduhai suami...
cinta kita bukan buta
kerana hati kita cukup mengenali
mengerti nilai setiap rasa
sekalipun adakalanya
hati kita ada terluka
namun kita maafkan
demi sebuah cinta.

Aduhai suami...
pandangan akal menitip setiap langkah
sedangkan masa bagaikan singkat
sudah ku himpun setiap lafaz
pada kata yg tersimpan dalam
hanya mahu kau tahu
betapa sayangnya aku
betapa bersyukurnya aku
kerana DIA memilih kau
sebagai pelindungku

Aduhai  suami...
aku bukan isteri yg sempurna
aku tak layak menjadi bidarari syurgamu
tapi demi Tuhan..
aku mohon padaNya
haramkanlah api neraka
menyentuh tubuhmu
biar kau bahagia di syurga
kerana itu sebaik-baik tempat
buat suami yang selalu
menjaga auratku
moga Allah melindungimu
dari bebanan dosa ciptaanku...

Maafkan aku wahai suami....

Saturday, September 21, 2013

Ana Sarina Abu Bakar

luahkan rasa....

buahatiku

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

ikatan kasih

Daisypath Anniversary tickers